Cara Paling Baik Untuk Belajar Bahasa Cina

Pada masa kini, terdapat semakin ramai orang di seluruh dunia yang mula belajar Bahasa Cina. Bahasa Cina atau Mandarin merupakan bahasa kebangsaan kepada Tanah Besar China dan Taiwan. Oleh itu, ia merupakan perkara yang penting bagi anda menguasai bahasa ini jika anda ingin megunjungi ke negara-negara yang disebutkan.

Sama ada melancong ke negara-negara tersebut, ataupun atas tujuan perniagaan. Populasi besar yang disumbangkan oleh negara China menjadikan Bahasa Mandarin bahasa yang paling banyak diguna-pakai dalam planet ini.

belajar bahasa cina
Watak Cina

Mengapa Perlu Belajar Bahasa Cina?

Cuba anda bayangkan atau imbas kembali, ketika anda tinggal dalam hotel, anda mendapati bahawa tiada tuala atau anda memerlukan bantuan doktor tetapi tiada seorang yang memahami bahasa anda.

Cuba anda ingatlah perasaan gelisah dan kemarahan tersebut sehingga anda dapat memanfaatkan ilmu Bahasa Cina dengan sebaik-baiknya. Ia tentu akan mengubah sedikit banyak memori sepanjang perjalanan anda berbanding dengan yang terdahulu.

Selepas kajian yang berkali-kalian, kami telah berjaya mencipta satu cara khas untuk anda, iaitu belajar melalui Kelas-kelas Bahasa Cina.

Pengasas cara pembelajaran ini bergerak ke Tanah Besar China semata-mata untuk belajar frasa yang dapat membantu anda mempelajari frasa serta meringankan hidup anda dengan cara mudah dan menarik.

Tidak kira tujuan anda adalah untuk memenuhi keperluan perniagaan mahupun mencari kegembiraan. Tuntasnya, anda sudah tentunya ingin mencapai matlamat tersebut dengan jayanya.

Bagi peniaga yang berjalan jauh yang ingin meninggalkan imej yang baik dan mengukuhkan asas perhubungan bisnes, ia sememangnya faktor penambah baik jika anda mempunyai kebolehan bercakap sedikit banyak dengan menggunakan frasa Bahasa Cina.

Hakikatnya, jika anda cuba menguasainya dengan sepenuh hati dan bersikap positif, anda sememangnya akan mendapat hasil yang baik.

Sepanjang penjelajahan saya, saya mendapati bahawa mempelajari Bahasa Cina/Mandarin adalah kemahiran yang mudah dikuasai jika anda tahu akan hukumnya. Bahagian yang susah adalah di mana anda harus menghafal apa yang telah anda pelajari secara berterusan.

Bagi penggunaan harian yang praktikal, apa yang perlu anda adalah mengenali dan miliki 2,000 patah perkataan atau kosa kata sebagai titik permulaanmu. Manakala bagi Bahasa Inggeris, anda perlu menguasai sebanyak 10,000 patah perkataan.

Adakah perlunya komitmen sepanjang pembelajaran sejenis bahasa?

Ya dan sudah tentunya. Ia memerlukan disiplin yang ketara, dedikasi dan latih tubi yang betahun-tahun lamanya untuk mencapai tahap penguasaan yang optimum dalam sejenis bahasa baharu, dan berkemampuan dalam berkomunikasi dengan fasihnya menggunakan bahasa tersebut.

Walau bagaimanapun, jika anda mengaplikasi sesetengah teknik secara berdedikasi, seperti melancong, anda sememangnya dapat mencapai matlamat tersebut dalam suatu jangka masa.

Bagaimana Mempelajari Bahasa Cina/Mandarin?

Semestinya, jika anda boleh menhadiri Kelas Bahasa Cina, khususnya dalam Negeri China, ia sememangnya lebih membantu. Anda juga akan dapat mencapai penguasaan asas dalam masa satu atau dua bulan jika anda tinggal di negara tersebut.

Akan tetapi, bukan semua yang mampu berbuat demikian. Anda boleh juga menghadiri Sekolah Aliran Cina dan dengan bantuan bahan yang didapati atas talian seperti siaran liputan atau buku audio untuk membantu anda sepanjang pembelajaran anda.

Jika semuanya (trend) diteruskan seperti kini, Bahasa Cina akan kekal menjadi bahasa yang dipelajari ramai selepas Bahasa Inggeris, ia semestinya meletakkan impak kepada alam perniagaan pada tahun-tahun yang seterusnya.

Perkataan Cina bukan berasaskan ‘phonetics’ (suara), oleh itu jika anda hanya belajar menulis, ia sememangnya tidak begitu membantu dalam dalam aspek percakapan.

Jika anda ingin menggunakannya hanya untuk melancong, penguasaan tulisan perkataan akan dapat membantu anda dalam memahami/ membaca papan–papan tanda dan menu dalam Bahasa Cina, namun anda tidak perlu begitu fokus dalam bahagian bertulis jika objektif pembelajaran anda hanya untuk tujuan melancong. Kebanyakan perkataan dalam papan tanda atau menu telahpun terkandung dalam buku panduan pelancong.

Tidak perlu berkisah pasal hukum-hukum tatabahasa.

Struktur rumit dalam terkandung dalam kosa kata Bahasa Cina telah diimbangi dengan struktur tatabahasa yang ringkas. Dan yang menarik sekali, terdapat pengecualian dalam sesetengah kesalahan yang tertakluk pada dialek(terutama sekali dalam Dialek Kantonis).

Anda akan dapat maju dengan lebih cepat jika dapat menyerap “deria” struktur tatabahasa dalam penggunaan bahasa yang serba gramatik dengan latihan dan pendedahan, ia lebih baik daripada memahami hukum bahasa dengan cara intelektual.

Sememangnya, ia adalah lebih efektif dalam mempelajari cara pertuturan Bahasa Cina dalam cara budak kecil-dengan mendengar dan mengulangi apa yang didengari anda berkali-kali.

Bayangkan anda sedang menanyakan seorang budak yang berumur 7 tahun sama ada kata nama sepatutnya diletakkan di depan kata kerja—mereka mungkin tidak tahu begaimana untuk jawab anda, tetapi mereka dapat bertutur dengan gramatis.

Untuk menguasai huruf-huruf Bahasa Cina, bahagian menulis adalah bahagian yang paling susah. Mujurnya, seseorang pelajar boleh memilih sama ada belajar sebutan dahulu tanpa belajar menulis. Lazimnya, ini mendatangkan kebaikan bagi pelajar luar negeri untuk belajar Bahasa Cina sebagai bahasa kedua dalam jangka masa pendek.

Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan jangka masa dalam pengguasaan kemahiran vokal Bahasa Cina. Oleh itu, saya mencadangkan anda agar tidak mepelajari kemahiran bertulis dari titik permulaan jika anda tidak sangat memerlukannya.

Nasihat terbaik daripada saya ialah anda perlu memulakan belajar Bahasa Cina dengan 1 ayat: apa(perkataan/ayat)yang dapat anda lihat dan faham cara ejaan dengan nada yang betul, dan makna di sebaliknya.

Dengan menetapkan matlamat anda dalam penguasaan ayat tersebut pada bila-bila masa yang anda yakin. Apabila dikumpulkan sekali, anda akan dapat mempelajari 1 ayat yang mengandungi 7 patah perkataan setiap hari,dan akan dapat dicapai rekod sebanyak 2,000 patah perkataan dalam masa setahun. Anda juga akan dapat menguasai huruf-huruf yang cukup dalam perbualan dan perbincangan harian anda.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Cara Paling Baik Untuk Belajar Bahasa Cina”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *