Jangan Berikan Bayi Anda Guna Bedak Bayi

Sesetengah ibu memilih untuk menggunakan bedak bayi untuk menjaga kulit bayi daripada jadi kering. Tetapi menurut kajian, penggunaan bedak dengan jangka masa yang panjang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, merosakkan sistem badan, dan juga mungkin mengakibatkan kanser ovari pada bayi perempuan.

Oleh itu, jika anda benar-benar mahu menggunakan bedak, boleh anda gantikannya dengan tepung jagung atau arrowroot.

Antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat daripada mengguna bedak bayi termasuk apa yang disenaraikan seperti di artikel yang berikuti.

x-ray scan

1. Jangkitan Paru-paru

Banyak serbuk bedak mempunyai unsur-unsur toksik yang sangat berbahaya untuk bayi. Kerana apabila ibu pakai bedak pada badan bayi, mungkin bayi akan tersedut bedak ke dalam badan mereka. Akibatnya ia mungkin akan menyebabkan jangkitan paru-paru bayi dengan pneyedutan bahan-bahan toksik itu.

Jadi anda kena pastikan anda sembur bedak tanpa disedut oleh bayi anda.

2. Boleh Menyebabkan Kanser Ovari

Biasanya ibu akan memakai bedak di kawasan kemaluan bayi. Tetapi menurut kajian, bedak yang dipakai pada kawasan kemaluan bayi perempuan boleh meningkatkan risiko bagi bayi itu menghidapi kanser ovari apabila mereka menjadi dewasa.

ovary cancer

3. Menyebabkan Penyakit Ruam Kulit

Oleh kerana ruam bayi powder akan menyedut air apabila bayi kencing, ini akan menghasilkan banyak zarah yang boleh menyumbat liang-liang kulit bayi. Akibatnya akan menyebabkan kemerahan dan ruam kulit bayi.

Boleh anda pakai air suam untuk bersihkan kulit badan bayi dan biarkan ia selalu berada dalam keadaan yang kering. Dengan itu ruam kulit akan hilang dengan cepat.

Anda perlu ingat supaya jangan gunakan apa-apa produk jerawat yang anda gunakan untuk sapu atas kuli bayi . Ini boleh merosakkan kulit halus bayi anda.

ruam kulit

4. Ruam Lampin Yang Teruk

Walaupun bedak bayi biasanya dipakai untuk menjaga kulit bayi selalu berada dalam keadaan yang kering dan licin, tetapi jika sebilangan besar dipakai di kawasan badan bayi yang mendapat ruam lampin, maka ia boleh menyebabkan keradangan yang lebih teruk terhadap ruam lampin itu.

Ruam lampin adalah salah satu keadaan kulit yang paling biasa yang dialami oleh bayi. American Academy of Pediatricians menganggarkan bahawa terdapat sebanyak 25 peratus dari bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ruam lampin pada bila-bila masa.

Tetapi tidak perlu anda risau sangat jika bayi anda mempunyai masalah ini. Ruam lampin boleh dirawat jika anda hentikan pakai bedak pada bayi, biasanya ia akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja.

ruam lampin

5. Membahayakan Kesihatan

Penggunaan bedak bayi dalam jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan pengumpulan plumbum yang banyak dalam badan bayi. Ini akan membahayakan kesihatan, menyebabkan kemudaratan kepada sistem pencernaan, sistem saraf, dan juga memberi kesan kecerdasan kepada bayi.

Malah sedikit serbuk dah boleh merengsakan paru-paru kecil bayi – terutamanya jika bayi berisiko tinggi untuk penyakit pernafasan. Mereka yang berisiko tinggi termasuk bayi pramatang, bayi dengan penyakit jantung kongenital, dan bayi yang mempunyai RSV atau penyakit pernafasan yang kerap.

Cara Menggunakan Bedak Bayi Yang Betul

Sekiranya anda masih ingin mengguna bedak untuk badan bayi, pastikan anda beli bedak bayi yang tidak mengandung talc dan memilih bedak berasaskan cornstarch yang lebih selamat. Elakkan pakai talc langsung. Talc merupakan mineral yang terdiri daripada unsur-unsur magnesium, silikon, dan oksigen.

Untuk menggunakannya, pastikan anda berada pada jarak yang jauh sikit dari bayi anda dan goncangkan bedak pada tangan anda. Jangan goncangkannya terus atas atau berdekatan dengan badan bayi. Kemudian sapu dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan menghasilkan awan serbuk.

bedak bayi
bedak bayi

Selepas pakai, pastikan anda simpan bedak itu dari jangkauan bayi. Anda tidak akan ingin nampak tangan kecil bayi anda memegang atau mengetuk bekas bedak dan menghasilkan awan serbuk yang boleh dihirup masuk hidung anak anda.

Apa Alternatif Yang Boleh Anda Pakai?

1. Anda Boleh Pakai Arrowroot

Arrowroot merupakan serbuk tumbuhan semula jadi, ia sudah lama digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan. Dan anda juga boleh menggunakan serbuk arrowroot untuk menjadinya sebagai gantian untuk bedak bayi. Ia tidak akan membahayakan kulit bayi anda dan tidak akan mengenakan sebarang alahan terhadap bayi.

2. Dengan Menggunakan Tepung Jagung

Tepung jagung juga merupakan serbuk semulajadi. Ia adalah bahan yang diekstrak daripada jagung dan sering digunakan dalam masakan. Tepung jagung boleh digunakan untuk menjaga kulit yang kering tanpa sebarang risiko jangkitan.

3. Baking Soda

Baking soda juga dikenali sebagai natrium bikarbonat(sodium bicarbonate). Item pantri biasa ini boleh digunakan sebagai pengganti serbuk bedak bayi. Sesetengah orang menggunakannya sebagai deodoran. Anda boleh sapu sikit atas ketiak bayi setiap pagi sebab ia boleh menetralkan udara. Sebenarnya, saya menyimpan satu bekas di pantri, satu di bawah sinki, satu di bilik dobi dan satu di bilik mandi saya.

Boleh rujuk ke artikel ini untuk mengetahui dengan lebih maklumat tentang keburukan bedak talkum.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Jangan Berikan Bayi Anda Guna Bedak Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *