Perbelanjaan Kita, Pendapatan Orang Lain

Adakah anda sedar atau tidak bahawa setiap sesuatu perbelanjaan yang kita buat adalah pendapatan orang lain. Ada pula perbelanjaan orang lain adalah pendapatan kita.

Jika anda mempunyai keraguan, boleh kita semak bersama-sama.

Pada waktu pagi bola pergi kerja, kita perlu keluarkan duit untuk isi minyak motor di stesen minyak. Jika kita mengisi tangki motor kita dengan bayaran RM 5, jadi RM 5 itu telah jadi pendapatan bagi syarikat stesen minyak itu.

perbelanjaan pendapatan

Untuk makan sarapan, kita belanjakan RM 4 di restoran mamak, pendapatan RM 4 sudah dijanakan oleh restoran mamak itu.

Kita pergi ke kedai Celcom untuk bayar bil telefon sebanyak RM 30, Duit itulah merupakan pendapatan bagi syarikat celcom.

Untuk pendapatan kita macam gaji, ia terhasil dari perbelanjaan orang lain yg mendapatkan perkhidmatan syarikat kita. Seperti contoh adalah pekerja yang bekerja di syarikat Telekom Malaysia. Orang lain berbelanja untuk mendapatkan perkhidmatan High Speed Broadband, itulah pendapatan yang Telekom dapat untuk diberikan kepada pekerjanya.

Sekiranya kita memiliki rumah untuk sewa kepada orang lain, maka perbelanjaan sewa bulanan oleh penyewa kita adalah pendapatan bagi kita.

Kalau kita miliki perniagaan char kueh tiaw, RM 6 untuk sepinggan yang dibelanjakan, maka duit itulah yang merupakan pendapatan kita.

Apa yang saya cuba untuk sampaikan di sini?

Bila kita alert mindset kita dengan konsep perbelanjaan dan pendapatan, kita dengan sendirinya lebih berhemat dengan perbelanjaan kita, dan kepada siapa kita akan beri pendapatan itu. Adakah saudara se Islam kita atau pun sebalik.

Adakah kita patut berbelanja untuk pendapatan orang lain, ataupun berbelanja untuk menjana pendapatan untuk diri sendiri?

Sebaliknya, untuk jadi kaya, kita perlu membuatkan orang lain berbelanja untuk pendapatan kita, kita selalu berada dipihak yang menerima. Jadi keputusan perbelanjaan kewangan juga menjurus kepada matlamat “orang lain berbelanja utk pendapatan kita”.

Urus Budget Kita Dengan Baik

Dengan percakapan yang lain ialah kita kena pandai menguruskan budget kita sendiri dengan baik. Jika tidak, susah untuk kita dapat pendapatan tapi kita akan jadi pendapatan untuk orang lain pula.

Pada zaman ini, memang bukan mudah untuk kita buat bisnes sendiri. Jadi terdapat ramai rakyat di negara ini yang memilih untuk bekerja untuk orang lain dan dapatkan pendapatan yang stabil setiap bulan.

Walaupun ada sesetengah yang ada jimat wang dan set budget untuk membuat pelaburan, dan pelaburan mungkin merupakan antara satu-satu pilihan yang baik, tapi nak melabur pun kena ada duit. Bagi mereka yang jarang simpan duit setiap bulan, susah juga bagi mereka keluarkan duit tambahan untuk membuat pelaburan juga.

Macam Mana Dengan Forex?

Ada juga banyak daripada kawan saya yang ada melabur dalam Forex. Dan mungkin anda mempunyai soalan dalam otak anda di mana melabur dalam Forex adalah merupakan perbelanjaan atau pendapatan?

Pada pendapat saya, kalau melabur dalam Forex, CPO atau yang seangkatan dengannya. Pendapatan kita (keuntungan) adalah daripada perbelanjaan (kerugian) orang lain. Jadi apa yang penting adalah kita perlu baca untuk mendapat informasi yang cukup sebelum labur.

Jangan cuma dengar orang cakap saja sudah masuk berpuluh-puluh ribu dalam sesuatu transaksi yang kita sendiri pun tidak faham apa pelaburan sebenarnya yang kita buat. Jika tidak, akan senang saja kita jadi pendapatan untuk orang lain.

Kehidupan Yang Kita Amalkan

Namun itulah kehidupan. duit gaji atau duit yang kita dapat itu bukan semua hak milik kita. Sebahagian besar daripadanya adalah sekadar pemegang sahaja. Rezekinya kemudian adalah pada orang lain.

Dulu memang jarang bagi saya terfikir pada perkara macam ni. Tetapi lepas baca beberapa buku yang berkenaan dengan kewangan dan rasa agak bagus juga, jadi buat saya nak berkongsi dengan anda tentang perbelanjaan dan pendapatan pula.

Isu pasal pendapatan adalah amat penting jika kita nak hidup senang buat masa kela. Saya juga berusaha dengan kuat sekarang untuk memperbaiki pendapatan aku lepas ni. Apa yang saya buat sekarang adalah dengan kurangkan wang keluar dan tingkatkan wang masuk.

Perbelanjaan Orang Islam

Berbelanja dengan orang islam akan memberi pendapatan kepada umat islam. Ini secara terus akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi ia adalah bagus bagi semua orang sebab ia boleh beringat-ingat kepada orang untuk berbelanja kalau selalu fikir macam ni.

Sebagai seorang yang bijaksana, kita spatutnya kena tahu ke mana wang yang kita salurkan untuk membeli tu sampai. Maka ia adalah lebih baik sampai kepada saudara seislam kita juga.

Akhir kata, dalam kehidupan kita tak dapat lari dari berbelanja. Kita perlu berbelanja untuk mendapatkan sesuatu. Walaubagaimanapun, semua orang haruslah berbelanja dengan penuh bijak dan mengikut keupayaan diri sendiri.

Bagi mereka yang berniaga, 90% rezeki memang ada dalam perniagaan. Bila kita berniaga, bahan mentah pun kita beli dari orang lain juga. Maka, ianya akan jadi pendapatan kepada pembekal itu.

Apabila kita dah proses/jual barangan kita, maka, duit itu akan jadi pendapatan kita pula. begitulah kehidupan, saling bergantung antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *