Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi

Mungkin terdapat ramai orang yang pernah dengar tentang kes jualan rumah leasehold daripada pemegang bumiputera kepada non-bumi. Yang ada clause “tidak boleh dijual tanpa kelulusan dari pihak berkuasa, dan semua pihak-pihak yang berkenaan dan sebagainya”.

rumah bumi

Aku pun ada dengar tetapi ia sudah menjadi rasmi bagi aku sendiri selagi aku nampak dengan kepala aku sendiri atau memang member tu adalah kawan yang sangat rapat kepada aku. Aku tak berani nak share kes yang pernah berlaku di sini. Bukan baik sangat juga setakat dengar-dengar kawan atas kawan ataupun sedara mak mertua punya adik punya menantu…

Ada kawan aku yang berjaya menjual rumah leasehold dia kepada non-bumi di Selangor.

Setelah menunggu dan terus menunggu sehinggalah ada satu ketika, kedua belah pihak secara voluntary memang nak cancel saja deal tu. Tapi lawyer ni tak berputus asa, tak tahulah entah berapa kali kena reject agaknya.

Akhirnya, setelah hampir 9 bulan berulang-alih dan menunggu, permohonannya diluluskan!

Selepas rumah dia dijualkan, aku ucapkan tahniah kepadanya. Ini merupakan kali pertama bagi dia jual rumah dan dia dapat mengaut keuntungan kasar lebih daripada RM 240,000. Memang satu rezeki yang amat untung ni.

Kisah Yang Berlaku

Tapi process yang dilaluinya memang bukan senang sangat. Kawan aku ni cakap jika nak jual rumah lagi, dia akan jual saja kepada bumi sebab dia dah rasa penat dengan mengalami urusan dengan banyak pihak dan habiskan banyak masa dan tenaganya.

Biarlah aku kongsi bersama anda tentang kisahnya di sini. Jalannya memang sukar dan sangat berliku. Aku yang mendengar ceritanya pun rasa sangat pening dan bagi aku memang akan give-up dengan segera, apatah lagi bahu yang memikul.

Kalau kita dimomokkan dengan kisah-kisah yang mudah dengan urusan jualan sebegini, aku rasa mereka-mereka ni tipu.

Cari Lawyer Untuk Urusan Jual Beli Rumah

Kisah kawan aku ni bermula dengan pencarian lawyer yang berpengalaman untuk menguruskan jualan rumahnya kepada non-bumi. Perlu anda tahu bahawa bukan semua lawyer yang nak ambil kes sebegini. Ini adalah disebabkan kes seperti ini pasti meleret-leret dan bukan banyak peguam yang ingin nak habiskan masa mereka atas kes macam ni.

Puas kawan aku ni mencari lawyer semasa nak jual rumahnya kepada non-bumi. Dia ada call 4 atau 5 lawyer tetapi semuanya tidak mahu ambil kes ni. Sehinggalah berjumpa satu lawyer hebat yang biasa buat kes macam ni baru dia dapatkan lawyer untuk uruskan deal jualan rumahnya.

Jualan Rumah Kepada Non-Bumi Bukan Satu Perkara Yang Senang

Kisah status hartanah leasehold memang agak samar-samar. Memang tiada dinyatakan bumi lot di mana-mana tapi sekatan itu sebenarnya ada, tetapi dalam bentuk yang tidak pernah kita terjangka. Aku pun terkejut bila mengikuti kes kawan aku ini. Banyak benda yang kita rasanya senang tapi sebenarnya rumit.

Jadi anda perlulah berhati-hati sekiranya anda juga bercadang untuk menjual rumah anda kepada non-bumi. Kalau anda tidak mahu ambil risiko, apa yang paling senang adalah juallah saja rumah anda kepada pembeli bumi. Kes in berlaku di Selangor. Bagi negeri-negeri lain macam Kuala Lumpur, Johor, Penang, aku tak pernah dengar lagi ada jualan yang dilakukan dari bumi kepada non-bumi.

Risiko-Risiko Yang Ada

Risiko pertama adalah prosesnya yang mengambil masa yang panjang. Harus diingat stage pertama adalah mendapatkan kelulusan dari Local Council. Saya kirakan bagi kes ini, lebih 9 bulan baru dapat kelulusan. Adalah juga disebabkan dokumen-dokumen yang tak lengkap oleh lawyer yang menyebabkan kes ini berjalan dengan sangat perlahan.

Seterusnya ada clause yang agak mengejutkan yang membolehkan kebenaran oleh local council. Seller, Buyer, Agent dan Lawyer (yang biasa bukan kes macam ni) semuanya terkejut.

Buat REN, Bakal Pembeli, Bakal Penjual, sila take note apa yang saya nak tulis di bawah ini. Sila nyatakan dengan jelas bagaimana nak handle benda ini dalam Letter Offer of Intent/ Purchase. Kalau tak, sesuatu yang tak terjangka mungkin berlaku dan semua pihak menunding jari mencari silap masing-masing.

Siapa yang mahu menanggung kerugian? Siapa yang nak bayar penalti tu sebab Agen sebelum ini kata OK, Lawyer yang handle benda ni juga pun kata OK, tak ada masalah. Seller kata kalau dia tahu ada penalti ni, dia takkan jual kepada non-bumi pula. Buyer pula tak tahu apa-apa pun?

Biar saya jelaskan tentang penalti ni.

“Kelulusan untuk menjual harta-tanah ini adalah tertakluk kepada pemulangan semula diskaun 7% kepada bumiputera sebelum ini”

– maksudnya 7% daripada harga masa mula-mula beli dulu harus dipulangkan semula. Kalau harga rumah itu 500k, 35k harus dibayar.

Pembaca semua – Siapa yang patut bayar??

Baca juga: Flipping Checklist – Untung Dari Penjualan Hartanah

2 Comments on “Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *