Cara Daftar Maybank2u

Ada orang tanya macam mana cara untuk daftar maybank2u online. Saya jawab kepada dia, senang sahaja. Mula-mula kena buka google chrome, lepas tu taip perkataan cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking. Tunggu jawapan daripada google. Dan poooff… siap! Ikut tutorial dalam tu.

Saya ingatkan lepas bagi jawapan macam tu, soalan tu dah selesai, tapi sebaliknya ‘orang tu’ mesej saya lagi. Malam tadi.

“Memang ada, tapi saya tak yakin dan takut tuk cuba tutorial orang lain… lagipun saya tak kenal blogger lain:”

Ain

Okey bagus untuk anda dan saya juga. Ini isu ketidakpercayaanlah ni kan. Tak apa lah, saya akan tolong mana yang termampu.

Panduan mudah, tapi mengambil sedikit masa kerana saya perlu tangkap gambar cara-cara daftar dan buat akaun maybank2u tu satu-persatu.

Jadi apa yang anda perlu sediakan untuk daftar dalam maybank2u?

  1. Akaun maybank
  2. Kad maybank yang ada buah ceri tu (Kad maybank yang lain pun boleh kot. Tapi setakat ini saya tak pernah cuba lagi).

Cara Daftar Maybank2u online

1. Mula-mula sekali anda perlu pergi ke mesin ATM yang terdekat. Kalau tak ada yang terdekat, yang jauh pun perlulah pergi. Lepas tu masukkan kad ATM anda seperti biasa, dan isikan password. Mesin ATM akan memaparkan paparan seperti gambar di bawah.

ATM Maybank

#Klik menu seperti dalam gambar

Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/Sms Alerts seperti yang telah saya buat di dalam gambar tu.

2. Kemudian anda akan dibawa ke paparan yang baharu. Seperti dalam gambar saya di bawah ni.

daftar akau maybank2u

#Daftar nombor telefon anda

Pilih menu DAFTAR TAC TEL. BIMBIT. Kalau tak silap ianya berada betul-betul di antara menu Maybank2u TAC Request dan Update M2U TAC Mobile. Ianya tidak dipaparkan dalam gambar di atas kerana kesilapan teknikal iaitu gambar diambil selepas saya daftarkan nombor telefon bimbit saya.

3. Masukkan nombor telefon peribadi anda, double check dan tekan YA sekiranya korang yakin tiada kesilapan yang berlaku semasa menekan nombor tu tadi. Pada tahap ini suka saya peringatkan kepada anda agar memberikan nombor telefon sendiri dan bukannya jiran sebelah rumah kerana segala urusan dan TAC akan dihantar ke nombor tersebut kelak.

cara membuat akaun maybank2u

#Sebelum nombor telefon diletakkan, korang akan dibawa ke paparan ini sebagai peringatan.

cara mendaftar maybank2u

#Isikan nombor telefon peribadi korang

Pandai-pandai okey.

4. Seterusnya pilih menu Pin Laluan Maybank2u ataupun Maybank2u Application. sama jer, bezanya dari segi bahasa sahaja

daftar akaun maybank2u

#Klik macam di gambar untuk memaparkan paparan password TAC

5. Dan masukkan pin laluan maybank2u yang korang mahu. Pastikan kombinasi nombor yang korang bagi tu unik dan senang untuk diingat oleh korang sahaja. Proses ini akan berulang sekali lagi sebagai langkah keselamatan dan confirmation.

cara buat akaun maybank2u

#Masukkan pin TAC yang korang kehendaki ye tuan puan… bukannya password kad debit tu.

Whoosah… tahniah. Korang kini selangkah untuk memiliki akaun maybank2u online.

6. Lepas buat semua langkah di atas, pulang ke rumah dan buka browser. Pergi ke blog laman web maybank2u online di alamat www.Maybank2u.com.my dan klik pada perkataan “login” yang berada di bahagian paling atas sebelah kanan.

#Laman web maybank2u

7. Korang akan jumpa paparan maybank2u seperti di bawah. Klik pada perkataan “First Time Login” dan tunggu paparan baharu muncul.

first time login

#Suprise….

8. Kemudian korang akan dibawa ke paparan penerangan daripada pihak Maybank. Baca dan fahami Tips-tips yang diberikan oleh pihak Maybank. Lepas tu tekan ‘continue’.

register maybank2u

#Baca tips dan arahan baik-baik… jangan makan tibai jer.

register maybank2u online

#Tips dan panduan daripada Maybank

Tips tu tak banyak sangat, adalah lebih kurang 6 slide kot. Korang amat dialu-alukan untuk membaca keseluruhan tips tersebut. Tapi kalau korang rasa malas untuk membaca ketika tu, skip jer. Kenapa anda perlu baca tips daripada pihak Maybank? Sebab lepas tu korang akan disoal dengan 2 soalan tahap UPSR yang confirm boleh dijawab dengan mata tertutup iaitu;

cara mendaftar maybank2u

#Kalau soalan senang macam ni pun tak boleh jawab, tak tahu nak kata apa. Ke korang nak mintak T.O.Y.O.L

cara-cara mendaftar maybank2u online

#Dah nak siap dah

kemudian Accept terms and condition maybank2u.

#Maybank2u term and conditions

Akhirnya korang akan dibawa ke ‘pintu masuk utama’ maybank2u. Seperti gambar di bawah.

Tapi tak siap lagi tau. Korang kena isi bahagian Access No. yang ada di bahagian tu dengan nombor yang tertera pada kad debit masing-masing. Kemudian letakkan password login maybank2u yang telah korang pilih pada langkah nombor 5 tu tadi.

cara nak daftar maybank2u

#Langkah terakhir dan kini akaun maybank2u korang sudah berjaya diaktifkan

Aktifkan maybank2u.

Dan puff… kini akaun maybank2u korang siap-sedia untuk diakses.

Jadi. Sekarang anda sudah tahu cara untuk mendaftar maybank2u online. Sebenarnya ia bukanlah susah sangat, betul?.

Artikel berkaitan:
Tukar kad debit Maybank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *