Semua Manusia Berpotensi Berjaya – Cabaran 21 Hari

Sayas sedar dan akur bukan mudah untuk memahami perkara ini. Dalam pada itu izinkan saya berkongsikan satu idea menarik pada pagi sewaktu saya pulang dari mengerjakan solat fardu subuh dari masjid. Entah mengapa tiba-tiba sahaja terlintas idea untuk menyatakan bahawa semua manusia berpotensi untuk berjaya.

Pemahaman mudah untuk kita ialah Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Setiap makhluk ciptaanNya sudah dibekalkan dengan beberapa potensi untuk berjaya. Ingat bukan untuk gagal, kecewa, sedih atau menyalahkan Tuhan.

Setiap orang. Tidak terkecuali sudah dianugerahkan satu atau lebih kebolehan untuk digunakan mencapai kejayaan. Biarpun tidak sama namun dasarnya sama iaitu memberi hasil kejayaan. Sudah pasti kejayaan juga tidak sama. Ada yang besar, hebat, tersohor mahupun terbilang. Ketentuan ini bersandarkan kemahuan dan pemikiran masing-masing.

Kejayaan besar perlu usaha berganda. Tindakan luar biasa dan doa sungguh-sungguh. Kejayaan kecil seperti bangun sahur tetap dikira kejayaan. Ada orang yang belum atau tidak ada kesempatan untuk bangun sahur. Jadi teori mudahnya bangun untuk bersahur adalah kejayaan buat diri sendiri.

Timbul persoalan dalam minda. Bagaimana nak berjaya? Bagaimana nak mencapai cita-cita? Bagaimana nak mencapai impian supaya menjadi kenyataan. Penyelesaian ada pelbagai. Cara yang paling berkesan ialah mengikuti jejak orang terdahulu yang sudah berjaya. Ia dinamakan konsep mentor mentee. Belajar untuk meniru kejayaan dan kaedah yang sudah terbukti dari mentor. Pesan saya ikut seminar dan tutorial secara serius. Baca buku dan tontoni Youtube dari orang yang berjaya. Saya percaya kalian gampang berjaya seperti mentor kalian.

Selepas itu letakkan fokus dan bentuk satu tabiat yang hebat dalam 21 hari. Saya sarankan untuk membaca seterusnya yang I ceritakan tentang “Cabaran 21 Hari Berjaya Dilaksanakan”. Permulaan untuk berjaya ialah ada satu tabiat yang hebat. Jika tabiat itu dikekalkan maka saya percaya kalian akan berjaya. Dalam erti kata yang lain boleh berjaya dengan cemerlang. Mungkin boleh dimulakan dengan kejayaan kecil sebelum bergerak ke kejayaan yang lebih besar.

Sekali lagi saya buat penegasan bahawa semua kita ada potensi untuk berjaya. Ada potensi nak jadi apa-apa yang kita mahukan. Jangan melihat potensi orang lain dahulu sebelum memahami potensi diri sendiri terlebih dahulu.

Cabaran 21 Hari Berjaya Dilaksanakan

Saya memanjat kesyukuran teramat sangat kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya berjaya melaksanakan misi cabaran 21 hari. Cabaran tersebut telah dimulakan pada 12 Mei 2016 dan telah berakhir pada 1 Jun 2016. Sepanjang tempoh tersebut memang ada cabarannya dan yang paling penting sekarang ini nak meneruskan sebagai budaya hidup.

cabaran 21 hari
cabaran 21 hari

Mungkin ada yang teringin nak tahu. Biasalah nak tahu apakah cabaran tersebut. Adakah cabaran itu memang betul-betul mencabar sehingga tak ramai yang sanggup buat. Lagipun syaratnya mesti buat tanpa meninggalkan satu haripun selama 21 hari. Sekiranya terlepas sehari maka perlu bermula sebagaimana hari pertama.

Jika diikutkan hati memang saya segan dan malu untuk kongsikan cabaran ini untuk tatapan umum. Namun saya tetapkan hati bahawa apa yang saya lakukan ini sebagai sumber inspirasi kepada para pembaca bahawa kita semua boleh melakukan dengan tekad yang amat kuat. Bukan saya seorang sahaja tetapi semua orang pun boleh lakukan. Perlu diingatkan cabaran ini bukanlah mencabar sangat untuk sesetengah orang. Sebaliknya bagi saya ia merupakan cabaran yang cukup gentir.

Cabaran 21 hari yang saya maksudnya di sini ialah satu bentuk cabaran peribadi kepada saya untuk solat subuh secara berjemaah di masjid tanpa tertinggal takbiratul ikram yang pertama. Ternyata saya sudah berjaya melaksanakannya. Saya terus melakukan sujud syukur di Pusat Islam IPTAR Kota Samarahan pada hari terakhir untuk cabaran tersebut.

Kini cabaran 21 Hari tetap diteruskan kepada cabaran yang lebih mencabar lagi mulai 1 Jun 2016. Buat masa sekarang saya rahsiakan dulu. In shaa Allah apanbila selesai tempohnya barulah dikongsikan dalam blog ini. In shaa Allah. Kalau kongsikan terlalu awal macam tak saspen la pulak.

Cabaran 21 Hari merupakan segmen sukses yang pertama. Buat makluman semua saya telah meneruskan segmen sukses kedua iaitu Cabaran Kuasa Memberi. Jangkamasa yang ditetapkan selama setahun iaitu akan berakhir pada 1 Jun 2017. Saya akan melakukan amalan bersedekah wang, tenaga, ilmu dan apa sahaja yang bermanfaat setiap hari. Ada 3 kaedah dilakukan meliputi sedekah 10 peratus, 20 peratus dan sedekah ekstrem.I n Shaa Allah saya tetapkan niat kerana Allah Taala dan dijauhkan hati dari sifat ujub serta riak kepada diri sendiri.

Demi menjaga kesucian nilai sedekah saya sedaya upaya untuk tidak membicara secara terang-terangan apa jenis sedekah yang saya lakukan dalam Cabaran Kuasa Memberi ini. Saya cuma memohon pembaca untuk berdoa kepada saya agar segmen sukses pertama dan segmen sukes kedua berjalan seiringan. Mudah-mudahan memberi sumber motivasi dan inspirasi kepada semua.

Saya tetap yakin jika niat yang baik pasti Allah permudahkan. Cabaran memang tetap ada. Jika tiada cabaran hidup ini tak terasa nikmatnya. Moga-moga kita semua diberi kekuatan dan petunjuk agar sentiasa berada dijalan yang benar.

Sekian. Salam motivasi dan ceria hendaknya.

Artikel berkaitan:
Pandai ambil peluang untuk mencapai kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *