Web Analytics

Pelbagai Desain dan Model Baju Kebaya Labuh Di Pasaran

Baju Kebaya Labuh merupakan baju tradisional yang mempunyai kombinasi pakaian blaus. Baju ni berasal dari Indonesia dan biasa dipakai oleh wanita di Indonesia, Malaysia, Brunei, Myanmar, Singapura, selatan Thailand, Kemboja dan bahagian selatan Filipina.

Ia adalah salah satu pakaian tertua dalam sejarah melayu dan masih dipakai oleh kaum melayu di hari modern ini. Ciri-ciri pakaian ini adalah ia labuh, berbelah di sepanjang bahagian depan dan baju disemat bersama 3 biji kerongsang. Baju kebaya tradisional biasa dipadankan bersama kain sarung. Lepas tu ia dilengkapkan dipinggang dengan letakan kepala kain di depan.

Ia adalah betul yang dikatakan bahawa pakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Wanita selalu memberi tumpuan kepada kelihatan pakaian mereka dan oleh itu untuk memenuhi permintaan mereka, sekarang di pasaran telah dibanjiri dengan pakaian jenis ini yang telah menjadi pilihan yang popular oleh ramai wanita.

Baju Kebaya Nyonya

baju kebaya nyonya
Go to Order
Ia merupakan pakaian yang mirip dan dipanggil sebagai “nyonya kebaya”. Pertama kali pakaian itu ditemui dan dipakai oleh orang-orang Peranakan di Melaka. Pakaian itu dipadan bersama kain sarung serta kasut bermanik-manik yang disebut sebagai “kasut manek”.

Hari ini, baju kebaya nyonya telah mengalami banyak pembaharuan dengan desain yang moden dan ia dah diperkenalkan ke kalangan wanita bukan Asia. Jadi, kebaya nyonya bukan cuma dipakai oleh wanita Asia sahaja pada hari ini, malah ia telah disebar ke seluruh dunia.

baju kebaya yans creation
baju kebaya yans creation

Baju Pengantin

Selain daripada menjadikan pakaian harian, baju kebaya labuh juga sesuai untuk menjadikan pakaian pengantin. Bagi pengantin yang ingin pakai baju seperti ini sebagai baju pengantin untuk perkahwinan mereka.

Boleh juga baju ini dijadikan. Biasanya ia akan diperbuat dengan songket dan sepadan dengan kain sarung. Dan selendang baju juga akan diperbuat daripada songket.

baju kebaya labuh
baju kebaya labuh

Model Kebaya Labuh Terbaru

Model baju kebaya dengan desain yang modern sudah menjadi model kebaya yang mempunyai permintaan yang tinggi pada hari ini. Anda boleh memakai pakaian modern dari desain jenama dan sesuai dengan cita rasa anda sendiri.

Pemakaian pakaian jenis ini dengan sesuai boleh menjadikan anda seorang wanita yang mengikuti trend dan memberikan penampilan yang yakin dengan sendiri. Anda boleh memakai baju kebaya modern unutk menghadiri beberapa acara rasmi seperti dinner, perhimpunan kawan-kawan atau perkahwinan.

 

POYA merupakan satu label unik yang pakar dalam pakaian tradisional Melayu. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 dan jenama ini telah mendapat pengiktirafan bagi mutu kerja rapi dan penggunaannya fabrik mewah dari sekitar Malaysia.

Baju yang desain oleh POYA menekankan warisan dan cita rasa Asia. Bahan material yang banyak digunakan untuk membuat baju adalah renda dan satin. Antara pakaian yang popular adalah baju kebaya lace yang menular-nular di kalangan wanita melayu.

Baju lace merupakan pakaian yang boleh dijahit dengan sepenuhnya dari sutera dan renda yang membuat ia kelihatan amat elegan. Texture kain adalah amat lembut dan selesa menyentuhnya.

Baju kebaya jarang diperbuat dengan sendat, ketat atau terlalu seksi sehingga bentuk badan boleh ternampak. Sama juga dengan T-shirt, seluar dan blouse sebab bagi muslim yang memeluk agama Islam, adalah penting bagi wanita untuk mengamalkan adat tutup aurat.

Ke Mana Beli Pakaian?

Baju kebaya yang ditawarkan di kedai-kedai juga dikenali dengan kualiti yang luar biasa dan menakjubkan. Memakai desain yang paling moden untuk menghadiri sesuatu jamuan boleh menarik perhatian semua orang.

Wanita suka dirinya menjadi tumpuan perhatian orang ramai, dan model pakaian moden ini membolehkan wanita mendapatkan perhatian yang diingini dengan pelbagai jenis pakaian bergaya.

Sekarang, boleh anda cari banyak baju kebaya labuh dengan desain yang berlainan secara online. Anda juga boleh buat tempahan untuk desain baju yang anda suka. Tetapi untuk mengelakkan terlebih belanja, anda perlu tahu berapa banyak yang anda mampu untuk membeli sesuatu baju.

Mengkaji semula keadaan kewangan anda dan menentukan berapa banyak wang yang anda ada supaya anda tidak habiskan semua wang untuk satu baju sahaja.

Sejarah dan Asal Usul Tentang Baju Kebaya

Baju jenis ini juga merupakan salah satu pakaian tradisional yang asalnya dipakai oleh kaum wanita di Malaysia dan juga Nusantara(Indonesia) yang dikenakan dengan batik, sarung, atau pakaian tradisional yang lain macam songket bersama motif warna-warni.

Di samping itu, pakaian Kebaya ini juga diperbuat daripada sejenis kain yang dikenali sebagai kain kasa Pakaian ini sesuai dipakai sebagai pakaian harian mahupun pakaian pengantin.Bagi pakaian harian, busana ini sesuai diperbuat daripada kain kapas, baldu atau sutera dan dipadankan dengan kain sarung.

Selendang juga hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

Tambah lagi, terdapat beberapa khabar angin yang berlainan tentang asal usul Baju Kebaya. Ada orang yang berkatakan bahawa kemungkinan pakaian ini adalah dibawa masuk ke Nusantara oleh orang Arab sejak beberapa ratus tahun dahulu.

Sebab mereka berkata demikian adalah dengan berdasarkan perkataan ‘kebaya’ itu dipercayai berasal dari bahasa dan perkataan Arab iaitu habaya yang maksudnya adalah baju labuh yang mempunyai ciri yang berbelah di depan.

Manakala ada juga orang yang mengatakan bahawa baju ini dibawa masuk ke Melaka oleh orang Portugis, dan bukti mereka adalah kebaya sudah lama pakai di rantau ini pada masa pemerintahan Portugis.

Pada masa itu, baju ini bukan saja dipakai oleh golongan wanita Melayu tetapi terdapat ramai wanita Cina Peranakan (Baba) juga memakai pakaian itu. Wanita Cina Peranakan akan mengubahsuai sedikit untuk pakaian ini dengan perbezaan dalam gaya dan potongan baju.

Jenis Baju Kebaya Di Rantau Ini

Selain itu, Terdapat juga pelbagai jenis Baju Kebaya yang telah diketengahkan seperti Baju Belah Kebaya Panjang, Baju Kebaya Kota Bharu, Baju Kebaya Riau-Pahang dan lain-lain.

Setiap pakaian ini mempunyai ciri-ciri tersendiri. Baju belah Kebaya Panjang mempunyai pola baju yang bersifat ‘mengurungkan’ seluruh badan termasuk semua anggota. Bagi pakaian tradisi ini, potonga kain biasanya labuh sampai ke buku lali dan apa yang bezanya adalah ia berpesak dan berbelah di depan baju.

Baju belah panjang ini terkenal di Selangor, Perak, Melaka, Perlis dan Kedah. Baju kurung belah juga dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’.

Tradisi pakaian ini berkembang menjadi kebaya dan direka dengan tangan panjang yang berpesak lurus di bahagian depan baju. Desain baju jadi berbelah dada dan berkekek dan ditutup dengan kerongsang tiga atau kancing.

Manakala Baju Kebaya Kota Bharu adalah dibahagian depan dada pakaian tersebut ia mempunyai kancing. Kebaya Kota Bharu ini juga mirip kepada kebaya di kota Bandung, Pulau Jawa yang luas dikenali sebagai Kebaya Kutu Baru.

Hiasan Baju

Seterusnya, Baju Kebaya juga sering digayakan dengan selendang dan aksesori yang lain seperti tiga kerongsang yang berangkai atau berasingan dengan rantai halus yang lama dikenali sebagai kerongsang ibu dan anak.

Kerongsang besar yang berada di atas dikenali sebagai ibu manakala 2 kerongsang yang kecil yang dipakai di bawah kerongsang ibu dikenali sebagai anak.

Selanjutnya, antara bahan yang digunakan untuk membuat kebaya adalah kain tenun, sutera, organza, tule, shiffon, dan juga kain renda.

Sebelum ini, kebaya hanya menggunakan kain sutera organza atau kain campuran halus. Kini dengan perkembangan fesyen, kebaya lebih variasi mula daripada kain tule, tenun, renda atau shiffon.

Kain Kebaya juga dihiasi dengan variasi sulaman, labuci dan manik-manik. Pemilihan bahan-bahan yang tidak mudah rosak semasa dalam sulaman atau jahitan dengan hiasan tambahan adalah sangat penting untuk memastikan kuaiti dan kecantikan pakaian itu.

baju kebaya rokiah
baju kebaya rokiah

Pada era globalisasi, Baju Kebaya semakin mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat dan penggunaan maka rekaan dan teknik pembinaannya harus dimajukan lagi agar rekaan itu bersesuai dengan arus pemodenan.

Para ahli fesyen sedang mencari cara untuk mengubahsuai design dan menjadikannya baju yang akan kelihatan lebih moden dan sejajar dengan trend terkini. Antara Baju Kebaya yang diubahsuai boleh sepadan dan dipakai bersama seluar jeans.

Tidak berhenti di situ, dengan masa yang semakin berjalan ini, pakaian ini akan terus mencari variasinya yang tersendiri bertepatan dengan pemintaan dan citarasa pemakainya.

Leave a Comment