Cara Mengetahui Minyak Wangi Original

Semalam saya pergi beli minyak wangi. Lepas tu terjumpa salah sebuah kedai menjual perfume dan arak di pusat bandar. Keliling-keliling kawasan sekitar, dan lepas tu terjumpa perfume Chanel yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga retail yang disyorkan.

chanel perfume
chanel perfume

Saya tanyalah pada tauke kedai itu, kenapa harga minyak wangi original yang jual di kedainya lebih murah berbanding dengan harga pasaran yang sepatut dijual.

Lepas saya membuat pertanyaan sedemikian, tauke kedai itu pun jawab kepada saya. Dia cakap bahawa perfume yang dijual di kedainya adalah perfume original yang dibawa dari kilang yang dikembalikan kerana tidak mencukupi tahap piawaian and juga ada perfume yang sudah menjadi stok lama di kilang dan mereka membuat clearance stok habisan, jadi harganya lebih murah. Apa yang saya beritahu anda adalah percakapan dari tauke tu dan bukan saya.

Saya terkedu – Bukan pasal bebas cukai?

Lepas tu saya tanya tauke itu balik, kalau dikembalikan, kenapa boleh jual balik kepada pengguna? Macam mana tauke dapat barang tu? Adakah tauke dapat perfume ini dengan harga yang sangat murah? Tak bahaya ke guna minyak wangi yang kena reject? Bertalu-talu, macam pertanyaan wartawan kontraversi SeMalaysia kita pada budak-budak yang kantoi hisap dadah di belakang rumah.

Kali ini giliran tauke tu pulak yang terkedu.

Woosah…

Saya kalau bab-bab etika kepenggunaan memang A+.

Mungkin kerana rasa tercabar dengan soalan saya itu, tauke kedai tu lantas menjawab pertanyaan saya dengan fakta yang saya yakin tidak semua orang tahu, termasuklah saya sendiri. Iaitu,

“Aiya amoi… kalau anda tak percaya sama wa, lu boleh check ma itu perfume… ada cara untuk tau maa”

Dan berikut ialah cara mengetahui minyak wangi original yang saya perolehi daripada tauke kedai tu, yang saya proses dan gabungkan secukup rasa dengan fakta yang saya kutip dari internet. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

minyak wangi original

Cara untuk mengetahui sama ada minyak wangi original atau tidak

1. Ujian kandungan

Cara mengetahui minyak wangi original yang paling berkesan ialah dengan melakukan ujian kandungan perfume itu. Caranya sangat mudah iaitu dengan menyemburkan sikit minyak pada sekeping kertas. Kemudian dikeringkan. Minyak wangi tulen akan meninggalkan kesan pada kertas itu, sebaliknya jika tiruan, bekas pada semburan akan hilang dalam masa beberapa saat. Ianya berlaku kerana immitation sudah dicampur dengan cecair spirit yang cepat meruap dan hilang.

2. Sejuk!

Kulit korang akan berasa sejuk sekiranya disapu dengan minyak wangi tiruan (kesan daripada campuran spirit).

3. Water oily not like water

Bentuk kecairan minyak wangi asli tidak seperti air. Perfume asli lebih pekat dan kelihatan berminyak sekiranya kita perhatikan dari luar botol. Jika digoncang ianya akan berbuih lebih banyak, tetapi kecil dan hilang dalam masa yang agak lama. Berbeza dengan minyak wangi tiruan, kerana ia akan berbuih banyak dan besar, tetapi buih akan hilang dengan sangat cepat. Alasannya mudah, ia sudah dicampur dengan air.

4. Bau

Bau minyak wangi yang asli akan bertahan untuk jangka masa yang lama kesan daripada alkohol dalamnya. Manakala bau perfume tiruan bertahan sekejap sahaja. Paling lama 5 jam.

5. Harga

Agak-agak korang, ada tak peniaga yang menjual harga barangan mereka lebih murah daripada kos pengeluaran? Lazimnya, minyak wangi tulen untuk 100ml berharga RM100 dan ke atas. Setakat ini belum ada lagi mana-mana syarikat pengeluar perfume asli yang menurunkan perfume mereka ke tahap yang gila-gila macam yang selalu dijual di pasar malam.

minyak wangi

6. Pembungkusan

Jika korang sudah biasa membeli minyak wangi tulen, sedikit sebanyak korang pasti tahu cara pembungkusan produk yang asli. Apabila membeli produk ini, anda perlu teliti beberapa perkara di bawah ini:

  • Pastikan ada label pembungkusan, pengedar dan tarikh pembuatan.
  • Semak kualiti label pembungkusan – Perhatikan pada sebarang kesalahan ejaan ataupun penambahan ejaan di luar kotak perfume.
  • Nombor produk yang tertera pada kotak sama seperti yang dilekatkan pada botol perfume.
  • Botol lengkap dan tiada sebarang kecacatan. Bandingkan juga ciri-ciri botol minyak wangi original dengan tiruan. Anda akan melihat perbezaannya.
  • No Made in China. Ini kerana minyak wangi original kebanyakannya hanya dibuat di negara asal pengeluar.
  • Lagi satu, selalunya perfume original terhad, ianya hanya dalam botol bersaiz 100ml sahaja. Jarang sekali dalam saiz 50ml, 30ml dan 20ml.

Ho ho ho. Lepas tu apa lagi, saya praktikkanlah cara mengetahui minyak wangi original yang telah tauke tu ajar pada saya. Syukur Alhamdulillah perfume yang saya berkenaan tu menepati semua ciri-ciri di atas. Herm… tapi yang peliknya, kenapa harga jualan di kedai tersebut jauh lebih murah daripada harga yang disyorkan ek? Memang saya masih tiada jawapan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *