Ciri-Ciri Matlamat Yang Hebat – Menetapkan dan Mencapainya

Semua orang mahu berjaya dan mencapai matlamat yang diingini. Terpulang sama ada matlamat itu besar, sukar atau mudah pada pandangan masing-masing. Ternyata pada kali ini saya cuba untuk berkongsikan ciri-cri matlamat yang hebat. Jika dihayati dengan mata hati memang diakui dengan sejelas-jelasnya bahawa setiap matlamat itu perlu ada ciri-ciri yang berikut:

1. Matlamat Besar

Keghairahan dan keterujaan seseorang pasti terasa jika mereka mempunyai matlamat yang besar. Lagi besar lagi bagus. Namun jangan pula tidak realistik dengan keadaan yang ada. Dengan matlamat yang besar kita akan berusaha dengan cara terbaik. Bersungguh sungguh tahap optima dan mampu mengembeleng potensi diri.

Kita tidak menganggap perkara tersebut terlalu mudah. Kita sentiasa berfikir secara serius untuk menghasilkan tindakan hebat setiap masa.Itulah penangan matlamat besar supaya minda separa sedar giat mencari cara agar matlamat besar yang disetkan itu boleh mencapai sasaran kepada si empunya diri.

Seperti kata Zig Ziglar dalam buku See You At Top menyatakan ‘’Kita perlu membayangkan sesuatu yang besar sebelum berjaya mencapai kejayaan yang besar’’

2. Matlamat Yang Ada Jangka Masa

Adalah tidak realistik untuk menyatakan, hari ini kita berkenaan dengan seseorang gadis maka esok hari boleh kita mengahwininya seperti pasangan bercinta yang lain. Tentunya sukar diterima akal. Setiap matlamat perlu ada jangkamasa tertentu. Dalam perbincangan ini saya nak merujuk kepada matlamat jangka panjang.

Matlamat yang hebat memerlukan masa yang panjang agar perjalanan untuk menuju matlamat tersebut boleh dinilai dan dikaji dari semasa ke semasa. Memang akan ada halangan namun alihkan ia menjadi batu loncatan.

3. Kemaskini Matlamat Setiap Hari

Seorang pengejar impian sejati mesti mengemaskini matlamatnya setiap hati. Maaflah ye. Ia tidak boleh dikatakan hangat-hangat tahi ayam. Kalau tidak pun buat persediaan mencapai impian secara perlahan-lahan. Memang perlu rancangkan peringkat demi peringkat. Sebab itu ia amat perlu dikemaskini setiap hari.

4. Matlamat Perlu Khusus

Tidak dinafikan bahawa matlamat perlu khusus dan lengkap. Ia adalah hukum wajib untuk berjaya dalam mana-mana perkara yang kita lakukan dalam dunia ini. Sekiranya matlamat masih umum adalah sukar untuk minda kita bekerja dan mencapainya.

Ketahuilah matlamat yang khusus bagaikan sebuah pembesar kanta. Jika ia tetap pada tempatnya dan diberi cahaya matahari maka proses pembakaran pada tempat tersebut lebih cepat.

5. Nilai Semula Matlamat Secara Berkala

Ia adalah penting untuk melihat kemajuan matlamat anda secara berkala. Bergantung pada rancangan yang ditetapkan, anda boleh menilai semula setiap hari, mingguan, bulanan atau tahunan. Lihat pada tindakan yang telah anda lakukan untuk terus maju dengan tujuan anda, dan jika mereka berjaya, teruskan melakukan perkara-perkara tersebut. Sekiranya anda mendapati bahawa matlamatnya lebih sukar dicapai daripada yang anda rangkangkan pada awalnya, buatlah penyesuaian agar anda dapat meningkatkan kemajuan.

Sebagai contoh, jika anda telah berkomitmen untuk menulis lima artikel setiap minggu untuk blog anda, tetapi anda sukar untuk mencapai angka tersebut, cubalah menulis hanya empat artikel seminggu atau mengubah jadual anda sehingga anda mempunyai lebih banyak masa untuk menulis.

6. Buat Rancagan Yang Berorganisasi

Setelah anda sudah membuat keputusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang anda tetapkan, boleh anda memberitahu rancangan anda kepada seluruh dunia. Buatkan rancangan yang sudah anda sediakan dan beritahu ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan. Paparkannya di media sosial, Facebook, Whatsapp dan sebagainya.

Alat apa yang anda perlukan untuk melaksanakan rancangan anda? Sekarang merupakan masanya untuk anda menghilangkan semua gangguan dan kebisingan dalam hidup anda dan cuma fokus pada perkara yang penting.

Adakah sebelum itu anda menghabiskan banyak masa untuk menonton TV? JIka ya, anda perlu kurangkan atau berhenti untuk tonton TV buat masa sekarang.

Berhentikan untuk melaku semua aktiviti yang tidak bawa manfaat. Luangkan masa untuk digunakan dengan lebih baik. Sekiranya ada satu perkara yang telah kita pelajari selama bertahun-tahun ini, ia adalah membuat pelaburan sikit yang dapat menghasilkan sepuluh kali ganda daripada apa yang kita bayar.

Anda tidak boleh melakukan semua perkara sendiri. Maka dari masa ke masa anda akan perlukan bantuan dari luar. Jika bantuan ini perlu kita belanja duit, jangan terlalu kedekut, cuma belanja saja sebab kita tahu duit ini akan dipulangkan dengan banyak kali ganda pada masa depan.

7. Bertindak Setiap Hari

Ia tidak kira berapa banyak yang anda pelajari jika anda tidak mengambil tindakan. Jangan terperangkap dalam analisis kelumpuhan. Cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengambil tindakan. Rangkul kegagalan sebab ia adalah batu loncatan untuk menuju ke kejayaan.

Tindakan yang perlu anda lakukan setiap hari tidak semestinya besar. Anda hanya perlu mengambil satu langkah kecil ke arah yang betul. Sekiranya tujuan anda adalah untuk makan lebih sihat, ambil sebiji epal dan bukannya coklat. Sekiranya matlamat anda adalah untuk kurus badan, cari video lima minit yang tidak akan menjadikan anda letih sampai tak mampu nak bersenam lagi. Sebarang langkah yang anda ambil adalah langkah yang baik dan menuju ke matlamat yang anda tetapkan.

capai matlamat
capai matlamat

Saya faham bukan senang untuk meletakkan ciri-ciri matlamat hebat pada impian masing-masing. Kekuatan untuk mengambil kuasa tindakan juaga sangat berbeza.

Ada yang sekadar nak tahu,buat buat tahu dan langsung tak nak ambil tahu.

Namun begitu saya mengucapkan tahniah kepada beberapa insan hebat yang sudi mengambil manfaat dari apa yang saya kongsikan sebelum ini.

Baca juga: Semua Manusia Berpotensi Berjaya – Cabaran 21 Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *