Pengenalan Kepada Slipped Disc

Slipped disc yang berlaku pada bahagian tulang belakang dikenali dengan Prolapsed Interverterbral Disc (PID). Ia dikenalpasti dengan pengalihan nucleus pulposes dari kedudukan biasa yang terletak di pertengahan disc. Peralihan ini akan mengakibatkan anggota badan menjadi lemah atau kebas.

Pesakit tulang belakang ramai ditimpa slipped disc. Nota Separa Perubatan mengenai slipped disc ini akan membantu anda memahami slipped disc dengan lebih lanjut.

slipped disc
slipped disc

Punca-punca slipped disc

Slipped disc berlaku akibat proses penuaan pada disc tulang belakang. Ia berlaku akibat faktor genetik, nutrien, mekanikal dan trauma. Sakit belakang dikategorikan pada peringkat akut, berulang dan kronik. Biasanya sakit akut berlaku selepas batuk yang kuat, bersin, mencangkung untuk tempoh yang lama atau mengangkat barang yang berat dari lantai.

Punca sakit belakang datang dari :

  • Kelemahan otot stabiliti
  • Perubahan kepada disc
  • Patah tulang belakang
  • Postur tidak betul
  • Kecederaan otot

Gejala yang terjadi akibat slipped discs :

  • Sakit belakang
  • Cauda equina syndrome (gagal kawal perkumuhan kencing atau berak)
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)

Objektif rawatan fisioterapi :

  • Mengurangkan rasa sakit
  • Memperkuatkan otot belakang dan abdominal
  • Mengekalkan julat pergerakan badan
  • Meningkatkan julat pergerakkan badan
  • Membantu pesakit menjalani aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit

Kategori sakit belakang :

  • Sakit belakang akut. Dialami dalam masa 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik. Dialami dalam masa melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang. Dialami dalam masa kurang dari 3 bulan

Komplikasi yang berlaku akan membataskan aktiviti harian disebabkan sakit.

Pencegahan sakit belakang yang boleh dilakukan

Postur badan yang betul diperlukan untuk keseluruhan posisi duduk, berdiri, baring dan ketika menjalani aktiviti harian dengan menitikberatkan langkah-langkah di bawah :

  • Ketika baring. Cari tilam yang berbentuk tegap untuk menyokong kedudukan tulang belakang dengan sebaik-baiknya. Pesakit dinasihatkan untuk mengambil posisi mengiring dan melengkungkan badan ke depan dengan bantuan bantal yang diletakkan antara 2 lutut.
  • Ketika berjalan. Pilih kasut biasa yang bertumit rendah dan selesa dipakai.
  • Ketika duduk. Pilih kerusi yang mempunyai tempat bersandar untuk sokongan tulang belakang. Sertakan bantal kecil untuk membantu sokongan di bahagian belakang.
  • Ketika berdiri. Rehatkan sebelah kaki berganti-ganti di atas kerusi kecil yang rendah jika berdiri dengan lama. Patuhi langkah keselamatan seperti cara mengangkat dan mengalih yang betul. Senaman perlu dilakukan secara tetap sambil menjaga berat badan. Langkah untuk mengamalkan kecergasan secara menyeluruh amat diperlukan untuk keberkesanan rawatan.

Rehabilitasi untuk pesakit slipped disc

Bagi sakit belakang yang akut, pek ais diperlukan untuk merawatnya. Balut pek ais menggunakan kain basah dan letak di bahagian yang sakit dalam masa 15 minit.

Rawatan hotpack untuk sakit belakang yang berulang dan kronik

Hotpack tersebut hendaklah dibalut dengan lapisan tuala yang cukup. Elakkan daripada suhu yang terlalu panas. Letakkan hotpack di tempat yang sakit dalam tempoh 20 minit. Elakkan daripada menyapu minyak panas di tempat tersebut.

Petanda sakit belakang slipped disc

Slipped disc atau pun sakit belakang yang melanda amat menyakitkan. Aktiviti pesakit yang mendapat slipped disc amat terbatas dan akan mengalami kesakitan di bahagian belakang badan dan merasai kesakitan yang amat sangat.

Petanda sakit belakang slipped disc boleh dikesan menerusi beberapa maklumat yang berkaitan. Salah satunya ialah sakit yang mencucuk di belakang atau leher sampai ke tangan dan kaki.

Semasa kesakitan slipped disc melanda, ketegangan otot boleh menyebabkan kesakitan. Rasa kebas dan menyucuk melanda kaki dan tangan. Bila pesakit menukar posisi barulah mereka akan rasa selesa.

Maknanya anda pesakit perlu beralih kedudukan dengan lebih kerap. Selain itu, pesakit akan merasai sakit pada satu kedudukan atau satu bahagian badan sahaja.

Kesakitan yang amat sangat akan dirasai di bahagian leher atau belakang. Pesakit akan jadi tidak bermaya. Lebih malang lagi jika pesakit ada rasa kesemutan di kawasan sekitar alat kelamin. Aktiviti batuk, berjalan dan bersin boleh membuatkan pesakit berasa sakit.

Tanda-tanda sakit belakang slipped disc

Slipped disc boleh dikesan menerusi beberapa sebab seperti buah pinggang yang menjadi sejuk dan lemah. Kecederaan fizikal dan tekanan tidak sekata yang menimpa disc. Kerosakan pada lingkaran yang menghubungkan bahagian tisu dan organ akan menyebabkan slipped disc dan ianya akan membengkak dan tertonjol keluar.

Sebahagian besar kes yang menyebabkan slipped disc ialah faktor usia. Kadar air pada disc tulang belakang akan mula berkurangan lalu menyebabkan ia kurang fleksibel. Ia akan tumpah atau mudah pecah. Di antara aktiviti yang disenaraikan di bawah ini merupakan perkara yang boleh menambahkan ketegangan dan tekanan di tulang belakang.

1. Membuat kerja yang melibatkan angkat beban berat.
2. Memandu kenderaan dalam jangka masa yang berpanjangan.
3. Mempunyai berat badan yang berlebihan.
4. Menjalankan senaman angkat berat.
5. Mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.
6. Gemar membongkokkan badan.
7. Mengamalkan tabiat suka merokok.

Sakit yang menimpa pesakit slipped disc

Sakit yang menimpa sudah pasti menyebabkan pesakit menderita dan tidak selesa dalam masa yang lama. Daya kawalan pada pundi kencing boleh hilang akibat slipped disc. Disc yang bertindak sebagai kusyen di antara tulang-tulang telah menjadi benjol dan membengkak lalu menyebabkan kedudukannya beralih dari tempat asal.

Disc yang bengkak akan memberi tekanan pada urat saraf yang berhampiran. Rasa kebas dan sakit yang teramat sangat akan melanda sehingga ke bahagian pinggul dan kaki. Slipped disc ini amat terasa di bahagian pinggang, tetapi tidak mustahil ia akan berlarutan sehingga ke bahagian tulang belakang.

Simptom yang berkaitan dengan slipped disc

Slipped disc yang berlaku datang bersama dengan beberapa simptom. Simptom yang berkaitan dengan slipped disc boleh dikelaskan kepada 3 kategori.

1. Lumbar slipped disc. Pesakit akan terasa otot lemah, kebas dan dicucuk di bahagian jari, kaki dan punggung.

2. Servikal slipped disc. Keadaan ini bergantung pada bahagian saraf yang ditimpa slipped disc. Tidak terkecuali kesakitan yang menjalar, rasa kebas, lemah otot atau rasa menyucuk di bahagian tangan, bahu, lengan dan leher.

3. Cauda equine syndrome. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk mengawal bahagian usus dan pundi kecing. Mereka akan rasa kebas, rasa seperti kesemutan di bahagian dubur dan alat kelamin, sakit punggung, lumpuh sebelah atau kedua-dua belah kaki atau dalam paha. Sindrom ini boleh merosakkan saraf yang boleh mengawal usus dan pundi kencing secara kekal.

Pemakanan untuk pesakit slipped disc

Individu yang berusia 30 ke 60 tahun merupakan golongan yang berisiko untuk untuk menghidap slipped disc. Pemakanan seharian haruslah dijaga untuk mengelakkan ianya menjadi parah dan serius. Berikut ialah senarai makanan dan minuman yang harus dielakkan :

1. Teh
2. Air batu atau minuman sejuk
3. Santan
4. Makanan bercengkerang seperti udang, kerang dan ketam
5. Sayuran sejuk seperti kacang panjang, rebung, tomato, salad, timun dan brokoli
6. Ikan seperti ikan pari dan ikan kembung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *