Apa itu Kimono?
Kimono adalah istilah yang paling asas yang merujuk kepada pakaian tradisional Jepun. Istilah harfiah diterjemahkan sebagai “barang untuk dipakai.”
Perkataan kimono mula digunakan pada lewat abad-19 sebagai satu cara untuk membezakan pakaian asli dari pakaian Barat. Selepas itu, pakaian ini semakin berkembang dan menjadi pakaian yang biasa dipakai oleh orang ramai di Jepun.
Kimono merujuk kepada pakaian luar yang utama untuk pakaian Jepun. Pakaian jenis ini biasanay mempunyai jubah yang panjang dengan lengan lebar, diperbuat daripada pelbagai bahan dan dalam pelbagai corak. Ia secara umumnya tidak dipakai pada musim panas, pakai pada musim luruh dan musim bunga, dan empuk di badan pada musim sejuk.
Walaupun pakaian kimono berasal dari negara Jepun, tetapi ia sekarang sudah dipakai secara meluas oleh semua orang di seluruh dunia dan telah banyak diubahsuai dari baju asalnya.
Baju Untuk Zaman Moden
Di zaman moden, kostum tradisional Jepun telah memberi inspirasi kepada banyak pereka fesyen untuk mencipta fesyen baru. Garis pinggang pakaian adalah skala penting untuk menunjukkan perubahan fesyen sebelum ini.
Walau bagaimanapun, istilah ‘Fashion’ telah menjadi lebih luas dengan globalisasi dan kepentingan pada pinggang tidak lagi menjadi sesuatu yang ditumpu perhatian oleh para pereka baju.
Terdapat banyak gaya bagi baju kimono untuk pelbagai majlis, mulai dari pakaian yang sangat formal sampai ke pakaian yang sangat kasual.
Tahap formalitas kimono wanita biasanya ditentukan oleh corak, kain, dan juga warna yang dipakai untuk menghasilkan baju itu. Baju Kimono untuk wanita muda biasanya mempunyai lengan yang lebih panjang dan cenderung menjadi lebih rumit berbanding dengan baju kimono yang dipakai oleh wanita yang lebih tua.
Terdapat juga baju Kimono yang cuma mempunyai satu bentuk asas dan kebanyakannya dipakai dalam warna-warna yang bukan cerah sangat. Formality juga ditentukan oleh jenis dan warna aksesori, kain, dan bilangan kamon (kerabat keluarga).
Sutera adalah kain yang paling wajar dan paling formal yang digunakan untuk membuat baju Kimono. Sekarang juga semakin banyak baju jenis ini yang diperbuat dari kapas yang nampak macam lebih kasual.
Kimono diperbuat daripada fabrik moden seperti poliester juga lebih kasual daripada sutera. Memilih kimono dengan formaliti untuk majlis-majlis khas adalah yang sangat penting di golongan dan masyarakat Jepun.
Material Untuk Membuat Baju Kebaya Kimono
Di golongan melayu, terdapat baju kebaya yang diubahsuai daripada baju kimono asal tu. Baju di rantau ini diperbuat daripada bermacam-macam jenis material termasuk satin, cotton, chiffon dan silk.
Antara material yang disebutkan, chiffon merupakan material yang digemari oleh wanita ramai sebab ia kelihatan cantik dan sentuhan permukaan juga amat selesa.
Terdapat jenama yang memakai material satin silk yang bajunya kelihatan banyak jelita dan sungguh sopan dipakai juga. Sebab satin silk merupakan kain yang dibekalkan dengan harga tinggi, jadi ia boleh nampak kilat an memberikan sentuhan elegant kepada sesiapa yang memakainya.
Baju Kebaya Kimono Bali
Di Indonesia, terdapat baju kebaya kimono yang dicipta dengan reka bentuk dan model baru yang dikenali sebagai baju kebaya kimono Bali. Baju ni merupakan model kebaya terkini dan bergaya pada masa kini.
Dengan pengubahsuai fesyen Jepun, model kebaya kimono sudah menjadi salah satu gaya fesyen yang diminati oleh orang ramai.
Satu lagi keunikan kebaya model ini adalah tampilan boleh jadi lebih cantik jika dilengkapi dengan tali pinggang yang biasanya diperbuat daripada kain batik.
Baju Kurung Kimono
Sekarang boleh juga anda terjumpa pakaian baju kurung Kimono yang merupakan gabungan pakaian Kimono dengan baju kurung yang merupakan baju tradisional di masyarakat Melayu.
Jika anda berminat dengan baju jenis ini, boleh anda cuba untuk dapatkan Baju Kurung Kimono Tricia. Pakaian ini diperbuat daripada fabrik yang bermutu tinggi, iaitu fabrik Balotteli. Material ini dipilih untuk hasilkan baju ini sebab fabriknya sangat tahan lasak. Di samping itu, ia juga tidak mudah kedut dan sangat selesa untuk dipakai pada badan wanita.
Cara Untuk Membuat dan Menjahit Baju Kebaya Kimono
Sekiranya anda sukakan baju jenis ini dan berminat untuk membuat satu baju kebaya Kimono dengan DIY anda sendiri, anda boleh rujuk ke laman-laman dan Youtube video untuk mencari semua tutorial yang ajar macam mana untuk menjahit baju itu dari mula sampai siap.
Di sini saya pun ada sediakan beberapa Youtube video yang mengajar cara untuk membuat baju kebaya kimono. Boleh anda lihat video ini buat beberapa kali dan mula jahit baju Kimono anda sendiri. Apabila sudah dapat pengalaman sikit-sikit jadi anda akan mahir dalam bidang ini dalam masa yang singkat.
Baca juga: 10 Kesilapan Yang Perlu Dielakan Bila Beli Baju Pengantin