Santai Lepas Balik Kampung Untuk Cuti

Perjalanan Jauh Pulang Ke Kampung

Beberapa hari ini ramai diantara kita sudah mula bergerak pulang ke kampung-kampung. Yang bekerja di kota besar sudah membuat persediaan yang mencukupi untuk pulang bertemu sanak-saudara yang telah lama di tinggalkan.

Sudah menjadi tradisi budaya masyarakat Malaysia hari ini apabila ada kesempatan bercuti panjang akan bergerak pulang ke kampung. Masa inilah diambil untuk merapatkan semula tali persaudaraan.

Didalam perjalanan pulang dengan kenderaan sudah pasti akan menghadapi pelbagai halangan dan cabaran memandu. Keadaan kereta yang semakin sesak di jalan-jalan raya akan menyebabkan perjalanan menjadi semakin perlahan.

Ada juga pemandu yang tidak berdisiplin dan juga kurang kesabaran yang menggunakan cara pemanduan yang menjangkau undang-undang.

Kalau kita memandu dalam tergesa-gesa pun tak akan kemana-mana kerana dengan jumlah kereta yang semakin meningkat masa yang diambil untuk sampai tidak akan menjadi cepat jua. Oleh itu lebih baiklah kita pandu kereta kita secara berhemah dan berhati-hati. Lagipun semua pengguna jalan raya mempunyai satu tujuan iaitu pulang kekampung.

Bagi mereka yang ada penyakit eloklah bersedia lebih awal dengan ubat-ubatnya. Pastikan anda merehatkan diri secukupnya sebelum memulakan pemanduan. Jika anda terasa letih atau mengantuk eloklah berehat atau menukar pemandu supaya perjalanan lebih selamat.

Aku juga akan pulang kekampung isteri aku di Kota Bharu esok pagi. Semua persediaan telah aku lakukan dan aku mengharapkan perjalanan aku nanti akan lancar dan selamat.

Aktiviti Boleh Buat Bila Tiba di Kampung

Keseronokan balik kampung memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Semua orang suka balik kampung bagi yang ada kampung halaman. Kalau lahir dibandar mungkin tidak berpeluang merasakan suasana sebenar.

Pokok Kelapa

Perkara pertama yang saya lakukan bila balik kampung, meninjau buah kelapa hijau. Kalau di bandar buah kelapa senang dicari tetapi buahnya tidak sesegar yang kita petik sendiri. Yang paling penting buahnya percuma, makanlah berapa banyak sekalipun ia tetap percuma. Cuma perlu gunakan tenaga untuk memetiknya.

pokok kelapa
pokok kelapa

Anak-anak saya memang suka minum air kelapa dan makan isi kelapa yang lembut. Kata orang tua-tua air kelapa bagus untuk membunuh cacing dalam perut kanak-kanak. Sejauh mana kebenarannya saya tidak dapat buktikan secara saintifik. Petua orang tua biasanya ada kebaikannya.

Kelapa muda yang sudah diambil isinya memang sedap kalau disejukan terlebih dahulu dan dicampurkan sedikit gula. Awas jangan terlalu banyak nanti lain pulak jadinya. Kurangkan gula dalam minum, tambahkan gula dalam senyuman.

Pokok Betik

pokok betik
pokok betik

Bila balik kampung saya memang tak lepaskan meninjau buah betik yang berbuah lebat. Rasa buah betik ini memang berbeza dengan kita beli dipasaraya. Buah betik yang kita beli di pasaraya biasanya sudah diperam terlebih dahulu dan rasanya tidak sesedap yang masak di pokok. Dalam diam dah sebiji buah betik sudah dimakan. Rasanya memang sedap dan segar.

Pokok Paku Pakis

pokok paku pakis

Pokok paku pakis kalau di bandar orang tanam dalam pasu. Kalau di kampung pokok paku pakis tidak dihiraukan malah tiada siapa yang nak untuk ditanam. Ada beberapa pokok paku pakis di kawasan rumah. Kalau dijual di Kuala Lumpur mesti laku. Dahulu pokok paku tanduk rusa menjadi kegilaan ramai. Harganya pun boleh tahan, kalau tak silap harganya seperti dalam RM 25.00 untuk satu pokok yang kecil. Kalau di Pahang banyak pokok paku pakis ini dijual di tepi jalan oleh orang asli.

Pokok Sireh

pokok sireh

Kalau sekali imbas tentu ramai yang kata pokok sireh. Jawapan nya salah.Pokok dalam gambar diatas adalah pokok daun kaduk. Pokok ini biasanya dicampur dalam masakan bubur lambuk Pahang. Daun pokok ini ada yang buat ulam dan juga dicampurkan dengan nasi ulam. Mungkin lain negeri lain cara pengunaan nya.

daun sireh

Inilah dia pokok daun sireh. Rupanya sama seperti daun kaduk tetapi pokok sireh tumbuh secara melilit atau menumpang pada tunggul kayu yang mati. Daun sireh memang banyak terdapat di kampung, oleh sebab itu setiap kali ada majlis bertunang atau perkahwinan daun sireh junjung adalah perkara asas dalam majlis tersebut. Daun sireh juga digunakan dalam perubatan tradisional seperti jampi serapah.

Serai Kayu

daun sireh

Pernah dengar serai kayu? Kalau di negeri pantai timur pucuk serai kayu banyak digunakan dalam masakan seperti nasi kerabu dan nasi ulam. Pucuk Serai Kayu dihiris halus-halus dan dicampurkan dalam ramuan nasi kerabu. Rasanya seakan-akan kelat dan aroma nya seakan-akan serai tetapi aroma serai tidak begitu kuat. Daun serai kayu boleh juga dijadikan ulam harian untuk tujuan perubatan.

Situasi paling menggembirakan anak-anak adalah bermain batu-batu dari tanah. Kalau di K.L mereka mungkin tidak berpeluang bermain seperti ini. Biarkan sahaja, biarkan mereka main puas-puas kerana esok sudah nak berangkat ke Kuala Lumpur.

Rasanya cuti balik kampung kali ini lebih bermakna anak-anak dapat bermain sepuas-puasnya dan dapat merasai suasana kampung yang jarang-jarang mereka rasai.

Itulah kelebihan duduk di kampung tetapi yang masalah nya, peluang kerja dan gaji tidak semewah seperti dibandar!

Santai Saja Untuk Hidup Yang Mempersonakan

Kenakan ikan kerapu bara yang aku tibai semalam masih terasa dalam tekak aku yang kering ni. Kami bersembang sampai pukul 2 pagi dengan member yang sudah lama kenal, banyak sungguh topik yang keluar dari bab awek lentik baik punya hingga sampai part parti politik. Bab awek lentik tu member aku yang bujang lah dok menyembang, aku suka dengar jer. Terasa seperti orang bujang semalam hehehe…

ikan kerapu
ikan kerapu

Tak apa! isteri aku paham dia pun kenal dengan siapa aku keluar bersama semalam, mereka merupakan member dia juga masa dulu. Kali ni dia tak nak keluar bersama sekali bukan aku tak ajak, aku dah ajak tapi dia nak tengok drama pukul 10. Minat betul dia dengan drama. Aku suka juga tengok tapi tengok jenis cerita macam mana. Drama ni kena layan dari mula lagi contoh drama start pukul 10, kita kena ready pukul 9.55 baru ada feel. Lepas tu lak siap dengan segala kudap-kudapan baru syiok.

Anda ada tengok drama atau tidak?

Bangun Awal

Aku bangun awal pagi tadi. Imam kat surau belum azan aku dah terjaga, walaupun aku tidur kejap, tapi aku rasa aku dah tidur lama sangat dah. Lepas suboh mata aku dah jadi half macam garfield, pelik betul setan pagi ni. Selalu dia ganggu aku sebelum subuh tapi pagi tadi lain macam time dia nak ganggu aku. Mungkin sempena hari minggu kot depa pun nak cuti.

Sedang aku syok melayan mata, aku terasa seperti ada orang peluk aku. Masa tu roh dan jasad aku dah nak pisah, roh nak berjalan hujung minggu untuk usha awek-awek lentik atas motor seperti yang diceritakan oleh membe aku semalam. Cehh!!! cerita dorang tu semalam membuatkan otak aku terkenang masa jadi mat rempit dulu.

Apa dah jadi dengan awek-awek yang pernah sama-sama layan lap Jalan Parlimen, corner muzium, Jalan Bangsar dulu?. Dah kawin ka dorang tu semua? Sha, Ina Kajang, Adeq dan banyak lagi dalam senarai aku masa tu(aku bukan bohjan 🙂 ). Ahh lantak lah…depa dengan urusan depa, aku dengan urusan aku. Manusia akan berubah bila dah sampai masa nya. Kalau tak ubah jugak alamat nak mampus lah tu.

Selepas terasa seperti di peluk (sensored). Aku keletihan sambil tersenyum kambing, lalu aku tertidur semula tanpa ada mimpi yang indah lagi. Terasa panas mula membaham diri, aku bangun untuk memetik suiz kipas yang uzur tu. ”Ciss putus pulak wayar ni”…kata aku dalam hati.

Aku berkalih ke luar untuk menikmati rasa kipas yang lebih besar, ruang tamu menjadi pilihan. Terasa nyaman sekali seperti di bilik bernombor 902 yang pernah aku tidur dulu. Lagi sekali aku terlena semasa berangan seperti Mat Jenin atas pokok kelapa.

Tiba-tiba……………

Aduh!!!

Dalam hati aku bersuara..

Mak Oiii sakit nya…………….sambil pejam mata.Terasa seperti anak toyol menindih ku….bila aku bukak mata….

Cisss!!!!!!

Anak aku yang no 2 tu lompat atas perut aku.

Adoiii…

Dia dah mai dah kacau babah dia tengah tidur……………………Kacau sungguh!

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *