Nasib Tudung di Malaysia Yang Tutup Dosa Silam

Ada sesiapa kat sini pakai tudung? Mesti hampir semua pembaca di blog ini pun ada kan? Sebenarnya saya berasa sungguh sedih sehingga sampai ke tahap melelehkan air mata dengan nasib tudung yang ada kat Malaysia ni.

Pastilah bukan sebab tudung tu tak terbela atau tak cukup makan, tapi sebab hidup yang cukup terseksa dibelenggu oleh pelbagai pandangan umum. Kalaulah tudung-tudung yang ada kat negara ini tahu macam mana nak bercakap seperti manusia. Saya percaya mereka akan cakap ‘Saya dah bosanlah tinggal kat Malaysia’. Kesian dia~.

Apa sebenarnya rantai yang membelenggu tudung yang ada kat Malaysia?

Rantai besi ke? Oh bukan. Jangan salah sangka, rantai yang membelenggu tudung yang saya maksudkan disini ialah sebab-sebab orang perempuan kita memakai tudung. Tak ada kaitan dengan sebarang chain pula. Nampak menarik. Jadi beritahu saya faktor mana satu yang jadikan anda pakai tudung.

wanita bertudung
wanita bertudung

Mungkin ada yang kata bertudung itu satu kewajipan buat muslimah. Setuju? Jika dengan sebab itu saya angkat kedua belah tangan, kalau boleh dengan kaki sekali. Saya langsung tak nak cuba-cuba buat bodoh dengan mempertikaikannya, even didikan agama saya bukannya perfect sangat.

Sekurang-kurangnya bolehlah. Tapi macam mana dengan mereka-mereka yang sengaja membutakan pintu hatinya dengan benda-benda wajib macam ni?

Kalau setakat tak nak pakai tudung kira okay jugalah kan, boleh terima. Dosa pahala hak masing-masing. Tetapi apa yang memedihkan gegendang telinga saya ialah terdapat golongan tertentu yang mempunyai persepsi unik yang sanggup mengeluarkan kenyataan bodoh tahap dewa iaitu akan bertudung sekiranya hati telah jadi baik dan suci!

Wow… suci dan baik atuk kau! Tak ke bengong namanya tue. Bukankah sudah terang lagi bersuluh memang termaktub di dalam agama yang muslimah diwajibkan menutup aurat. Tidak kekecualian, tak ada pun mana-mana ayat mengatakan anda mesti berhati mulia untuk menutup aurat, memang jahil sungguh gamaknya.

Adik-adik semua kena ingat! Kalau benda-benda asal macam ni pun tak boleh ikut, apa lagi benda wajib yang lain. Awak nak tunggu sampai hati jadi putih buat apa, tak risau ke tak sempat nanti. Nak tunggu seru? Memang dah sampai, cuma kita jer buat-buat tak tahu. So terimalah kenyataan, nak tak nak you kena pakai jugak.

Apa yang menarik mengenai spesies yang saya maksudkan sebentar tadi ialah kesediaan mereka berbunyi sekiranya dibidas oleh orang lain. Tak kiralah kenyataan itu nampak bodoh atau just sekadar cover line. Semua dia nak bubuh, yang penting dia paling handal.

Gelihati sebenarnya bila mendengar ayat ‘pakai tudung pun buat aper, tak solat dan sosial lebih-lebih. Silap-silap yang bertudung lagi teruk dari yang tak bertudung’. Ayat macam hampeh kan? Dan yang paling teruk sekali spesies ini siap mengungkit peristiwa hitam mereka yang bertudung ini kepada orang lain. Saja nak tunjuk hero. Dia ingat semua yang pakai tudung nie just menutup dosa silam mereka. Baik punya pendapat rite?

Kalau ye pun betul, salahkah insan yang mereka kutuk itu berubah. Mungkin benar mereka pernah melakukan kesilapan, tapi mereka antara orang yang bertuah kerana berjaya mendapat hidayah-NYA. Cuba cermin diri you tue dulu, perfect sangatkah mengata orang? Takpelah kita biarkan jerlah si Luncai dengan Labunya. Payah nak nasihat orang macam tue.

Hah yang bertudung nie pun satu jugak, bertudung.. bertudung dah, muka jangan cakap, memang cukup manis dan ayu. Tapi…. hampeh, tudung diper’fesyen’kan lah pulak.

Mak aih… Kalau setakat fesyen lilitan yang pelbagai atau apa-apa jenis ikatan yang you buat untuk kelihatan up to date dan trendy tue takpelah, saya faham, gaya punya pasal. At least masih cukup syarat sebagai penutup aurat.

Malangnya hanya bahagian kepala yang menutup aurat. Sedangkan badan si pemakai terang-terangan dalam keadaan bogel. Macam mana tak bogel, pakai ketat, pakai baju lengan pendek, pakai transparent, pakai macam tue, macam ini, pendek kata macam-macam ada.

Apa nak jadi dengan spesies tang nie? Nak nasihat tak boleh, marah lagilah tak boleh. saya just geleng-geleng kepala. Lantak you lah minah oit, saya malas nak jadi polis fesyen.

Akhir sekali nasihat saya untuk semua adik-adik yang ada kat luar, kalau nak bertudung tue buatlah cara orang yang betul-betul nak bertudung. Jangan hanya kerana inginkan kelihatan trendy dan up to date, tudung anda semua jadikan mangsa pakai buang.

Tak baik. Anda semua tak kesian ke dengan tudung kita yang acapkali menjadi mangsa tohmahan orang yang berpandangan serong dek kerana sikap kita sendiri? Hish… hish.. Tepuk dada tanya selera.

Artikel berkaitan:
Awek melayu bertudung yang amat cun dan cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *