Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Punca dan Rawatan Untuk Sakit Pinggang Belakang Atas Badan

Tulang belakang toraks – juga dirujukkan sebagai bahagian atas atau bahagian tengah tulang belakang – direka sebagai pengukuh bagi kestabilan tulang rusuk dan pelindung untuk organ-organ dalaman yang penting dalam dada.

sakit pinggang atas badan

sakit pinggang atas badan

Bahagian atas dan tengah tulang belakang (dipanggil tulang belakang toraks) mempunyai:

  • 12 vertebra. Tulang-tulang ini menyambungkan tulang rusuk anda. Ia adalah bahagian belakang badan yang terpanjang.
  • Diska yang memisahkan setiap vertebra dan menyerap sebarang getaran yang terhasil daripada pergerakan anda.
  • Otot dan ligamen yang menggenggam tulang belakang dengan rapat.

Thoracic Vertebrae

Sakit bahagian atas juga dikenali sebagai ketegangan pada bahagian leher. Ia adalah sejenis sakit belakang atau sakit tulang belakang di mana masalah ini lebih jarang dijumpai berbanding sakit pinggang. Namun begitu, kesakitan yang dialami pada bahagian atas tulang belakang masih boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan pada bahagian leher dan bahu, dan juga menyukarkan pergerakan.

Biasanya jika terjadi kesakitan pada bahagian atas tulang belakang, ia adalah disebabkan oleh salah satu daripada dua sebab berikut:

1. Kerengsaan otot
Belingkung bahu disambung dengan otot-otot yang besar ke skapula (tulang kipas bahu) dan bahagian belakang tulang rusuk. Otot-otot besar pada bahagian atas tulang belakang ini mudah ditimpa ketegangan dan keketatan yang menyakitkan di mana kesakitannya sukar untuk diringankan.

2. Disfungsi sendi tulang
Sama ada dari kecederaan akut atau kemerosotan secara semula jadi akibat peningkatan usir, sendi di tulang belakang toraks boleh mengalami disfungsi dan menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh rawan sendi facet atau kapsul sendi yang terkoyak.

Apa yang boleh menyebabkan sakit belakang atas dan tengah?

Sakit belakang atas dan tengah mungkin disebabkan oleh:

  • Lewah guna, keregangan otot, atau kecederaan pada otot, ligament, dan diska yang menyokong tulang belakang anda.
  • Postur yang tidak betul.
  • Tekanan pada saraf tulang belakang dari masalah tertentu seperti diska melejit.
  •  Salah satu daripada vertebra patah.
  • Osteoartritis yang disebabkan oleh kerosakan rawan yang melindungi sendi facet kecil pada tulang belakang.
  • Kesakitan miofasial yang menjejaskan tisu penghubung otot atau kumpulan otot.

Pencegahan dan pengurangan kesakitan dengan cepat

Sakit belakang atas dan leher yang teruk boleh menjadi satu masalah yang sangat serius. Tetapi, adalah biasa jika anda mengalami seditkit kesakitan di bahagian belakang and leher anda. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami dengan cepat, dan juga beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk cuba mencegah kesemua ini.

1. Terapi Kiropraktik (Chiropractic Therapy)
Ia adalah sejenis perubatan alternatif. Rawatan kiropraktik telah digunakan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan otot, ligamen, sendi, tulang dan diska spina. Kiropraktor menggunakan kaedah manual dan pergerakan tangan untuk mengesan dan merawat masalah muskuloskeletal dan membetulkan masalah yang berkaitan dengan mekanik tubuh dengan pelarasan sendi. Pendekatan ini menolong untuk mengembalikan otot dan sendi ke kedudukan normal, supaya ia dapat berfungsi dengan betul. Ini dapat mengurangkan kesakitan, menguatkan otot dan mencegah kecederaan selanjut.

2. Peregangan (Stretches)
Sebaik sahaja anda menenangkan kesakitan yang sedang dialami dan membiarkannya selama lebih kurang sehari, anda boleh mula mencuba untuk mengurang dan menyembuhkannya melalui peregangan. Mana-mana satu daripada peregangan ini juga akan membantu anda untuk mencegah kesakitan baru atau kecederaan lama daripada berulang.

3. Senaman
Ia memang merupakan perkara terakhir yang anda ingin lakukan ketika anda sedang mengalami kesakitan, tetapi senaman dapat membantu untuk mendapatkan semula sokongan pada tulang belakang toraks. Oto-otot di bahagian atas tulang belakang boleh menjadi lemah, ketat dan tegang. Ini boleh menyebabkan tulang belakang toraks kehilangan kekuatan dan sokongan yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan badan.

4. Pengurutan (Massage)
Urut merupakan salah satu daripada rawatan yang paling semula jadi untuk melegakan sakit belakang atas. Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan urut yang lembut dan perlahan jika anda berasa sakit. Urut juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan anda dan menggalakkan pengedaran darah. Gunakanlah minyak semula jadi yang ditunjukkan di atas atau sapukan lada seperti di bawah apabila anda mengurut kawasan yang sakit untuk mendapatkan kesan yang berganda.

5. Pengambilan herba antiradang (Anti-Inflammatory Herb)
Beberapa jenis herba yang berlainan dapat membantu anda dalam pengurangan keradangan dan kesakitan adalah pudina, kamomil dan black cohosh. Selain daripada itu, minyak lavender yang boleh mewujudkan keharuman juga dapat mengendur dan mengurangkan kesakitan belakang atas anda. Serbuk cayenne pulak dapat meningkatkan peredaran kerana kehangatannya. Dengan meningkatkan peredaran, bahan seperti asid laktik akan dapat disingkirkan, dan otot di bahagian atas tulang belakang anda juga akan dapat ditenangkan.

6. Senaman yoga
Anda tidak perlu menjadi yogi untuk senaman yoga. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa yoga dapat melegakan kepedihan dan kesakitan. Jika dilakukan dengan betul, lagak dan gaya yang berbeza dalam yoga dapat membantu meregang dan menguatkan otot anda, memanjangkan dan menyusun semula tulang belakang anda. Cubalah yoga dan lihat sama ada ia berkesan untuk anda!

yoga

yoga

7. Berenang
Berenang adalah salah satu remedi terbaik untuk melegakan sakit belakang atas. Air sejuk dalam kolam renang akan dapat membantu anda dalam pengurangan keradangan, dan kesakitan anda juga akan dapat dikurangkan jika anda membuat pergerakan di dalam air yang dapat mengerakkan otot belakang anda.

Berikut adalah satu petua yang terakhir untuk pencegahan sakit belakang atas: Lakukanlah senaman mudah ini.

  • Hala dagu anda ke bawah.
  • Memicit kedua-dua tulang kipas anda dengan menggerakkan bahu ke belakang.
  • Gandingkan lengan anda ke belakang semasa memicit kedua-dua tulang kipas anda.
  • Bertahan dalam kiraan lima.
  • Ulangi beberapa kali dalam sehari.

Jika sakit berlarutan atau berulang, anda mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli fisioterapi, osteopati, kiropraktor atau ahli akupunktur. Rawatan mungkin meliputi manipulasi sendi dan pergerakan manual supaya ia dapat dilonggarkan dan digerakkan. Beberap senaman yang perlu dilakukan sepanjang hari semasa berada di rumah mungkin juga akan dimasukkan ke dalam siri rawatan.

Untuk semua sakit belakang atas, kemungkinan besar doktor akan mempreskripsikan satu siri ubat penghilang kesakitan untuk membantu dalam pengurangan dan penenangan kesakitan sepanjang tempoh rawatan.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh