Memperbaharui Pendaftaran SSM Business Online

Adakah anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk pergi ke pejabat SSM untuk memperbaharui lesen perniagaan anda? Jika anda memang sibuk dengan urusan perniagaan anda, sekarang anda tidak perlu pergi ke pejabat SSM juga boleh anda memperbaharui lesen perniagaan anda.

Di bawah adalah langkah-langkah yang saya dapat tahu daripada kakitangan SSM semasa pembaharuan ROB saya sendiri di pejabat SSM. Kesemuaan proses sudah jadi sangat mudah dengan perkemukaan portal rasmi SSM yang dapat membantu semua rakyat Malaysia untuk perbaharui lesen niaga secara online tanpa perlu pergi ke pejabat SSM lagi.

ssm
ssm

Online Renew SSM

Di sini I akan tunjukkan cara-cara dan langkah-langkah bagaimana untuk memperbaharui Pendaftaran SSM Perniagaan dalam talian.

1) Buka browser anda dan lawat ke laman SSM iaitu https://ezbiz.ssm.com.my

2) Klik “Sign Up” Butang hijau.

ssm signup

3) Lengkapkan borang permohonan dan  lepas tu hubungi SSM untuk pengesahan.

ssm fill detail

4) Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima satu e-mel seperti yang ditunjukkan di bawah. Hubungi SSM untuk pengesahan dan anda boleh mula menggunakannya.

ssm email

Jika pejabat SSM adalah jauh dari rumah tinggal anda, maka boleh anda kunjungi bank BSN yang berdekatan sebab  BSN ada membekalkan perkhidmatan renew lesen perniagaan SSM di semua cawangan. Maka boleh anda jimat masa dan masalah dengan mempembaharui di bank BSN yang berdekatan dengan tempat tingggal anda.

Apa yang perlu diingati adalah sebelum anda pergi ke pejabat SSM atau Bank BSN, anda perlu pastikan bahawa semua dokumen dan borang yang berkenaan telah anda sedia dan bawa sekali. Antara dokumen yang diperlukan adalah termasuk kad pengenalan, borang A1, dan cetakan e-mel daripada SSM yang anda terima dalam emel anda.

Catatan:
Portal ini boleh digunakan untuk memperbaharui Pendaftaran Perniagaan (ROB) – Sole Proprietor / Enterprise Perniagaan, Perkongsian perniagaan.

Portal ini boleh digunakan untuk memperbaharui syarikat sendiri atau syarikat orang lain juga.

Masa Activate

Hari ini saya pergi ke Menara SSM yang berdekatan dengan KL Sentral untuk activate akaun saya dalam tempoh 14 hari yang diberikan. Bila sampai di sana, saya terus naik ke tingkat 14 di mana pejabat SSM yang terletak di sana.

Dengan membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan, gadis pekerja tu terus panggil saya bagi dia IC dan emel yang saya cetak keluar tu.

Lepas tu saya cuma perlu scan dengan cap jari saja. Gadis pekerja tu cakap sudah siap dan saya sudah boleh balik. Saya rasa sangat hairan dan tanya gadis pekerja tu adalah macam ni saja? Begitu mudah? Dia cakap ya betul. Akaun saya sudah activate dan saya sekarang boleh balik dan activate dengan online di rumah.

Jadi, lepas sampai office, saya terus login ke portal tu, tapi terlupa apa password yang saya pakai untuk mendaftar pulak. Walaupun lupa kata laluan, tapi tak payah risau sangat pun, saya terus tekan “Forgot Password”, dan password yang baru telah hantar ke emel saya. Lepas login, I dapati laman seperti berikut:

after login page

Saya kemudian pilih “MyBiz Services” – “Renewal by Owners”

choose type

Maklumat tentang nombor bisnes dan nama syarikat terus ditunjukkan.  Saya terus tekan dengan icon di bawah “Action”.

detail display

Dan renewal form seperti berikut ditunjukkan. Jadi sekarang bolehlah saya pilih untuk renew lesen perniagaan saya dari 1 sampai 5 tahun.

Pembaharuan lesen untuk 1 tahun adalah RM60.00. Saya terus pilih 2 tahun sebab senang sikit, tak payah renew tiap-tiap tahun.

Lepas tu cuma tekan “Process to Payment”. Anda akan dapat pilihan sama ada membuat bayaran dengan kad kredit, atau bank-bank yang disenaraikan dalam portal tu. Saya pilih untuk bayar dengan Public Bank.

ssm renewal

Sebab saya buat bayaran untuk 2 tahun, maka jumlah bayaran yang perlu saya bayar adalah RM120. Tetapi kena 6% GST, jadi jumlah adalah RM130.60. Lepas buat bayaran, Receipt disimpan dan print out. Habis kesemuaan proses. Senang sekarang.

* Sekarang sudah tiada lagi GST, maka jika anda renew untuk 1 tahun, harganya cuma RM60. Tapi anda perlu bayar RM10 untuk Business information.

bayaran

Kadar Pembaharuan

Kadar atau harga untuk pembaharuan SSM tanpa maklumat atau info adalah:

  • RM90 untuk 1 tahun
  • RM160 untuk 2 tahun
  • RM230 selama 3 tahun
  • RM300 untuk 4 tahun
  • RM370 selama 5 tahun
    + RM10 untuk maklumat perniagaan

Denda atas lewat pembaharuan SSM

Sekiranya anda lewat memperbaharui SSM perniagaan anda, anda akan dikenakan denda sebanyak RM30 pada bulan pertama dan tambahan RM10 untuk bulan berikutnya.

Contohnya jika anda lewat bayar dua bulan kemudian selepas pendaftaran perniagaan SSM anda, penalti anda akan meningkat kepada RM40 (Bulan pertama RM30 + Bulan kedua RM10).

Sekiranya anda lewat bayar selama lima bulan, maka penalti yang anda kena bayar akan menjadi RM70. Dan jika anda lewat memperbaharui SSM anda lebih daripada 1 tahun, maka anda tidak dapat lagi memperbaharuinya melalui portal online. Sebaliknya anda perlu pergi ke Pejabat SSM yang berdekatan untuk membaharui Sijil SSM anda. Denda juga akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *