Kejayaan Kita adalah Tanggungjawab Kita Sendiri

Saya kerap kali membaca keluhan ini di Internet: “Otai (orang lama) hanya membantu sesama mereka sahaja. Orang baru diabaikan.”

Ia membuatkan saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan ini.

Kenyataan yang mengatakan ‘orang lama’ yang berjaya tidak membantu usahawan-usahawan baru adalah tuduhan yang tiada bukti. Jika ada, kesnya boleh dibilang dengan jari. Biar saya katakan, “begitu ramai orang lama bersedia untuk membantu kita jika kita besedia untuk dibantu.” BERSEDIA dari aspek mental, kesabaran, ilmu dan kesungguhan.

success man
success man

Kata seorang “mentor” saya, kita hendaklah bertanggungjawab pada diri sendiri. Elakkan menuding jari kepada orang lain walaupun mereka yang silap. Kita mahu sesuatu, USAHA. Jika gagal, teruskan berikhtiar mencari jalan lain. Kita sentiasa ada PILIHAN.

Saya masih ingat pada 10 tahun yang lepas, sewaktu saya masih “zero” ilmu membina website. Saya meminta seorang rakan yang pandai membuat laman web untuk mengajar saya, namun beliau menolak tidak mahu.

Bermula daripada hari itu, saya tekad untuk berikhtiar sendiri dengan merujuk panduan di Internet, membeli buku dan meminjam buku-buku di perpustakaan.

Tidak cukup dengan itu, saya menyertai kursus membina laman web dan membeli pula panduan yang mereka tawarkan. Akhirnya, saya sedikit demi sedikit boleh membina laman web sendiri.

Saya gunakan cara yang sama untuk ilmu dan kemahiran yang lain, iaitu memikulkan tanggungjawab pada diri sendiri kerana saya sudah ‘berputus asa’ untuk meraih simpati orang lain.

Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menuding jari dan mengungkit-ngungkit salah orang lain. Ia hanya membazir masa sahaja dan akhirnya kita akan terperosok sama dalam kancah kerugian. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan menambah potensi untuk sakit jantung kerana marah-marah.

Mendapatkan bantuan orang lain juga ada seninya

Setiap sesuatu ada nilai ‘bayarannya’, sama ada tenaga, masa dan wang ringgit. Kejayaan tidak mudah datang begitu sahaja. Kejayaan orang-orang lama kerana mereka telah berusaha bukan setahun dua, tetapi telah melalui jatuh bangun berkali-kali banyaknya. Maka jika mahu berjaya seperti mereka, kita juga perlu bersiap sedia melalui seperti mereka.

Jika kita mengatakan mereka tidak membantu kita, mengapa jadi begitu? Kerana salah satu sebabnya adalah kerana mereka ‘dipaksa’ memberi bantuan dengan segera dan cepat, umpama memesan ‘burger special daging double’. Sepatutnya, mulakan dahulu hubungan yang baik sesama mereka.

Sokong usaha mereka dan TIDAK BOLEH sama sekali mengkritik mereka, walaupun hanya sekali (ini pantang paling utama!). Luka boleh sembuh, tetapi parut tetap berbekas.

Mereka boleh memaafkan, tetapi sebagai manusia biasa, mereka tetap mengingati kritikan pedas kita itu. Jika mereka terbuat kesilapan, BANTU mereka, berikan cadangan atau hulurkan tangan membantu. BUKAN MENGKRITIK.

Belajar daripada mereka dan catat perkongsian ilmu mereka. Kenalkan diri kita apabila sudah tiba masanya. Perkenalkan mereka kepada kawan-kawan kita dan saudara mara kita yang dirasakan bermanfaat untuk menimba ilmu ataupun produk mereka.

Beli produk-produk mereka dan sertai seminar ataupun bengkel yang mereka anjurkan. Itu adalah beberapa cara untuk membina hubungan baik yang berkekalan.

Semua ini adalah bertahap dan memerlukan komitmen. Menjadi usahawan memerlukan komitmen yang besar, bukan sedikit atau suam-suam kuku. Umpama menaiki tangga, kita tidak akan sampai terus ke tingkat teratas, sebaliknya perlu menaiki anak tangga demi anak tangga.

IKHLAS adalah kata kunci utama di sini. Tanpa keikhlasan, maka itulah punca utama mengapa kebanyakan usaha kita gagal dan membuatkan hati kita kalut.

Bila Kerak Lebih Besar Dari Periuk

Izinkan saya untuk mengupas topik bila kerak lebih besar dari periuk. Peribahasa ini mudah difahami. Ia berkaitan rapat dengan cara pengurusan wang atau cara kita mengendali perbelanjaan secara harian, mingguan atau bulanan.

Kebetulan pula sekarang hangat diperkatakan iaitu minyak naik dan ramai pula dah diberhentikan kerja. Pasti merisaukan benak fikiran kita semua.

walking
walking

Saya andaikan ada dua orang pemuda yang baru berumur 20 tahun. Kedua-duanya baru mendapat kerjaya tetap. Syukur alhamdulilah. Sebab bukan senang nak dapat kerja tetap sekarang ini. Kalau musim gawat ekonomi, ramai pula dah kena buang kerja. Nasib saya tak tahulah pula. Namun saya dah bersedia dengan plan B dan plan C. Orang kata, tahu tak pe.

Pemuda A (andaian sahaja) diberi upah gaji permulaan RM2500 sebulan. Dia sudah terdidik dengan cara hidup berhemah dan berjimat cermat. Dalam pemikirannya susah-susah mencari wang mengapa pulak senang nak dihabiskan begitu sahaja. Dia merancang kewangan. Dia mencari Perunding Kewangan untuk mendapat khidmat nasihatnya. Orang yang dicarinya ialah saya. Eh bukanlah. Mereka ialah wakil takaful.

Pemuda B (andaian sahaja) sama seperti pemuda A. Mereka mendapat pendapatan dan kerjaya yang sama. Namun pemuda B mempunyai tabiat kurang elok. Pemuda B suka melaram dan berkira-kira untuk membeli kereta idamannya.

Dalam pemikirannya senang sahaja. Dah ada kerja tetap apa nak takut berhutang. Dia pun mencari kereta idaman untuk dibeli dengan konsep sewa beli. Tentunya dia akan mencari agen penjual kereta. Mereka akan mengurus pinjaman kereta kita. Yang penting sediakan 3 bulan slip gaji, lesen memandu dan kad pengenalan.

Masa terus berlalu. Pergi dan pergi tanpa disedari. Pemuda A menjalani kehidupan biasa biasa sahaja. Corak perbelanjaannya sangat minimum dan aliran pendapatannya pula sangat bagus.

Wang tunai dalam tangan sentiasa ada. Jarang-jarang kesempitan wang walaupun telah mencarum dalam Pelan Perlindungan Pendapatan dan Pelan Kad Perubatan. Pendek kata ketenangan fikiran yang dia dapat. Dengar khabar nak melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman hati tak lama lagi.

Sebaliknya kisah pemuda B agak meyayat hati. Kehidupan agak mencabar. Pinjaman kereta idamannya agak tinggi. Lebih 50 peratus pendapatannya digunakan untuk membiayai pinjaman kereta idaman. Biasalah kalau dah sebut kereta idaman mana ada kereta kecil macam Viva atau Axia.

Fikiran pemuda B sentiasa runsing. Mana taknya keinginan nak kahwin apabila berjumpa dengan gadis menawan tak kesampaian. Wang simpanan tiada dan gaya kehidupan gaya boros menyebabkan dia terjebak dengan hutang kad kredit.

Saya tinggalkan pembaca dengan cerita ini tanpa kesudahan. Lagipun ianya bukan kisah benar. Ia cuma kisah rekaan yang saya nak kaitkan dengan konsep bila kerak lebih besar dari periuk.

Sebagai pengajaran bahawa pengurusan kewangan yang bijak, berhemah dan berhati-hati membawa kebahagiaan jangka panjang. Memang betul la kata orang tua tua, bersakit-sakit dahulu maka bersenang-senang kemudian.

Ramai Usahawan Tidak Dapat Tinggalkan Zon Selesa Mereka

Salah satu halangan yang paling besar untuk memulakan usaha baru adalah “halangan keganasan,” seperti yang dipopularkan oleh Bob Proctor, jutawan dan usahawan terkenal dunia berusia 75 tahun.

Ini adalah halangan khayalan yang sentiasa muncul pada titik kritikal di mana kita akan melangkah keluar lebih awal daripada rakan-rakan atau pesaing, tetapi takut menyebabkan kita berhenti terus.

 

Semua orang mempunyai zon selesa, di mana mereka berasa dalam kawalan. Masalahnya ialah bahawa jika anda tinggal di zon selesa yang terlalu lama, anda tidak belajar dan mencapai matlamat baru. Menurut Bob, semua pertumbuhan berlaku di luar bahawa zon selesa, dan pinggir zon yang dipanggil halangan keganasan.

Jika anda ingin menjadi seorang usahawan dan memulakan perniagaan baru, anda mesti bersedia dan mampu memecahkan halangan keganasan anda. Jika anda berharap untuk berjaya , anda perlu bersedia untuk mempelajari kemahiran baru, set matlamat dan keluar dari zon selesa anda.

Mengatasi halangan keganasan memerlukan perasaan yang sangat ‘passion’ untuk impian baru, kesediaan untuk mengambil risiko, dan tekad untuk tidak pernah berhenti. Di samping itu, ia membantu untuk mempunyai beberapa strategi khusus, yang digariskan oleh Ingunn Aursnes, untuk membantu anda:

1. Tetapkan matlamat yang tertentu, dan bukannya matlamat yang sekadar angan-angan

Membuat kenaikan matlamat yang lebih kecil, jadi anda boleh melihat diri anda menjadikan setiap langkah, daripada menghadapi langkah saiz gunung. Buat gambar di fikiran anda daripada anda mencapai hasil akhir anda, seperti dapat bersantai di pantai tanpa perlu bimbang wang.

Kemudian tulis dan set keutamaan matlamat anda. Jika matlamat tersebut tidak ditulis, matlamat itu tidak wujud dan kita akan lupa pada matlamat tersebut. Tidak perlu terlalu teliti untuk melaksanakan. Lakukan secara berperingkat.

2. Ambil langkah pertama untuk matlamat anda

Anda jangan pernah kemana-mana selagi anda belum memulakan langkah yang pertama. Ia bukan satu langkah yang terlalu besar, tetapi perlu pastikan anda mempunyai arah yang betul. Tetapkan sebesar mana kepentingan dan mula ukur sejauh mana pencapaian anda.

Anda perlu ingat ada orang yang terpaksa ambil satu langkah kebelakang setelah dua langkah kehadapan telah diambil. Dan ini adalah normal.

Setiap orang lebih banyak belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Semua orang belajar lebih dari kegagalan berbanding dari kejayaan. Melangkah ke hadapan, mencapai matlamat, adalah satu proses dan bukan satu gerakan berterusan. Selepas langkah pertama, kedua yang lebih mudah, dan selepas gol pertama memberi anda keyakinan, yang kedua akan menjadi lebih mudah.

3. Mengenal halangan dan melihatnya sebagai peluang pertumbuhan

Rasakan kepuasan dalam meluaskan zon keselesaan anda, peluang untuk belajar, dan kemajuan ke arah matlamat anda. Gunakan mentor atau sokongan organisasi anda untuk mendapatkan anda lebih halangan, dan meraikan kejayaan.

Bagi ahli-ahli pasukan, jangan lupa tanggungjawab anda untuk membantu ahli-ahli lain untuk mereka menghadapi halangan mereka. Membantu orang lain adalah cara terbaik untuk melupakan ketakutan anda sendiri dan membina memuaskan hati kepimpinan serta pembelajaran.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *