Web Analytics
Zila Bakarin

Perlukah Berhati Memakai Tudung Seperti Zila Bakarin Katakan

Tak ramai sebenarnya artis kita yang berani menutup aurat didalam industri seni tanahair, kalau ada pun mungkin boleh dibilang dengan menggunakan jari.

Dan MM tidak akan terperanjat sama sekali sekiranya ada diantara selebriti melayu kita berfikiran jumud dengan mengeluarkan statement bertudung menutup punca rezeki artis itu sendiri suatu hari nanti. Bila?? Suatu hari nanti Kita tunggu. Masa tue siapa yang perlu dipersalahkan?? artis ke atau perubahan zaman.

Zila Bakarin
Zila Bakarin

Come on lah guys, MM tahu sekarang nie zaman dah berubah, dulu bolehlah berbaju kebaya dan bertudung. Sekarang nie baju kena rugged and lagi cool kalau jahit baju seperti tak cukup kain. Baru kelas, semua peminat berebut-rebut nak tengok.

Pengarah pun sure bagi kontrak berguni-guni punya. Tak gitu??~ Ada sesiapa kat sini yang berfikiran camtue ke??. Kalau ada bawak-bawaklah bertaubat, sebab zaman dan kehendak agama adalah 2 soal yang langsung tak berkaitan.

Mungkin kat dunia nie you all bolehlah jawab dengan pelbagai alasan yang boleh diterima logika, alah biasalah adat dunia. Selagi alasan tue boleh diterima akal, maka semua benda nampak halal.

Paling kurang pun you all bagi alasan nawaitu. Habis cerita. You buat dosa, peminat yang termakan pendapat you pun bakal-bakal buat dosa juga. Hah padanlah tue, biar sama-sama duk api neraka.

Walaupun kelihatan agak remeh, tapi pada MM you all tidak sepatutnya keluarkan statement yang agak pelik bila ditanya mengenai isu pemakaian tudung. Sebab statement macam nie lah yang sebenarnya menimbulkan persepsi negatif orang bukan Islam mengenai tuntutan sebenar menutup aurat di kalangan muslimah.

At least jangan menonjolkan kekhilafan you all mengenai agama pada orang lain. Kan lebih elok sekiranya you all mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada mengeluarkan statement pelik yang boleh dibidas oleh orang lain apabila ditanya mengenai isu pemakaian tudung. Dunia.. dunia.. Tepuk dada tanya selera.

For those girl yang memberi alasan tunggu sampai hati baik baru nak pakai tudung, izinkan MM perbetulkan persepsi moden you all tue dengan apa yang MM warisi daripada nenek moyang MM.

Jangan marah tau~ MM bukan kata nenek moyang MM yang paling betul, tapi just want to share my opinion. Sebab Setahu MM pemakaian tudung merupakan perkara wajib untuk muslimah. Tidak ada pengecualian atau sebarang ayat mengatakan yang you perlu berhati mulia atau bertaubat terlebih dahulu sebelum memakai tudung.

Yang penting sekali orang tue tak pakai tudung sebagai menutup perangai setannya, yang nie memang sah parah tahap dewa!.

Kita ambil contoh orang yang berhati mulia tetapi tidak bersembahyang 5 waktu. Pada pendapat you all lah kan, adakah orang tue akan masuk ke syurga dengan hanya berbuat baik sahaja?? adakah pahala orang tue akan diterima dengan berbuat baik tapi tidak menuruti apa yang dituntut oleh agama??.

Buatlah dulu benda yang wajib, and then perlahan-lahan belajar buang all the thing that you think wrong. Kalau benda wajib pun you takleh ikut, macam mana lah agaknya you nak buat benda yang lain supaya totally perfect. Nak tunggu sampai dibukakan pintu hati?? Dah sentiasa terbuka, cuma kita sahaja yang menangguh dan menafikannya.

Beginilah apa kata sebelum you tunggu hati you jadi baik, you mulakan dengan memakai pakaian yang cukup sifatnya dan boleh menutup bahagian-bahagian yang sepatutnya. Macam nie baru orang respek!. Nampak semangat ingin berubah.

And one more situation yang paling terkesan di hati MM ialah bila mana ada diantara artis melayu kita yang sanggup membuka tudung didalam filem yang kononnya sebagai mengikut kehendak skrip. Kehendak skrip dot dot kau! Ingat pakai tudung tue fesyen ke?? buat gaya and supaya you nampak trendy.

Amboi banyak cantik, kalau macam tue after this you janganlah melenting bila ada suara sumbang yang mengatakan you tue sekadar hangat-hangat tahi ayam dan inginkan publisiti dengan bertudung ek!

Tudung bukan benda pakai buang, kalau nak diikutkan ramai juga artis bertudung yang mendapat rezeki melimpah ruah dengan mengekalkan identiti bertudung dey all. Kenapa?? tak percaya?? Tanya Yuna, kalau tak tanya Wardina,

Herm~ cakap banyak pun tada guna, orang bukan nak dengar pun. Tapi pesanan MM buat all the girl outside there yang cuba mengulas pasal tudung, pikir dulu. Kalau memang tak nak pakai tudung, cakap terus terang. Jangan bagi seribu satu dahlil yang menampakkan kedot dot an you all. Simple bukan..

Dan kalau dah bertudung tue, faham-faham jerlah ek, tak payahlah menggatal guna baju tak cukup kain. Nanti menimbulkan fitnah orang pulak. Masa tue orang lain yang tak bersalah akan turut terpalit sama. Siapa salah??

Artikel berkaitan:

Leave a Comment