Petua Menjaga Rambut Anda Dengan Bersih dan Sihat

Saya macam tak sah rasanya kalau tak berkongsi petua dalam blog picisan saya ni. Kali ni saya nak share pulak petua dan tips penjagaan rambut ala nenek kebayan. Okey serius saya tahu, mesti ada yang pelik kenapa la ni saya dah gemor sangat bagi tips dan petua bagai.

rambut gugur
rambut gugur

Ada banyak orang tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, mereka mengalami masalah keguguran rambut setiap hari. Ada ramai yang risau kepala mereka akan jadi botak tidak lama lagi.

Jadi, di sini saya ingin kongsi sikit petua di mana ia boleh membantu anda semua untuk menjaga rambut supaya rambut anda selalu berada dalam keadaan yang bersih dan sihat.

Serai

Saya tahu ramai di antara korang kat luar tu, tak tahu yang serai boleh digunakan sebagai syampu semulajadi. Ha meh rapat sikit, saya nak duk habaq yang serai bukan hanya digunakan untuk pewangi sate tapi turut digunakan dalam resipi kecantikan nenek kebayan.

Memula korang tumbuk batang serai hingga pecah dan mengeluarkan bau. And then gosokkan pada rambut dan kulit kepala ketika mandi. Percaya atau ianya boleh menghilangkan kotoran pada kulit kepala and of course-lah membuatkan rambut korang lebih wangi.

serai

Santan

Confirm, petua menjaga rambut yang satu ni ramai yang tahu. sebabnya ini adalah antara petua penjagaan rambut yang saya tahu sedari kecil lagi dan antara yang terkenal di kalangan orang Melayu. Santan ataupun nyiuq memang dikenali sebagai ejen pelembut serta pelebat rambut.

Jadi bagaimana membuatnya?

Mudah, just ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar pati lemak santannya naik, kemudian barulah disapu pada rambut. Usap perlahan-lahan pada rambut dengan menggunakan sikat yang bergigi jarang.

Lepas tu balut dengan tuala selama sejam. Lepas tu basuh, dan korang lihat sendiri hasilnya. Rambut lebih bersinar dan lebat.

santan

Pisang

Pisang bukan sahaja sedap untuk dimakan, tapi sebenarnya ianya boleh digunakan untuk membaiki struktur rambut yang rosak sekaligus melembutkannya.

Sounds good, tapi bagaimana menyediakannya? Begini, memula lenyekkan pisang sehingga hancur, berserta beberapa titis minyak almond. Gaulkan sehingga adunan menjadi sebati dan sapukan pada seluruh rambut dengan cara mengusapnya secara lembut.

Biarkan tang tu selama 15 minit. So, dalam masa menunggu tu, korang layanlah movie hindustan ke, melayu ke or whatever movie untuk menghilangkan rasa bosan korang tu. Selepas itu bilas dengan air soda dan biarkan rambut begitu selama 5 minit sebelum dibasuh dengan air biasa. Amalkan setiap 2 hari sekali.

pisang

Minyak kelapa

Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, keguguran rambut dan bercabang. Mula-mula perah santan daripada dua atau tiga biji kelapa tua. Ambil yang pekat sahaja (dua kali perahan).

Kemudian masak santan asli dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati sehingga pecah minyaknya. Lastly korang biarkan minyak kelapa tu sejuk terlebih dahulu sebelum sapukan pada rambut.

Oh ye, jangan lupa bungkus rambut korang dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit (bergantung kepada jenis rambut). Kemudian cuci rambut seperti biasa.

minyak kelapa

Minyak bijan(Sesame oil)

Yang ni saya tak pernah cuba. But ekceli ada dalam list petua penjagaan rambut nenek kebayan. Menurutnya, minyak bijan sebenarnya baik untuk melebatkan serta menghitamkan rambut. Okey guys, kalau korang berminat dengan cara ni, di bawah ini saya sertakan sekali bagaimana untuk membuatnya.

Memula korang ambil minyak bijan, lepas tu lumur kat kepala dan biarkan selama 10 minit. Agar lebih harum, minyak dicampurkan dengan bunga melati atau daun pandan. Lepas tu bersihkan kepala dengan air bersih secukupnya.

minyak bijan

Air Limau

Air perahan limau dikatakan boleh mengilatkan rambut. Selain itu ianya juga digunakan secara meluas untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan kepala. Untuk membuatnya korang hanya perlu campur air perahan limau nipis dengan sedikit air dan genyeh secukup rasa pada kulit kepala.

Biarkannya selama beberapa minit dan basuh kembali. Jangan lupa basuh tau… bukan apa, saya risau cik abang korang pengsan dengan bau masam kepala korang tu.

air limau

Lendir Daun Bunga Raya

Nakkan rambut lebih terurus dan rapi sepanjang masa? Apa kata korang cuba air ramasan daun Bunga Raya. Mula-mula ambil bunga raya, lepas tu tumbuk daun bunga raya sehingga lumat, masukkan dalam air basuhan kepala.

Dan siram di kepala seperti korang mandi. Korang juga boleh menyapu lendir bunga raya pada kulit kepala untuk mengelakkan rambut gugur.

lendir daun bunga raya

Panjang lebar saya taipkan. 🙂 Korang percaya tak kalau saya kata, dalam banyak-banyak petua penjagaan rambut di atas, hanya satu sahaja yang sesuai untuk saya? Ya betul, hanya tang Minyak Kelapa tu jer yang berkesan. Selebihnya… entahlah. Nak ulas panjang pun takut ada yang tak setuju.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *