Kuih Tradisional Sabah

Assalamualaikum, entri kali ni memang ada kaitan dengan makan. Tapi minta maaf dulu ya sebab tiada resipi yang boleh saya bagi. Sebab saya pun tidak tahu cara macam mana nak buat semua ni. Sebenarnya saya cuma ingin nak berkongsi maklumat mengenai Kuih tradisional Sabah dengan para pembaca yang disayangi di sini.

Apa Itu Kuih Tradisional Sabah?

He he he… bab tajuk memang tak boleh blah. Jangan terperanjat kalau tiba masa bagi anda semua tengok gambar kuih di bawah tu nanti. Kamu mungkin akan rasa familiar semacam jer dengan kuih-muih tu.

Sebenarnya tajuk saja yang menyatakan kuih tradisional Sabah, tapi kuih yang diulaskan di sini, ada yang sama sekali dengan apa yang boleh anda jumpa kat semenanjung juga. Apa yang membezakannya hanya nama panggilan untuk kuih-muih itu saja.

Kuih Tarang Bulan @ Kuih Apam Balik

Kuih Tradisional Sabah
Kuih Tradisional Sabah

Bika cakap tentang kuih apam balik, saya dan suami akan ketawa sampai keluar air mata bila teringatkan peristiwa yang berlaku kepada kami pada masa kami beli kuih ni kat bazar ramadan dulu. Saya masih ingat perbualan yang berlaku apabila kami ingin beli kuih itu di satu gerai:

”Adik, boleh bagi kuih apam balik 2 yer?”
”Hah… apam balik? Kuih apa tu ah… kak?”
”Alah kuih yang berbentuk separa bulatan tu”
”Oooo… yang dalamnya ada kacangkah kak?”
”Yela kot”
”HaHaHaHaHaHaHa. Apam balik??! Itu kuih tarang bulanlah kak!”
”Eh ye ke? Tak tau pulak akak”
”Betul bah kak, semua orang panggil macam tu.”

Itulah dia ceritanya tentang kuih itu. Agak-agak apa kaitan kuih tu dengan bulan dan bintang.

Kuih Bom @ Kuih Bijan

kuih bom
kuih bom

Okey, jangan gelak dulu sebelum saya habiskan cerita. Saya tahu nama kuih ini memang ganas kat sini, ala-ala bahan letupan giteww.

Sebenarnya saya pun terkejut juga pada masa pertama kali saya dengar nama kuih tu. Siap dalam kepala terteka-teka bagai apakah bendanya kuih bom nie.

Lepas siap sedia kuih ini dan saya dapat nampak rupanya… he he… tak tahan dowh. Yang bestnya kuih tang nie memang beribu-ribu lemon dekat sini kerana rata-rata gerai kuih tradisional menjualnya.

Kuih Lenggang @ Kuih Ketayap

Ini merupakan kuih tradisional kegemaran saya. Apabila tiba masa puasa saja, mesti saya beli seringgit dua dekat mak cik jual kuih di bazaar nun.

Bentuknya panjang dan dalamnya diisi dengan parutan isi kelapa. Kadang-kadang  ada gerai juga yang kreatif dengan menukarkan inti kelapa dengan kacang hitam atau gula melaka.

Tetapi saya masih lebih suka kuih lenggang yang tradisional punya iaitu inti nyiuq. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang membuatkan saya pelik, nama kuih nie di negeri bawah bayu. Lenggang??? Mungkin sebab potongan badannya yang langsing dan panjang kot. Pasal tu depa panggil lenggang kot?

Siapa tahu macam mana nama kuih itu berasal? Boleh kongsi bagi tau jika ada info.

Selain kuih-kuih yang dikemuka di sini, terdapat juga kuih-kuih yang sedap untuk saya kongsikan.

Pais pisang @ Lepat Pisang

kuih lepat pisang
kuih lepat pisang

Ada sesiapa yang tidak pernah makan kuih tradisional seperti di gambar atas? Pada masa dulu semasa muda remaja, kuih nie lah yang selalu saya balun pada waktu petang.

Tambah-tambah pula dalam tu ada kuih Nekbat yang dimandikan bersama air gula melaka, fuhhh heaven… memang banyak sedap dimakan.

Tetapi dekat Labuan ni anda jangan harap dapat kuih lepat pisang yang betul-betul kaw lepatnya. Siyes! Kebanyakannya cuma mempunyai rasa tepung dan kurang bau pisang. Mungkin sebab pisang jual agak mahal kat sini. Tapi kuih lepat pisang di sini Langsung TAK LEPAT. Kualiti perlu dipertingkatkan!

Lupa pula, ada sesiapa kat sini yang tau apa itu maksud Pais? Selalu dengar orang di cakap tapi tidak tahu apa maksudnya dan sampai sekarang masih tiada peluang untuk tanya orang di sini.

Kuih pulut panggang

kuih pulut panggang
kuih pulut panggang

Ha. Nama banyak familiar kan? Mungkin anda rasa hairan, eh, nama ni sama saja? Ya, nasib baiklah nama kuih nie tak berubah kat sini, kalau ada nama lain pasti orang tu memang nak kena panggang dengan kuat-kuat. He he he.

Cukuplah kot dengan 5 kuih tradisional yang diperkenalkan di dalam entri ini, betul? Kalau nak diikutkan ada banyak lagi nama kuih tradisional yang pelik yang boleh anda dapati di Labuan.

Tapi sampai sekarang masih belum ada masa yang mencukupi bagi saya explore secara menyeluruh di kawasan sini. Tengoklah kalau ada masa dan kelapangan nanti, akan saya kongsikan lagi banyak benda-benda yang menarik mengenai negeri di bawah bayu dan pulau mutiara ni kepada anda semua.

Mungkin ada banyak lagi kuih yang sama jenis tapi mempunyai nama yang berlainan dengan semenanjung yang boleh kita bincangkan nanti.

Artikel berkaitan:

2 Comments on “Kuih Tradisional Sabah”

  1. Assalaamualaikum wr.wb, Ainie…

    Semoga sihat selalu. Kuih tradisional kita di malaysia ini semuanya hampir sama cuma berlainan dari nama. Kami di sini (Sarawak) menyebut Apam Balik juga. Baru mendengar nama Tarang bulan tu.

  2. Wahh sedap2 semuanya. Kuih terang bulan tu memang sedap. Di sabah jarang panggil apam balik hehe.. Rindu pula makanan sabah. Beginilah kalau bertugas di perantauan…rinduu sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *