Ketahui Tentang Perbezaan Antara Minda Dengan Otak

Secara umumnya minda adalah otak yang berada pada kepala untuk semua manusia. Secara khususnya istilah minda ada berbeda dengan otak. Tetapi fungsinya tak sama tau! Tetapi jangan anda rasa keliru pula. Jika rasa macam keliru mari kita teruskan pembacaan.

Minda merupakan suatu bentuk tenaga bukan fizikal. Dalam ertikata yang lain ialah ia tidak boleh disentuh sebagaimana udara. Minda merangkumi fikiran, perasaan, kenangan, mimpi atau imaginasi. Saya mudah ingat dengan blog Cetusan Minda yang dipunyai seorang blogger perawan yang menawan.

minda otak

Organ Yang Penting Untuk Badan Kita

Otak manusia pula ialah organ yang sangat penting. Ia berada ditempat yang tinggi dan dilindungi oleh tengkorak kepala yang keras. Jika kalian ada terjumpa orang yang degil maka selayaknya dia digelar keras kepala. Ada logik kan. Sungguhpun otak ditinggikan kedudukannya namun ketika kita sujud ia telah ‘direndahkan’ kepada Allah SWT. Wallahualam.

2 bahagian otak

Pembahagian otak kepada dua bahagian. Bahagian atas adalah otak sedar. Ia pula terbahagi kepada dua lagi iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Secara umumnya bahagian kiri mengawal sebelah kanan dan begitulah sebaliknya.

Bahagian bawah otak pula ialah otak separuh sedar. Ia mengawal banyak fungsi badan secara automatik tanpa melibatkan pemikiran sedar. Subahanallah, saya terkesima buat seketika dengan ciptaan Allah yang sangat mengagumkan ini.

Itu adalah kisah tentang otak kita. Bagaimana pula dengan minda? Untuk memahaminya dengan mudah saya buat perbandingan manusia dengan haiwan. Apa ni? Tak baiklah kita manusia dibandingkan dengan haiwan. Tapi ini merupakan perbandingan yang boleh dibuat dengan lebih tepat.

Beza Antara Manusia Dengan Haiwan

Manusia dan haiwan adalah sama kerana kerana ada otak. Namun titik perbezaan manusia dengan haiwan ialah minda. Bukan saya saja-saja nak bagi kenyataan ini. Ia menurut Rozman Haji Din dalam bukunya yang bertajuk Minda Suatu Kurniaan Yang Terabai. Ada siapa di kalangan kalian yang pernah membaca buku tersebut. Buku ini amat Best tahu. Sama best dengan ilmu dalam buku-buku yang lain.

Minda juga dibahagi kepada 2 bahagian

Minda sama macam otak juga. Ia terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separuh sedar.

Minda minda dikawal oleh kesemua pancaindera manusia. Apa sahaja yang berlaku di depan mata, bunyi yang didengari oleh telinga, makanan yang dirasa oleh lidah atau bau yang dihidu oleh hidung akan dirakam oleh minda sedar sebelum ditolak masuk ke minda separuh sedar. Sudah tentu minda ini diperlukan oleh manusia untuk ikthiar hidup secara fizikal.

Sebaliknya kehebatan minda separuh sedar terdapat ramai orang yang mengabaikan. Dalam minda separuh sedar telah tersimpan sikap, tabiat, persepsi, kesedaran dan pelbagai lagi keistimewaan yang Allah SWT bekal untuk kita mandiri dunia yang sementara ini. Itupun sebagai persinggahan sebelum ke alam yang kekal abadi.

Penguasaan ilmu dan teknik untuk menggunakan minda separa sedar ini akan menjadikan kalian seorang yang luar biasa dan hebat. Bukan itu sahaja kalian boleh merubah diri menjadi sesiapa sahaja.

Sama ada anda ingin jadi kaya, nak jadi jutawan ataupun anda tak nak apa-apa pun, Insya Allah semuanya boleh dilakukan melalui garapan teknik dan cara yang betul menggunakan bahasa minda.

Apa Dia Bahasa Minda?

Baru-baru ini saya berceramah berkongsikan dengan rakan-rakan sekerja tentang bahasa minda dengan mereka. Ramai yang tak tahu dan kerana tak tahu itulah yang boleh membezakan ada yang berjaya cemerlang dengan berjaya suam-suam suku.

Bahasa minda ialah gambaran atau lebih tepatnya visualisasi. Otak yang bertugas ialah otak hemisfera kanan. Segala input dari luar akan diterjemah ke dalam bahasa minda berupa gambar atau visual. Ia kemudiannya dihantar ke minda separuh sedar untuk proses penyimpanan.

Pada suatu ketika nanti ada input baru yang masuk ke dalam minda dan dipadankan dengan rekod lama. Proses pemadanan input yang sama akan mempercepatkan proses akses dengan input yang lama.

Kalian perasan tak ada kawan lama kita yang berpisah 20 tahun dan ketika bertemu semula kita tak ingat nama tapi ingat mukanya sahaja. Sehingga terpacul di mulut macam pernah jumpa tapi tidak dapat ingat di mana tempatnya?

Kesimpulan

Minda yang cerdas itu yang membezakan. Kalau nak ikut otak orang lain pun susah nak jadikan sebab minda semua orang adalah beza.  Seseorang yang suka dengan perumpamaan otak di tempat tinggi tapi bila sujud jadi terendah kuasaNya.

Ilmu berkaitan otak dan minda sangat saya sukai sejak tahun 6 lagi. Tak sangka pula sehingga saya sudah ada anak sulung yang kini berada di tahun 6 pun saya masih minat ilmu ini.

Saya pasti ada pembaca yang pakar dalam ilmu yang boleh kongsikan komentar kalian. Saya akan rasa amat menghargainya.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *