Awas Kontraktor Penipu di Projek Perumahan Baru Siap
Jika kita pergi beli rumah, bila rumah sudah siap dan kita dapat CF (Certificate of Fitness) atau sijil layak menduduki, memang ini merupakan situasi yang paling best dan teruja. Bila dapat sahaja kunci dan kita nak masuk kawasan perumahan dan rumah kita, kita terlebih dahulu tempuh:
Kontraktor yang menawarkan khidmat renovation rumah. Pengubahsuaian ini termasuk pasang grill, kitchen cabinet, autogate dan lain-lain.
Dalam kalangan ramai-ramai kontraktor yang ada, kenalah anda awaskan sendiri bahawa ada di kalangan mereka yang memang berniat untuk menipu.
Antara penipuan yang boleh mereka lakukan adalah:
- Mereka akan buat quotation yang masuk akal (kalau mereka buat harga sangat rendah, orang boleh detect mereka nak tipu).
- Mereka akan ada flyers, business card, dan syarikat rekaan.
- Mereka akan dapatkan 1 client dan buat dengan betul-betul dan bersungguh-sungguh servis renovation mereka dan jadikan rumah tu sebagai bahan rujukan kepada pembeli rumah lain.
- Bila pemilik rumah sudah percaya/convince dengan servis mereka, mereka akan mula kumpul deposit daripada mereka yang ingin dapatkan servis renovation. Kita anggap 20% dari jumlah kos renovation yang quoted oleh kontraktor itu. Contohnya satu renovation adalah RM 20,000 dan pemilik rumah bayar deposit RM 2,000 terlebih dahulu.
- Kontraktor penipu ini akan ulang untuk seberapa banyak mangsa yang boleh. Bila mereka sudah dapat kutip wang deposit yang cukup banyak, mereka akan bawa duit itu dan larikan diri, tinggalkan pemilik rumah yang menyesal sebab kena tipu oleh kontraktor ini.
Perlu juga anda faham tentang Checklist Projek Perumahan Baru.
Pengajaran Yang Ingin Disampaikan
Apa yang boleh anda belajar dari pengajaran di sini adalah:
- Jangan anda mudah untuk percaya kepada kontraktor yang approach anda untuk renovate rumah anda yang baru siap.
- Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mengubahsuai rumah anda. Boleh anda buat siasatan dulu tentang latar belakang kontraktor itu. Atau lebih baik apabila rumah anda sudah hampir siap, boleh anda dapatkan maklumat kontraktor renovation dari rakan-rakan anda yang pernah buat renovation dengan mereka.
- Jangan senang kena tipu walaupun dengan bayaran 20% deposit. RM 2,000 tu tetap duit titik peluh anda.
- Bila nak ubahsuai rumah, boleh anda buat survey sekurang-kurangnya 3 kontraktor yang berlainan. Dapatkan quotation daripada mereka dan buat bandingan harga sebelum pilih kontraktor yang paling sesuai.
Kenali Kontraktor Penipu
Bagaimana nak kenali Kontraktor Penipu? Ramai orang yang bertanyakan soalan seperti ini. Ini memang agak susah juga bagi seseorang untuk kenalpasti yang mana satu kontraktor adalah penipu.
Kalau harga yang ditawarkan oleh seorang kontraktor adalah sama dengan yang lain, dan harganya adalah standard dengan harga pasaran, maka anda boleh mula untuk check background dengan SSM untuk memastikan syarikat ini merupakan sebuah syarikat kontraktor rumah yang sah.
Boleh juga anda tengok projek-projek yang mereka buat dulu. Ini adalah amat penting terutamanya jika anda ingin upah kontraktor yang berskala kecil.
Ini cuma langkah asas saja. Sebenarnya tiada jawapan yang pasti untuk kenali adakah seorang kontraktor itu merupakan penipu atau tidak. Apapun, berikut adalah apa yang saya rasakan perlu kita ambil perhatian:
- Adakah alamat pejabat ataupun syarikat yang diwar-warkan itu betul / wujud. Mungkin boleh cari di mana pejabat syarikat itu. Atau boleh juga minta contoh beberapa rumah yang pernah kontraktor tu siapkan.
- Bukan orang perseorangan yang buat untung atas angin, yang sub-con semua kerja kepada orang lain. Yang ni sangat tinggi risiko.
- Kontraktor yang ada banyak alasan. Kontraktor jenis ini bukan tak buat kerja. Tapi kerja mereka banyak lambat. Hari-hari mereka akan berikan bermacam-macam alasan. Mungkin sudah lepas beberapa bulan kerja masih belum dapat disiapkan.
- Sekatkan peratusan pembayaran deposit yang tinggi – ini memang jelas, kalau seorang kontraktor itu minta deposit lebih dari 30%, memang perlu anda mencurigakan sesuatu.
- Harga – walaupun harga yang ditawarkan oleh kontraktor itu mungkin masih masuk akal, tapi untuk jadikannya lebih menarik, si penipu akan letak harga yang murah sedikit berbanding dengan tawaran kontraktor lain.
Kontraktor Yang Mempunyai Kawasan Diri Tertentu
Ada orang kata kontraktor ni memang sudah ada kawasan mereka masing-masing. Siap ada deal dengan déveloper rumah lagi. Jadi kalau ada kontraktor luar nak masuk untuk renovate rumah kawasan tu memang susahlah. Kalau dapat pun, ada yang datang untuk pukul mereka.
Alhamduliilah. Nasib bagi saya sebagai sampai sekarang saya tidak pernah kena tipu oleh kontraktor penipu lagi. Apa yang saya buat ialah saya buat pilih kontraktor yang berlainan untuk setiap tugas seperti pemasangan alatan elektrik dan grill. Saya dapatkan semua kontraktor ni dari rakan yang pernah dapatkan khidmat mereka sebelum ni.
Baca juga: Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi