Virginia Satyr pernah menyenaraikan lima model yang ringkas tentang komunikasi, dan model yang paling kondusif untuk “komunikasi” adalah tindak balas yang koheren.
Ekspresi konsistensi, makna permukaan bukan susah sangat untuk difahami. Tetapi untuk mencapai ekspresi yang konsisten, anda perlu mempunyai perbaikan untuk dalaman dan luaran. Anda perlu memahami diri anda, dan bersedia untuk mendengar orang lain, ini adalah pelajaran yang sangat penting untuk belajar.
Macam mana capai ungkapan yang konsisten?
Terdapat ramai orang yang suka bertanya bagaimana untuk mencapai ungkapan yang konsisten.
Pengertian konsistensi adalah sangat mudah. Kaedah permukaan adalah dengan menukar perasaan dalaman, pemikiran, ilusi dan jadikannya sebagai Bahasa untuk diucapkan. Lepas tu ungkapkan kebenaran. Bila perasaan luaran dan dalaman sudah jadi sama, maka bahasa yang dinyatakan akan jadi konsisten.
Walau bagaimanapun, kesukaran itu bukan jatuh pada ungkapan. Apa yang paling sukar untuk kebanyakan orang adalah mereka langsung tidak tahu apa yang mereka mahu.
Isteri yang marah suami balik lewat
Sebagai contoh, seorang isteri yang sedang menunggu di rumah dengan lama dan suami masih belum pulang. Akhirnya bila suaminya sudah balik ke rumah, Perkataan pertama yang dikeluarkan dari mulut isteri adalah: “Anda masih tahu balik ke rumah ini!” ”
Adakah perkataan ini merupakan apa yang isteri ingin menyatakan?
Percakapan ini mengandungi emosi kemarahan di dalamnya. Jadi, setelah isteri jadi marah, isteri akan melupakan pemikiran asalnya dan menyatakannya dalam kata-kata emosi yang menyakitkan hati suami.
Oleh itu, ungkapan konsisten yang paling sukar memang bukan ungkapan, tetapi adalah tidak jelas sama sekali bahawa kita tidak tahu apa mesej sebenar di dalam hati yang kita nak cakapkan.
Bolehkah anda memahami dengan jelas “mesej dalam hati”? Ia adalah penting sebab ia dapat membantu anda mengatasi masalah berkomunikasi sama ada dengan suami, isteri, bos, rakan bawahan, kawan-kawan, dan orang lain.
Tidak kira apa perkara yang anda temui, sekiranya anda dapat melihat mesej dan keinginan orang lain dengan teliti, orang yang sama akan lebih dapat menerangkan “mesej dalam hatinya dengan jujur kepada anda.
Bagaimanakah ungkapan konsistensi digunakan dalam kehidupan?
Saya masih ingat satu perkara yang berlaku apabila anak perempuan kedua saya yang namanya Anisah semasa dia berusia lima tahun.
Pada masa itu, saya mengambil Yati, anak perempuan sulung dan Anisah untuk naik kereta.
Bila sampai di tepi kereta, saya secara rutin membuka pintu, biarkan Anisah masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Dan Yati di sebelah dengan tidak sengaja tersandung sesuatu dan jatuh, akibatnya lutut dia kena cedera.
Saya dengan cepat memberi penjagaan kepadanya dan memeriksa dengan teliti luka tersebut.
Pada masa ini, Anisah yang sudah duduk dalam kereta tu, tiba-tiba turun dari kereta dan menjerit: “Kereta dalam sangat panas.”
Saya menjawab: “Baiklah, tunggu sekejap, nanti saya buka aircond.”
Apabila Anisah melihat saya masih fokus pada Yati untuk memeriksa luka lututnya, Anisah itu secara intuitif rasa saya tidak memberi perhatian kepadanya. Emosinya segera muncul, nadanya jadi marah dan jerit pada saya:
“Saya telah cakap duduk dalam kereta sangat panas, mak tak peduli saya pun. Mak cuma pedulikan kakak, mak cuma sayang kakak dan tidak sayang saya langsung!”
Dalam menghadapi tuduhan ini, saya secara semula jadi berasa terkilan, bagaimana boleh jadi disebabkan saya tumpu perhatian dengan melihat luka kakaknya, dan dia boleh cakap saya tidak adil dan tidak suka padanya?
Pada masa itu, tanpa fikir banyak, saya terus masuk kereta, mulakan enjin kereta dan buka aircond. Tetapi ini tidak dapat menghentikan kemarahan Anisah tu.
Dia masih cakap walaupun kereta itu sudah sejuk, tetapi perbuatan saya terlalu lambat, dan dengan gaya lompat, dia asik cakap saya tidak adil dan menuduh saya hanya menyayangi kakaknya.
Adakah anak saya jadi seorang yang tidak munasabah?
Bagi saya, anak itu sudah jadi tidak munasabah. Di bawah tuduhan kejamnya, saya merasakan kesengsaraan saya, dan di bawah rasa marah, saya menyentuh protes yang dulu terhadap ayah saya sendiri.
Masa dulu saya pun pernah tuduh ayah saya macam ini. Dalam kognisi saya, ayah saya adalah patriarch dan berat sebelah. Saya ingat ayah saya cuma pentingkan anak lelaki dan abaikan anak perempuan.
Pada masa itu, saya sudah membuat keputusan bahawa kelak bila saya jadi orang dewasa, saya mesti menjadi seorang dewasa yang adil. Saya selalu merasakan bahawa saya sangat adil, tetapi pada hari ini saya masih menjadi orang dewasa yang dituduh sebagai tidak adil oleh anak saya.
Berhadapan dengan tuduhan anak, apa yang saya menghadapi bukan sahaja kemarahannya, tetapi juga halangan emosi yang tidak dapat saya selesaikan. Di sini yang merupakan kesukaran untuk melakukan konsistensi.
Bayang-bayang masa lalu semua dipanggil balik dalam minda saya yang disebabkan oleh tuduhan dari Anisah. Tetapi ia tidak ada hubungannya dengan anak saya ini.
Cara ungkapan Anisah ini telah membangkitkan kesakitan dan usaha masa lalu saya. Dalam seketika, saya secara semula jadi mempunyai banyak kenangan dan emosi tentang ayah saya.
Masa itu menjadi lebih sukar untuk lakukan ekspresi yang konsisten. Ini disebabkan saya ada emosi, dan jika saya bercakap sesuatu, ia secara semula jadi akan menjadi percakapan yang mempunyai emosi.
Oleh itu, jika saya ingin menyatakan secara konsisten, saya mesti berada pada diri saya terlebih dahulu. Saya boleh melakukan dua perkara:
- Pertama, menghargai diri saya sebagai seorang ibu yang berusaha kuat.
- Kedua, beri keyakinan kepada saya sendiri bahawa saya merupakan seorang yang bernilai.
Sebaik sahaja saya menenangkan hati, baru dapat saya melihat mesej di bawah emosi Anisah itu.
Selepas kestabilan dalaman hati, saya rasa tidak lagi cedera atas kritikan dan tuduhan dari Anisah ni. Ini adalah kerana nilai saya tidak dikurangkan oleh kritikannya, dan emosi saya tidak lagi bergelora.
Selepas penstabilan, sekali lagi saya menghadapi tuduhan dari Anisah ni, saya dapat melihat bahawa kemarahannya dia cuma nak dapatkan kesayangan dari ibunya.
Dia mahu perhatian dan kesayangan dari ibunya, tetapi kerana dia tidak dapat menyatakannya, jadi dia menyatakannya dengan cara yang salah. Ini bukan kesalahan kanak-kanak, tetapi naluri mereka.
Apa yang perlu saya bertindak?
Dalam menghadapi protes yang tidak rasional dari Anisah itu, bagaimana saya bertindak terhadap keinginan di bawah hati dia?
- Menjelas kepadanya bahawa saya amat sayang padanya? Perlukah saya tunjuk kesayangan saya dengan membeli pakaian dan mainan masak-masak kepadanya?
- Menggunakan kuasa ibu untuk menindasnya supaya mengakui bahawa ibunya sayang padanya?
Tidak, tentu bukan macam ni. Saya tidak perlu mempertahankan demi kesayangan saya. Saya bertanggungjawab atas kesayangan saya dan jika Anisah tidak dapat merasai, maka siapa yang salah? Jelasnya ini adalah tanggungjawab yang perlu saya tanggung.
Jadi, saya hanya ingin tahu bila mula Anisah rasa dia tidak menerima kasih sayang dari saya. Adakah masa sekarang, atau perasaan ini sudah wujud untuk masa yang panjang tanpa saya perasan?
Saya memulakan perbualan dengan Anisah: “Bilakah Anisah mula berfikir bahawa mak tidak sayangmu?”
Anisah: “Sejak saya dilahirkan, saya merasakan bahawa mak tidak sayangkan saya.”
Saya tanya lagi: “Apa yang mak lakukan yang membuat Anisah rasa tidak disayangi?”
Anisah: “Setiap kali saya minta mak dokong saya, mak akan cakap saya sudah besar dan mak tak dapat dokong. Tetapi minggu lepas bila kakak cakap dia sakit dan panggil mak peluk dia, mak terus peluk, ini tidak adil!”
Melalui pemeriksaan, saya dapat tahu keadaan dan masalah dalaman dengan lebih jelas. Saya tertekan dengan keadaan anak-anak. Anisah adalah anak kedua saya dan dia memang mempunyai masalah dia sendiri.
Tak payah jelaskan sesuatu yang tidak perlu
Saya tidak perlu menjelaskan kepada anak-anak betapa saya sayang pada. Kerana jawapannya adalah jelas sekali bahawa saya memang sangat sayangi mereka. Jadi saya hanya perlu menyatakan kasih sayang kepadanya, biarkan mereka merasai kasih sayang saya dan bukan paksa mereka mesti sayang saya.
Oleh itu, saya berkata kepada Yati:
“Anisah, mungkin mak tidak cukup baik dan jadikan Anisah rasa mak kurang sayang mu. Mak rasa sangat menyesal, tetapi Anisah perlu percaya kepada mak, mak benar-benar sangat menyayangimu, dan mak akan terus menyayangi Anisah bila-bila masa sahaja. ”
Setelah mengatakan kata-kata ini, Anisah tidak lagi bising, tidak lagi mengeluarkan perasaan emosional. Ini adalah kerana emosinya sudah dapat ditenangkan oleh kesayangan saya. Hatinya sudah lega dan dia sudah merendam dirinya dalam kesayangan yang saya berikan.
Saya sangat sayang kepada anak-anak saya. Jadi bagaimana untuk menjelaskan hati dalaman saya tanpa melakukan sesuatu yang mencederakan hati anak-anak dengan emosi saya, dan pada masa yang sama saya dapat memberikan kesayangan saya dengan lancar kepada mereka.
Biarkan anak-anak menerima kasih sayang dari saya dengan jujur, inilah merupakan ungkapan konsisten yang paling sukar.
Apabila kesukaran ini dapat diatasi, ekspresi konsistensi dapat dijalankan dengan lancar dan ia akan benar-benar tersebar di antara saya dan anak-anak saya.
Baca juga: