Aku rasa bersalah dengan misi hidup aku sendiri. Iaitu untuk menjadi seorang yang istiqamah dalam membuat sesuatu benda sama ada ibadat ataupun berblogging. Tapi blogging pun boleh dapat pahala tau!
Jangan salah faham dengan tajuk post untuk hari ini. Free hairstyle tu salah di sisi agama sebab tak menutup aurat. Aku menulis post ini pula bukan sebab nak suruh semua perempuan buka aurat, tapi nak menyuarakan pendapat sambil mewujudkan kontroversi di samping menambah traffik haha!
Bukan apa, aku hari-hari tengok awek Russia free hairstyle, dan dalam TV pun, agak jarang dapat tengok perempuan bertudung, walaupun rancangan melayu. Duh!
Ok jer, kalau tengok rambut awek Russia, jangan tengok lama-lama dan jangan stim sudah, nanti lain pula jadi. Jadi, bila sudah tak ada elak tengok rambut pompuan, timbullah pendapat individualistik aku bahawa perempuan rambut pendek lagi comel di mata aku.
Nak buat macam mana, manusia memang dicipta untuk mempunyai minat yang berbeza-beza. Kalau semua orang ada minat yang sama, mesti satu dunia sudah tak layan blog ini. Tapi tak jadi macam tu, sebab segolongan rasa blog ni banyak best. Apa yang penting, kita sinergi dengan persamaan dan appreciate perbezaan, hoho.
Kenapa berambut pendek itu cantik?
*Rambut pendek yang dimaksudkan disini adalah paras dagu, bukan pendek cam rambut laki.
-
- Kalau aku tengok perempuan berambut panjang, aku rasa geli kat belakang tekak aku. Macam mana gadis yang mempunyai rambut panjang boleh lepaskan rambut mereka? Tak rimaske? Mungkin mereka memang tak rasa geli pun. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang sudah biasa dengan rambut panjang akan macam lelaki juga. Kalau dah biase rambut kemas skema sejak azali, memang takkan boleh rambut lebih walau seinci…hahaha
- Perempuan rambut pendek nampak lagi tough, berani, seducing, dan garang, aummm!! Di samping itu, perempuan yang berambut pendek juga nampak lebih berdikari. dan nampak jelah. On the other hand, perempuan rambut panjang pula nampak ayu, lemah lembut, sopan, dan keibuan. Jadi, sebelum ada anak, rambut biar pendek. Bila ada anak seorang, boleh bagi panjang sikit, kalau ramai lagi, panjang smpai lutut… hehhee
- Adakah anda perasan tak dalam movie ataupun game, kalau seseorang perempuan tu insaf ataupun nak memperbaharui imej, mesti dia potong rambut jadi pendek. Sebagai contoh cerita Witch You Hee dan juga Princess Garnet dalam Final Fantasy 9. Ini bermakna rambut pendek lagi best daripada rambut panjang! Ada juga perempuan yang akan potong rambut bila rasa tension, betul tak?
- Perempuan yang berambut pendek tu cuma sedikit saja dan ini menyebabkan mereka kelihatan special, yang rambut panjang tipikal. Hahahaha! Betul ke nie?
- Kalau rambut panjang diikat, akan nampak bonggol kat belakang kepala bila pakai tudung. Jika rambut pendek, tak payahlah ikat smpai nampak bonggol unta.
- Aku rasa sweet dan kiut bila tengok perempuan rambut pendek menangis. Sebab walaupun mereka nampak garang dan lasak, tapi deep down mereka masih lagi lemah lembut, perlukan pertolongan, perlukan kasih sayang. Sweet tak? (semua orang cakap : awwwwwwwwwwwwwwwww)
Hehehe, walau secomel mana perempuan rambut pendek. Tapi Islam masih menganjurkan semua perempuan supaya tutup rambut. Mengapa? Supaya lelaki tertanya bagaimana rambut mereka, panjang ke pendek, kerinting ke lurus. Hehe, dan jugak supaya lelaki cam aku tak gersang. Haha!
Sebab rambut perempuan itu sangatlah cantik. MasyaAllah. Aku masih ingat lagi ayat Ustaz aku, “perempuan itu akan kelihatan cantik bila banyak rahsia (menyembunyikan kecantikan)”. Dan juga kata-kata dari Cikgu Jodie dalam komik Detective Conan “a secret makes a woman woman”.
Hoho, jadi itulah yang aku dapat daripada cerita Witch You Hee. Hehe, macam inilah cara bila anda nak digest sesuatu cerita. Jangan tengok cerita lepas tu happy dan pergi cari cerita lain untuk happy sekali lagi. Haha, ambil pengajaran dari setiap benda yang berlaku. Hidup itu satu sekolah. Akhir kata, perempuan rambut pendek comel. Sekian, wassalam!
P/s: Perempuan rambut panjang tak puas hati? sila marah kat ruangan komen. Mungkin ada yang akan cakap rambut pendek walaupun kelihatan lebih kemas tapi nampak macam tomboy. Perempuan memang dilahirkan untuk rambut panjang kot?
Baca juga: Petua dan Cara Untuk Melebatkan Rambut