Cara-Cara Pakai Tudung Dengan Senang

Hari itu, saya ingin ajar semua tentang cara untuk pakai tudung(shawl) dengan senang dan mudah. Walaupun gambar yang ditunjukkan tidak berapa jelas, tapi saya cuma nak tunjukkan juga untuk mereka yang nak tahu dengan ada rujukan gambar.

Jom cuba yang baru ini dengan tampil berani dan yakin lagi.

cara pakai tudung

 

a. Pertama sekali, mesti pakai inner. Saya pakai yang melekap di dahi tk. Kalau yang muncung tu tak berapa nak nampak kesannya nanti. Selendang panjang.
b. Kelepitkan kedua belah sisi tudung (dipipi) dengan kemas.
c. (Setelah dikelepit, akan jadi seperti ini).
d. Tarik yang panjang dan yang pendek kedepan. Yang panjang dibawah dan dililitkan sepanjang kepala. Tarik ketat dan kemaskan.
e. Pinkan yang atas kepala agar selendang tidak bergerak dan terletak. (Yang pendek boleh dilihat terjuntai di depan kan!..)
f. Yang pendek tadi dipintal.
g. (Setelah dipintal)
h. Masukkan di bawah selendang dan dibawa ke sebelah.
i. Pinkan untuk keselamatan.
j. Selendang yang berlebihan didepan, boleh dilaraskan. Hanya tarik dan ikut selera samada nak labuh / pendek. Tapi jangan tarik banyak sangat, sebab nanti yang belakang akan singkat.
k. Siap! Boleh cuba untuk yang sukakan cabaran dan fesyen! Tak rugi….SELAMAT MENCUBA…

Cara-Cara Menggayakan Tudung Shawl

Seperti yang telah kami janjikan, kami akan memberi sedikit perkongsian ilmu dan cara-cara memakai selendang Half Moon Sakura yang memang cun habis! Sebenarnya, saya cuma belajar daripada Youtube dan rujuk dengan gambar saja.

Teknik dan cara ini kami ambil daripada Butik Radiusite dan sememangnya, terkenal. Jadi, kiranya kami cuma re-do sekali saja untuk mereka yang masih tak berapa jelas dengan tutorialnya.

Terkurang / terlebih, harap maaf. Cuma nak kongsi, sebenarnya cara bagaimana ianya digayakan adalah bergantung pada kreativiti masing-masing. Pada yang berani, mungkin boleh menggayakan lagi. Jadi, sudi-sudi mencuba.

1. Wajib mengenakan inner (cox material chiffon memang jarang ya). Disini kami menggunakan Inner Turtle Neck yang senang nak adjust selendang nanti especially bila nak pinkan di belakang.

cara kedua

2. Letakkan selendang (sama bahagian / sama tengahnya).

cara ketiga

3. Pinkan kebelakang. Untuk mendapatkan bentuk muka bulat (bagi mereka berwajah panjang), seeloknya dipinkan dengan kain rapat ke kening (seperti gambar) dan ditengah dahi. Begitu pula sebaliknya.

cara keempat

4. Tarik hujung shawl

cara kelima

5. Hujung shawl dibawa keluar kehadapan.

cara keenam

6. Lilitkan hujung selendang yang ditarik tadi melepasi ke sebelahnya

cara ketujuh

7. Pinkan dibahu hujung selendang

cara kelapan

8. Begitu juga hujung selendang yang disebelahnya.

cara kesembilan

9. Bezanya, pinkan hujung selendang di tepi tulang pipi (Inner dan selendang) dan kemaskan kedudukan shawl (terutama yang terlihat inner, boleh pinkan agar kemas)

cara kesepuluh

10. Siap!! Sekali lagi, semuanya bergantung kepada kreativiti masing2. Harap berpuas hati dengan penerangan yang simple mimple ini.

Tips Untuk Memakai Tudung Dengan Betul

Lepas tu, ramai yang tanya macam mana nak pakai shawl dengan betul. Ada sesetengah tu baru nak mencuba pakai shawl, dan ada sesetengah tu memang dah pernah pakai tapi tak berapa kemas. Jadi saya buat la sikit tutorial cara pakai shawl yang paling ringkas atau senang untuk bantu anda semua.

pakai shawl 1

pakai shawl 2

pakai shawl 3

pakai shawl 4

pakai shawl 5

pakai shawl 6

TIP

Ada setengah orang tak nak pakai shawl sebab muka mereka akan nampak bulat selepas pakainya. Saya juga alami masalah macam ni dulu di mana muka saya rasa macam bola bila pakai shawl. Tapi lepas tu saya jumpa satu benda ni yang selesaikan masalah saya.

kiwi kleen
Ini adalah FABRIC STARCH yang merupakan kanji yang boleh keraskan fabrik. Saya gunakannya sejak saya belajar di universiti. Tapi masa tu tak pakai shawl bagai lagi. Cuma pakai tudung bawal saja. Saya akan sembur fabric starch ni di bahagian atas tudung supaya ia jadi terbentuk cantik.

Jadi, untuk sesiapa yang tidak ingin shawl tu ikut bentuk muka, bolehlah spray kanji ni di bahagian atas shawl (anda boleh laras sendiri bahagian shawl yang betul-betul di atas kepala tu kat mana). Nanti bahagian tu akan jadi keras dan tak melekap dengan muka.

Starch ni banyak dijual, boleh anda cari dekat bahagian sabun-sabun basuh tu mesti jumpa.

TUTORIAL dari PASHMINA

p1

p2

p3

p4

Tutorial Cara Memakai Shawl Raisya Dari Hijab Terkini

Pihak Hijab Terkini baru sahaja melancarkan shawl terbaru keluaran syarikat mereka. Shawl yang baru dikeluarkan ini diberi nama Shawl Raisya.

pakai shawl senang

Bagi memudahkan pemakai Shawl Raisya mengenakan shawl ini dengan cantik, berikut saya paparkan tutorial cara memakai Shawl Raisya dari Hijab Terkini.

cara pakai shawl mudah

Mudah bukan? Sekarang tiada alasan lagi untuk menyatakan bahawa susah untuk menggayakan sesuatu fesyen shawl dengan adanya tutorial cara memakai shawl seperti ini.

Wide Shawl tutorial – Dena Bahrin Style

Saya ingin kongsi lagi satu tutorial tentang pakai wide shawl di mana Dena Bahrin selalu gayakan. Tutorial ini ada apa yang dia kongsikan di instagramnya hari tu. Jadi, saya cuba dengan mengikuti langkah-langkah dan cara dena yang lebih kurang sama juga dengan gaya Irine pakai tu, rasa selesa sangat.

Selepas siap, saya rasa ia betul-betul tutup aurat dan kemas. Lepas ni mungkin tibalah masa bagi saya pertimbangkan untuk beli wide shawl secara banyak-banyak.

wide shawl

 

Di atas saya tampalkan gambar yang saya captured dengan menggunakan telefon pintar saya terus. Saya terus post saja di sini tanpa crop-crop edit dan sebagainya. Sebab saya amat malas untuk membuat perubahan dan edit foto sebab perlu pakai laptop.

Jika anda minat untuk belajar, boleh anda cuba sendiri dengan pengajaran yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Bukan susah sangat. Dalam masa yang singkat akan dapat anda jaya pakainya.

tunjuk pakai shawl

Tips bertudung – Bawal Bidang 45′ jadi labuh

Selain daripada tutorial di atas, adakah sesiapa yang mempunyai atau memakai tudung bidang 45′? Jika ada, tak kisahlah sama ada tudung bawal, tudung ruffle, tudung satin, tudung chiffon, atau tudung gojet, boleh anda juga memakainya atas kepala dengan kemas. Apa yang penting adalah bidang 45′ atau kecik sikit untuk tudung yang anda pakai.

Sekarang boleh saya berkongsi sikit tips untuk menunjuk anda macam mana nak labuhkan pemakaian tudung tu. Ia memang boleh jadikan bentuk pemakaian gaya shawl labuh dan kelihatan keseluruhannya amat cantik sekali!

Lepas lihat video tu, adakah anda mempunyai perasaan lawa betul ngan memakai tudung secara begitu, kan? Keseluruhannya nampak labuh, selesa, dan sopan. Macam fesyen shawl labuh/wide shawl pun ada. Labuh bahagian depan dan belakang. dagu pun boleh cover sama.

Saya seriously untuk mengesyorkan kepada semua orang yang berminat untuk labuhkan tudung mereka! Jadi, kamu tidak perlu buangkan tudung-tudung lama anda. Boleh berikan nafas baru dari segi gayanya. Kena cara, Insyaa Allah… dapat berikan imej baru untuk gaya tudung anda.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *