Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi Bank Islam dan jika anda juga ingin dapat tempoh bayaran balik pinjaman yang panjang, maka Bank Islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk anda yang ia mempunyai skim pinjaman yang boleh dibayar balik dalam tempoh 10 tahun.
Personal Financing-i |
---|
Faedah tetap dan kadar faedah terapung. Kadar rata serendah 4.99% p.a. |
Pembayaran balik maksimum 10 tahun |
Pinjaman dari RM 10,000 dan maksimum pinjaman adalah RM 200,000 |
Hanya untuk kakitangan sektor kerajaan Malaysia |
Pinjaman Peribadi Bank Islam
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej adalah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Pembiayaan ini diuruskan menurut prinsip Syariah dan sesuai dengan undang-undang Islam. Produk ini membolehkan individu memohon pembiayaan untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi mereka seperti bayaran pendidikan, perbelanjaan rumah tangga, pembelian kenderaan, dan sebagainya.
Pembiayaan ini disediakan dalam bentuk ansuran tetap selama tempoh yang telah ditetapkan bersama pihak bank. Syarat dan ketentuan yang berlaku boleh diperolehi daripada cawangan Bank Islam yang berdekatan atau melalui laman web rasmi Bank Islam.
Bank Islam menawarkan dua jenis pelan Pembiayaan Peribadi-i Pakej iaitu Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung.
Kadar Tetap
- 3.25% setahun (dengan Takaful dan produk Bank Islam), 1 hingga 3 tahun
- 4.99% p.a, 4 hingga 10 tahun
- Kadar Interest rate yang terapung (Berdasarkan BLR)
- BLR – 1.70% p.a, 1 hingga 3 tahun
- BLR – 0.40% p.a, 4 hingga 10 tahun
Cara Buat Pembayaran
Bagi pembayaran balik pinjaman, ia boleh dilakukan hanya melalui potongan gaji, arahan tetap atau kaedah pemindahan gaji.
Caj
Bayaran duti setem diperlukan manakala bayaran untuk Wakalah sebanyak RM 50 berkenaan. Yuran penyelesaian awal akan dikenakan jika peminjam ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Perlindungan Takaful adalah satu kemestian.
Kelayakan – Terma dan Syarat Untuk Memohon
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon pelan pembiayaan peribadi ini tidaklah terlalu ketat. Anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
- Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
- Kakitangan Kerajaan.
- Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
- Kakitangan Badan Berkanun.
- Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad terpilih dalam Pakej Bank Islam).
- Mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau tahunan RM24,000 (gaji kasar).
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
- Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
- Bukan di bawah selaan AKPK.
Cara Memohon
Dokumen yang diperlukan
Sebelum apa-apa lagi, anda akan perlu memastikan bahawa anda mempunyai dokumen tertentu sebelum anda menunju ke Bank Islam untuk memohon pinjaman peribadi anda. Senarai di bawah adalah antara dokumen yang diperlukan. Untuk dokumen yang lengkap, adalah lebih baik untuk anda telefon ke Bank Islam terlebih dahulu untuk memastikan supaya anda tidak ketinggalan apa-apa dokumen.
- Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata gaji paling baru
- Pengesahan kontrak pekerjaan
- 3 bulan penyata bank untuk akaun gaji yang paling baru
- Penyata KWSP
- Penyata cukai pendapatan yang terbaru
Berapa Lama Proses Untuk Lulus Pinjaman?
Jika anda dapat memenuhi semua terma dan syarat yang diberikan oleh Bank Islam, maka ia adalah senang lulus untuk permohonan anda. Biasanya tempoh lulus cuma ambil 5 hari. Boleh anda check status dengan pihak berkenaan jika dah lama tunggu.
Kiraan Pinjaman
Sekiranya anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM5,000 dan tempoh bayar balik adalah 5 tahun dengan annual interest 8%. Pengiraan pinjaman boleh dikira seperti berikut:
- Pinjaman: RM5,000
- Tempoh Bayar Balik: 5 Tahun
- Annual Interest: 8%
- Ansuran bulanan: RM 101.38
Boleh anda tahu cara pengiraan dan buat pengiraan sendiri dengan pakai calculator di link sini.
Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman
Jika anda berminat, boleh anda mohon secara online dengan isi borang yang mudah di link ini.
Boleh juga anda kunjungi Bank Islam untuk check status dan dapat maklumat selanjutnya.
Hukum Penalti
Bayaran tanpa potongan angkasa tidak diizinkan untuk pinjaman itu. Pemohon harus sedar bahawa Bank Islam tidak benarkan pembayaran lewat dan mereka biasa mengambil langkah yang serius tentang bayaran lewat. Bayaran lewat akan dikenakan bayaran tambahan 1% ke atas baki pinjaman.
Bergantung kepada jumlah pinjaman anda, ini sebenarnya akan meningkatkan bayaran anda secara keseluruhan yang akan dibayar kepada bank. Apa yang baik bagaimanapun adalah bahawa anda tidak akan mempunyai apa-apa penalti yang dikenakan ke atas anda untuk jika anda membuat bayaran balik dengan awal sebelum tempoh pinjmanan tu.
Perkara terakhir di sini juga perkara yang paling penting yang perlu anda ingati. Sentiasa ingat bahawa sebelum bank atau institusi kewangan membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman wang, mereka akan sentiasa membuat pemeriksaan penarafan kredit untuk mengetahui sama ada anda mempunyai apa-apa hutang lapuk atau jika anda ada dalam mana-mana blacklist atau senarai hitam.
Jangan sekali-kali memandang ringan tentang perkara ini dan sentiasa memastikan untuk menyelesaikan bil-bil anda dan hutang tertunggak pada kad kredit. Sebab semua ini akan memberi kesan kepada seluruh pelan anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.
- Kadar efektif yang rendah bermula dari 5.70% hingga 11.69% EIR.
- Pinjaman yang fleksibel antara kadar tetap dan kadar terapung.
- Jika anda ambil Pembiayaan Peribadi-i Pakej, terdapat cara pembayaran yang fleksibel di mana anda boleh buat bayaran ansuran dengan auto debit dari gaji anda atau melalui Potongan Gaji Majikan (PGM).
Keburukan
- Tidak buka kepada semua orang. Cuma pekerja kerajaan atau penjawat awam dan sektor awam yang layak untuk memohon.
Aliran Tunai Peribadi-i
Lain pinjaman loan yang boleh anda dapat dari Bank Islam adalah Aliran Tunai Peribadi-i. Ia merupakan pinjaman bercagar di mana ia boleh dicagar atau refinance dengan Deposit Tetap, Pelaburan Berstruktur atau Unit Amanah Saham.
Pinjaman ini boleh dimohon oleh pekerja dari sektor swasta, berkerja sendiri, peniaga, guru, jururawat, polis, tentera dan sebagainya.
Jika anda ingat susah untuk mendapat pinjaman peribadi Bank Islam, Anda mungkin boleh cuba untuk memohon pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, sebab ada beberapa kawan kata Bank Rakyat mempunyai proses kelulusan dengan lebih cepat.
Boleh anda dapat maklumat selanjut dan cara buat permohonan dengan link ini.
Contact Number: +603 2088 8000/+603 26 900 900
Email: [email protected]
Adakah pesara layak untuk dapat pinjaman itu?
Apa yang saya tahu Bank Islam tidak menawarkan pembiayaan untuk pesara. Jika anda seorang pesara dan ingin mohon pinjaman, boleh anda cuba dengan RHB Bank.
Apa perbezaan antara pinjaman peribadi dari Bank Islam vs Bank Rakyat?
Kebanyakan terma dan syarat untuk mohon bagi kedua-dua bank ini agak sama. Cuma Bank Islam menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan Bank Rakyat.
Boleh saya buat pinjaman melalui ejen?
Bank Islam tidak upah ejen untuk uruskan pinjaman. Tetapi mereka ada bekerjasama dengan laman-laman kewangan yang popular untuk rujuk pemohon kepada mereka seperti comparehero, imoney, dan loanstreet.
Macam mana dapat pengecualian penangguhan bayaran pembiayaan atau moratorium?
Sekiranya anda ingin dikecualikan dari program moratorium, boleh anda isi e-Borang melalu link ini.
Artikel berkaitan:
Bank BIC SWIFT Code di Malaysia
Kalau mohon pinjaman peribadi dari Bank Islam mg by syarat diberikan dan byk songeh. Mereka sangat ketat dengan kelulusan pembiayaan tentang pinjaman. Dah mohon dulu tapi amat susah untuk dapat kelulusan.
Hello..,saya nak apply loan rm3k emergency tapi sy xda dokumen…pinjaman dalam jangka masa yang pendek sahaja..dengan kadar segera…ini no contack saya 0165087500 .
need cash utk hr ini n settle hujung bln ini juga… Help me pliz
Berapa basic yg lepas utk buat loan kat bank islam?
Pengesahan kontrak pekerjaan tu macam mana yea..