Tanda-Tanda Yang Dia Tidak Setia

Aiyo, tajuk ni nampak sedih sikit bagi sesetengah orang. Tapi macam mana pun ia adalah baik untuk kita jawab persoalan ini bersama.

Kita manusia dijadikan sebagai satu makhluk yang dikurniakan akal. Dengan menggunakan akal, maka manusia boleh berlakon dan berpura-pura kadang-kadang. Berlakon dengan niat ikhlas untuk mencari rezeki, mahupun berlakon atas sebab yang kurang baik.

tanda tidak setia
tanda tidak setia

Sebagai contoh, seorang mungkin pandai berlakon untuk menjadi seorang yang setia. Tetapi bukan semua manusia adalah berbakat dalam bidang lakonan tau. Apabila fikirannya terganggu dengan banyak benda lain, maka mulalah ia menjadi sedikit pelik. Sebab cuma orang yang ohsem boleh jalankan hidup yang double dengan rahsia.

Tanda-tanda Yang Boleh Dicamkan

Antara kepelikan yang mungkin berlaku ialah:

1. Menggunakan mood silent untuk telefon bimbitnya.

Dia akan tutup semua suara jadi silent. Ini termasuk panggilan, Whatsapp, Facebook, Instagram, dan sebagainya. Telefon bimbit itu akan sentiasa berada di pegangan dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja di atas meja atau tempat yang sewaktu dengannya.

2. Menjadi terlebih cemburu dan seperti hilang kepercayaan kepada anda.

Ini boleh dijadikan demikian kerana dia tahu bagaimana mudahnya untuk menipu seseorang bahawa dia setia.. Maka, dia sendiri pun jadi risau jika anda juga tidak setia padanya. Atau, ini cuma satu kelakuan yang dia berpura-pura berlakon, agar anda tidak dapat menghidu perbuatannya yang kurang elok daripadanya.

3. Selalu marah dan cari pasal.

Disebabkan dia sudah ada seseorang yang lain, maka dia akan suka mencari sebab-sebab untuk menjadikan perbuatannya tidak berapa salah. Dan menunjukkan seperti anda pula yang salah kerana perhubungan anda dan dia tidak berapa baik. So, jangan anda biarkan benda ni jadi parah. Lebih baik selesaikan perkara ini dengan cara dewasa.

4. Personalitinya tiba-tiba berubah menjadi lebih kacak dan bergaya.

Apatah lagi dah lama dia tidak perhatikan kelihatan sendiri tiba-tiba nak pakai baju yang gaya, gunting rambut yang berfesyen, dan keluar rumah dengan bergaya. Dan kalau angau, memang boleh nampak lah kan.. Alah, angau.. 🙂

5. Penggunaan tempoh masanya berubah

Seperti tiba-tiba perangainya berubah menjadi lelaki yang memerlukan masa yang panjang untuk pergi membeli-belah. Namun, kalau perkara ni berlaku sekali dua sahaja, boleh jadi dia terserempak dengan kawan je tu.. Jangan terus prejudis.

6. Just stay focused

Takyah jadi penyiasat sangat. Dia sendiri akan berasa bersalah dan reveal perbuatannya sendiri sebab terlalu ingin melindungi perkara kurang eloknya. Kadang-kadang jadi lebih penyayang, kadang-kadang jadi terlalu banyak alasan. bla bla bla..

Tapi sebagai manusia yang rasional, kita tahu bahawa fikiran mungkin juga terganggu disebabkan oleh masalah. Apapun, the best solution is always perbincangan. Dan bukan semua perbuatan manusia dapat dijelaskan oleh satu entri sahaja seperti yang di atas ini.. 🙂

Tanda-Tanda Suami Curang

Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak mesej daripada rakan-rakan facebook bertanyakan bagaimana mengenali tanda-tanda suami curang. Terbaru oleh seorang isteri yang menetap di utara tanah air.

Secara jujur saya akui, saya sangat takut untuk menjawab pertanyaan itu. Pertama, sebab saya takut dikritik oleh mereka-mereka yang pakar dalam mempertahankan maruah lelaki, dan kedua saya sendiri tidak pernah berhadapan dengan situasi sedemikian.

suami isteri

Tapi menyedari perkongsian ini amat menarik untuk diperbincangkan bersama, maka dengan senang hatinya saya berkongsi maklumat yang saya perolehi hasil daripada pembacaan dan mesyuarat tingkap yang saya hadiri selama ini dengan harapan kita, especially yang bernama hawa boleh mengambil iktibar daripada perkongsian ini nanti.

Semoga bermanfaat.

Terdapat banyak tanda-tanda suami curang yang boleh anda perhatikan, antaranya termasuk:

  1. Perhatikan pada perubahan dan kebiasaan suami. Jika sebelum itu suami seorang yang biasa-biasa sahaja, apabila jatuh cinta, penampilannya akan berubah secara mendadak 360 darjah. Suami pada masa itu mula menjaga penampilan dan gayanya. Aksesori, minyak wangi dan pakaian bergaya bukan sahaja menjadi pilihan. Justeru menjadi suatu kemestian padanya.
  2. Jika sebelum itu, jarang layan lagu tetapi sekarang, asal masuk kereta, terus diputar lagu, tambah pelik bila lagu yang menjadi pilihan adalah lagu jiwang.
  3. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret melihat ke arah lain.
  4. Terlalu banyak mesej dan panggilan daripada orang yang sama. Lebih-lebih lagi daripada pemanggil Lelaki.
  5. Suami yang curang akan tergagap-gagap dan tidak suka bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa abang sibuk nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”
  6. Suami kerap kali bertukar nombor telefon. Kadang-kadang nombor yang baru dibeli minggu lepas pun akan dilupuskan tanpa alasan yang kukuh.
  7. On handset tapi kalau kita call or orang lain call time duk sama dengan kita tak pernah pun dia angkat.
  8. Telefon suami akan kerap menerima panggilan daripada pemanggil misteri.
  9. Terlalu banyak ‘outstation’ dan lebih lama dari kebiasaannya.
  10. Panggilan tidak dijawab, SMS tidak dibalas dan sometimes operator yang akan tolong jawab dengan ayat ini “no yang anda dail berada di luar kawasan liputan, terima kasih”.
  11. Suami mula dingin di atas katil jika anda mengajaknya bersama.
  12. Suami mula tidak ambil berat atau tidak berapa peduli pasal anak-anaknya dan juga mula tidak bermesra dengan mereka seperti dulu.
  13. Susah berenggang dengan henset. Sampaikan nak tidur pun dia letak kat bawah bantal.
  14. Boros! Duit sentiasa mengalir keluar daripada dompetnya. Apabila ditanya ke mana duit dibelanjakan, dia kata tak tau. Punyalah cantik alasan…
  15. Isteri tidak dibenarkan sama sekali memegang atau melihat telefon bimbit suami. Kalau boleh suami siap letak password segala hanset miliknya.
  16. Layanan pada isteri semakin cambest. Kalau dulu bukan main baik sekali. Sampaikan pijak semut pun tak mati. Penuh dengan kasih sayanglah katakan, tapi la ni semua acuh tak acuh.
  17. Mudah naik angin dengan isteri. Dia akan mudah naik marah walaupun isteri cuma buat sikit kesilapan saja. Dan jika silap lebih sikit akan hadiahkan tangan dan kaki. dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir, tapi sebenarnya sebab terlalu banyak berkhayal.
  18. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang sangat mudah lupa! Bukan sebab Melayu Mudah Lupa seperti yang
  19. Bila dapat call, suami bukan terus angkat, tapi dibelek-beleknya dahulu nombor telefon tu. Manalah tahu kot kot dapat panggilan hangit daripada ‘seseorang’. Lebih teruk bila suami angkat call tu dekat luar or tandas.
    Tak boleh lekat di rumah. Rumah dah macam rumah tumpangan bagi suami. Balik pun sebab nak tukar baju, lepas tu keluar sampai pagi. Kononnya berkerja bermati-matian membanting tulang untuk anak isteri.
  20. Percakapan semakin tak betul, macam skrip drama pun ada. Nak buat macam mana, jiwang karat punya pasal.
    Jawab pertanyaan dengan acuh tak acuh. Seribu kita tanya, hanya sepatah dia jawab.
  21. Terlalu banyak penipuan.
suami curang
suami curang

Selain daripada artikel tanda-tanda suami curang, mungkin anda juga berminat untuk mengetahui 10 sikap suami yang tidak digemari oleh isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *