Kenapa Saya Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Sama seperti ibu-ibu konservatif yang berada di luar sana, saya akan ketawa sepuas-puasnya bila terdengar seseorang mengatakan bahawa sekolah cina dan jenis kebangsaan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah rendah kebangsaan.

Saya akui saya tidak tahu bagaimana tahap kebagusan tersebut diukur, tetapi walau apa pun alasan serta maklum balas yang saya terima, ianya masih tidak dapat mengubah persepsi saya terhadap sekolah melayu, perhaps sekolah melayu kita sama bagusnya dengan sekolah cina.

sekolah cina
sekolah cina

Betul sudah terang lagi bersuluh sekolah melayu tiada bezanya atau mungkin jauh lebih baik berbanding sekolah cina. Kalau tidak masakan Nur Amalina Che Bakri yang tidak pernah bersekolah di sekolah jenis kebangsaan boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Masakan Siti Fatimah Mukhtar dan Azali Azlan yang tidak pernah belajar bahasa mandarin di sekolah jenis kebangsaan menjadi pelajar terbaik.

Tambah menarik bila Esther Elizabeth Jack pun duduk belajar di sekolah menengah kebangsaan semasa sekolah dulu. Persoalan yang sering bermain di kepala saya ialah di mana logiknya hanya sekolah cina sahaja yang melahirkan pelajar matematik yang bijak mengira.

Mungkin sebagai bahasa kedua di sekolah cina?

Sekiranya ditelusuri sistem pembelajaran di Negara Jepun, kita akan dapati mereka hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.

Jadi isu bahasa kedua sebagai pemangkin kepada kemajuan teknologi or so whatever bukanlah jawapan ampuh bagi persoalan ini. Pada saya ianya cuma berdiri atas sifat perkongsian pendapat semata-mata. Tidak lebih daripada itu.

Dalam hal ini, suka saya memberi contoh yang terdekat iaitu anak saya memandangkan beliau sendiri adalah hasil produk sekolah melayu.

Okey, untuk pengetahuan semua, anak sulung saya memasuki tabika kemas di Kuching Sarawak seawal usia 5 tahun. Peringkat awal di tabika, prestasinya amat merisaukan saya kerana dia hanya diajar menyanyikan lagu kanak-kanak, doa-doa harian yang pendek, mewarna dan melukis sahaja.

Setiap hari! Malah anak saya juga tidak tahu bagaimana untuk mengeja dan menulis namanya ketika itu. Dan saya pasti ianya cukup berbeza dengan apa yang tadika cina praktikkan.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah memasuki fasa 7 bulan terakhir sebelum anak saya menghabiskan pelajarannya di tabika tersebut. Syukur Alhamdulilah dengan kuasa Allah perkembangan anak saya menjadi semakin pesat terutamanya 2 bulan terakhir berada di tabika. Dia bukan sahaja boleh mengira dengan baik, malah boleh membaca dengan amat lancar.

Lebih menarik perkembangan tersebut bukan disebabkan oleh latihan berterusan oleh cikgu yang garang atau kerja rumah hatta latih tubi yang memenatkan mindanya. Tapi berdasarkan penerangan mudah daripada cikgu kelas tabikanya.

Itulah yang kita panggil minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar. Dan kebanyakan daripada sekolah melayu, saya pasti cukup mengambil berat hal yang satu ini.

Terbaru walaupun anak sulung saya yang berusia 9 tahun tidak pernah menerima cara didikan dari sekolah cina, tapi beliau masih mampu menguasai Bahasa Inggeris dan ilmu hisab yang sinonim dengan bangsa tersebut dengan cukup baik. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan jauh lebih baik memandangkan beliau mampu menghafal sifir sehingga ke sifir 24!

sekolah rendah kebangsaan

Perlu diingat! Dia bukan bangsa cina, bukan belajar di sekolah cina, hatta tidak pandai berbahasa mandarin pun.

So tell me, atas dasar apa korang beranggapan tabika kemas dan sekolah melayu tidak tahu macam mana mengembangkan potensi kanak-kanak sepertimana yang sekolah cina lakukan?

Of course, there is a difference between Sekolah Jenis Kebangsaan and Sekolah Kebangsaan yang saya akui akan mempengaruhi ibu bapa untuk berfikir sejenak sebelum memilih sekolah yang terbaik untuk anak masing-masing.

Terutamanya bab-bab yang menyentuh sistem dan corak pembelajaran mereka yang ternyata lebih keras dan mencabar iaitu dengan memberi lebih banyak kerja rumah/latihan kepada pelajar (anak buah saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan), malangnya sistem sekolah seperti yang telah saya katakan tadi sebenarnya tidak banyak membantu melahirkan pelajar yang betul-betul bijaksana.

Justeru cara pemikiran pandir sebegitulah yang menggalakkan lebih ramai kanak-kanak merasa tertekan semasa pergi dan belajar di sekolah. Saya khuatir kalau konsep pembelajaran yang pada mulanya menyeronokkan, akan berubah sedikit demi sedikit menjadi satu bebanan kepada mereka.

So, yang penting di sini ialah bagaimana kita melihat dan mengenalpasti minat, kecenderungan, keupayaan dan genetik pelajar itu sendiri. Bukan berapa banyak kanak-kanak itu dilatih dengan arahan dan latihan.

China Jadi Kuat dan Bahasa Cina Menjadi Semakin Penting di Dunia

Tetapi memandang dengan situasi di mana China sudah jadi negara yang semakin kuat. Banyak orang di negara-negara lain mula untuk mementingkan untuk belajar bahasa cina. Jadi saya ingat minda saya perlu tukar sikit sebab bahasa cina merupakan bahasa yang tidak dapat diabaikan buat sekarang.

Mungkin suatu hari nanti, bahasa cina akan mendahului bahasa inggeris dan menjadi bahasa antara kebangsaan yang semua orang perlu tahu dengan bahasa ini. Jadi, bagi mereka yang masih teragak-agak sama ada nak hantar anak mereka masuk ke sekolah cina atau tidak, saya mengalakkan mereka membuat demikian demi masa depan anak mereka.

Artikel berkaitan:

  • Baik Dengan Orang Cina Yang Berhati Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *