Salam hari Isnin, pastinya hari isnin ni ramai mereka yang bekerja akan menghidapi sindrom ‘Monday Blues’, tapi nak buat macam mana, tugas dan tanggungjawab perlu diberi keutamaan. Lewat petang semalam saya menerima email dari seseorang bertanyakan bagaimana cara untuk belajar wordpress design atau themes. Pengirim email tersebut juga bertanyakan sama ada saya ada sediakan kelas untuk tujuan tersebut.

Jawapan saya kepada beliau adalah buat masa ni saya tak adakan kelas, cuma saya berikan tunjuk ajar secara online dan juga secara face to face kepada mereka yang berjumpa, itupun kalau di kawasan berhampiran dengan estet saya iaitu sekitar Bangi dan Dengkil sahaja.
Interaksi dengan pengirim tersebut juga menerbitkan idea baru kepada saya iaitu dalam mempelajari wordpress ni, yang manakah cara paling efektif untuk belajar, ikut buku panduan atau secara trial and error.
Untuk belajar dan mengikuti panduan membina themes wordpress secara ‘ikut buku’, rasanya sudah banyak ebook dan program yang telah dihasilkan dan sedang dijual dengan harga berpatutan pada masa ini. Saya pula belajar dan mendalami wordpress melalui kaedah trial dan error, dan sumber rujukan adalah melalui laman tutorial dan forum yang mudah diakses.
Berbalik kepada wordpress themes ini, secara asasnya pada saya struktur design atau theme mana-mana blog wordpress adalah sama sahaja, yang membezakannya adalah imej yang digunakan dan bagaimana seseorang pereka design menyusun kedudukan header, sidebar dan footer. itu sahaja. Juga penggunaan function dan javascript tambahan yang menjadikannya nampak lebih menarik dan elegant.
Semasa awal-awal menggunakan wordpress, memang saya akui cukup teruja untuk mengunakan pelbagai function, script dan plugin yang hebat-hebat, namun lama-kelamaan perasaan itu semakin hilang dan kalau boleh hendak guna theme yang paling simple dan tidak menggunakan extra resources. Antara sebab utama kenapa saya berubah fikiran adalah:
- Kita gunakan theme yang canggih dan hebat dengan pelbagai fungsi dan javascript, masa test di desktop atau laptop kita memanglah laju dan ok sebab kita gunakan pakej internet yang berkepasiti tinggi, namun tidak semua pelawat mempunyai kapasiti capaian internet yang sama di Malaysia ni, pelbagai pakej ada, dari dial-up 1315 sehinggalah ke 4.0Mbps. Itu belum kira berlaku isu-isu teknikal lagi. Sudah pastinya kita akan kehilangan bakal pelawat;
- Semakin canggih dan banyak extra function yang digunakan semakin banyak page size digunakan, bila page size semakin membesar pastinya akan memberi impak kepada page loading speed. Enjin-enjin carian juga cukup tidak suka dengan page yang load terlalu lama, menyebabkannya lambat untuk di index. Pastinya sukar untuk mendapat kedudukan terbaik dalam enjian carian; dan
- Apabila terlalu banyak menggunakan script dan kod dalam blog, ianya boleh menjejaskan HTML validity yang juga tidak elok kepada enjin carian. Terlalu banyak kesalahan HTML menyebabkan sesebuah blog tidak di indek oleh enjin carian.
Ok, berbalik semula kepada cara untuk memahiri theme wordpress, bagi saya belajar secara hands on iaitu trial and error, maksud saya secara praktikal terus kerana lebih cepat dan mudah. Balik kepada prinsip asas dalam pembelajaran manusia itu sendiri : “Man learns fast from mistakes”.
Dalam membina theme wordpress, kaedah untuk belajar secara trial and error adalah dengan mengubahsuai dan menggodek theme sedia ada yang kita sudah biasa dengan susunannya. Semoleknya dengan menggunakan local server terlebih dahulu. Kalau boleh saya cadangkan caranya macam ni:
- Download dan install perisian XAMPP. Untuk tutorial bagaimana install XAMPP ke dalam windows dan juga bagaimana install aplikasi wordpress ke dalam perisian XAMPP boleh rujuk di artikel ‘Using XAMPP for Local WordPress Theme Development’ di sixrevision.com;
- Sekiranya anda menggunakan Firefox, download dan install Web Developer extension. Gunanya amat praktikal bila kita hendak ubah dan edit style.css theme hanya melalui browser sahaja; dan
- Melalui browser firefox juga, download dan install W3C Tidy-based HTML Validator. Gunanya untuk kesan kesalahan html error dalam page dan theme.
Setelah selesai urusan download dan install tersebut, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan mana-mana wordpress theme yang sudah biasa kita gunakan ke dalam local server XAMPP tadi.
Sebagai tambahan, mungkin perisian untuk image seperti Adobe Photoshop boleh memberikan kelebihan terutamanya dalam menghasilkan imej yang berkualiti dan menepati citarasa.
Selepas itu kita sudah boleh cuba edit dan udah theme tersebut tanpa risaukan apa-apa lagi. Godeklah sepuas hati dan lenjan cukup-cukup, saya percaya tak sampai 48 jam kita sudah dapat mengetahui teknik dan trick yang digunakan oleh pereka design atau theme wordpress dalam menghasilkan sesuatu theme.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencubanya, boleh cuba download theme redmudah yang saya buat ni di bawah, Ini kerana theme tersebut mempunyai struktur yang mudah dan simple sahaja untuk difahami. Juga telah dibersihkan dan berstatus Valid HTML dan Valid CSS level 2.1
Saya boleh beri tunjuk ajar berkaitan theme tersebut dari A sehingga Z melalui theme redmudah tu. Apabila sudah faham konsep redmudah theme tu dengan sendirinya kita akan mudah untuk menguasai design wordpress yang lain-lain.
Bukan setakat buat theme untuk kegunaan sendiri, kalau mereka yang memang kreatif dan mempunyai kemahiran dalam seni photo ni, boleh pulak jualkan theme tu atau ambil tempahan untuk custom theme.
Penutupnya, bagi saya, untuk mendapat kemahiran dalam wordpress theme ni, cara paling cepat dan berkesan adalah secara trial and error.
THEMES
Page ini adalah khas untuk ruangan help and support bagi free in house theme yang blog ini kongsikan iaitu ‘mymudah’ dan ‘redmudah’. Di sini akan membicarakan struktur theme, dan fail-fail yang terlibat daripada header.php sehinggalah kepada footer.php. Masih baru diwujudkan, akan di kemaskini dari masa ke semasa.
Theme ini juga telah di semak, Lulus sebagai Valid HTML dan validated as CSS 2.1. Kedua-dua elemen valid HTMl dan CSS adalah penting untuk memastikan ianya lebih mesra SEO.
Artikel berkaitan:
Rampasan Kuasa