Bebas Kewangan Dengan Menjadi Kaya

Secara lumrahnya hampir semua manusia pun nak jadi kaya. Cuma segelintir sahaja yang tak nak kaya dan sekadar ingin hidup dengan kehidupan yang sederhana. Biarkan cukup makan, pakaian dan tempat tinggal yang sederhana sudah rasa puas hati.

Itu sahaja yang sesetengah orang mintakan, tak banyak pun wang yang mereka ingin dapat. Macam mana seseorang nak hidup, itu kan hak mereka masing-masing.

Walaubagaimanapun, kaaya adalah pilihan. Jika anda ingin untuk kaya boleh, kalau tak nak kaya pun boleh. Namun begitu kekayaan besar nikmatnya. Dengan menjadi orang kaya kita boleh memberi banyak manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

orang kaya

Jadi Kaya dan Boleh Menyumbang Zakat Kepada Masyarakat

Dengan kekayaan kita menjadi penyumbang zakat, ikon masyarakat dan sumber inspirasi untuk orang lain. Apa yang paling bagus adalah apabila kita menjadi orang kaya, kita boleh menjadi orang berpengaruh untuk kerja-kerja dakwah.

Bayangkan dengan simbol kekayaan seperti rumah banglo, kereta merah dan gaya golongan elit akan memberi kekaguman mereka terhadap kita. Bukan niat untuk menunjuk atau angkuh dengan harta dunia tetapi ia adalah sumber psikologi yang paling ampuh.

Kita ajak mereka solat berjemaah di masjid, berbuat kepada jiran tetangga dan memuliakan ibu bapa. In Sha Allah golongan sasar akan terpengaruh dengan dakwah yang kita sampaikan untuk mereka.

Sudah tentu penampilan kita yang segak lebih diyakini berbanding mereka yang tiada penampilan. Sebab manusia lebih yakin dengan apa yang dilihat didepan mata.

Persoalannya sekarang ini bagaimana cara untuk menjadi kaya dan mengekalkan jiwa merdeka. Berikut adalah cara dan kaedah yang diguna untuk merdeka dan memiliki kekayaan. Maaf ia adalah pendapat saya yang saya dapat dari hasil pengamatan dan penghayatan terhadap orang kaya di sekeliling kita.

1. Tidak berkira untuk bersedekah

Tangan mereka ringan sahaja untuk mengeluarkan duit sendiri jika ada menemui peluang untuk bersedekah. Mereka memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang menerima sedekah itu.

Niat mereka adalah ikhlas. Biasanya mereka taklah sekaya orang yang ada simbol kekayaan seperti kereta mewah atau banglo besar. Mereka kaya dengan amalan yang tak tertanding oleh orang biasa-biasa.

2. Memiliki perniagaan sendiri

Orang mudah menjadi kaya jika buat perniagaan. Tambahan pula kalau perniagaan itu bersifat multinasional dan keperluan utama manusia. Apa yang pelik untuk orang kaya dalam golongan ini ialah mereka merupakan golongan yang sangat low profile dan tidak havoc.

Mereka tidak suka publisiti dan jarang nak tunjuk muka mereka di apa-apa temuduga pun. Orang tidak akan sedar bahawa mereka merupakan orang kaya. Cuma orang tahu mereka ada perniagaan sendiri.

3. Bebas dengan masalah kewangan

Orang kampung di mana saya tinggal kata jika nak jadi kaya, perkara yang paling penting ialah tiada hutang dalam hidup mereka. Jika wang yang dibelanja untuk membeli rumah dan kereta sudah habis bayar, maka boleh anggap sudah kaya.

Apa yang jadi lebih baik jika anak-anak tidak pinjam PTPTN, semuanya pergi belajar dengan pakai duit sendiri. Jadi kalau ada gaji ataupun sumber pendapatan bisnes mereka gunakan untuk keperluan hidup dan menabung semaksima yang mungkin. Akaun mereka ada di mana-mana sahaja. Tidak kira tabung Haji, ASB, EPF dan Public Mutual. Itu belum termasuk dalam bank-bank biasa.

4. Sikap tentang kekayaan

Bagi golongan orang kaya dan hidup mewah, terdapat hubungan songsang antara berapa banyak kekayaan yang anda paparkan dan betapa kekayaan anda.

Bagi mereka yang suka mempamerkan kekayaan mereka, semakin besar kemungkinan dia menghabiskan lebih banyak kemampuannya dengan hutang kad kredit.

Seseorang wanita harus mempersoalkan pemikiran seseorang lelaki tentang hutang dan penggunaan dengan bertanya tentang keadaan pengguna keseluruhan.

Kebanyakan lelaki kaya yang saya tahu mempunyai pemahaman yang baik mengenai kewangan secara umum. Mereka mengambil risiko yang dapat dikira dengan wang mereka dan mempunyai pendapat yang tegas mengenai politik, kebajikan sosial, dan hal ehwal luar negeri.

Lelaki kaya cuba mencari nilai sebanyak mungkin kerana terdapat penghargaan yang lebih mendalam untuk mereka mengumpul wang yang lebih banyak.

Sekarang mungkin pembaca dan saya sendiri sedar bahawa orang kaya yang merdeka merupakan orang kaya yang suka bersedekah, ada perniaagaan sendiri dan bebas dengan masalah kewangan.

Itulah nilai kemerdekaan sebenar. Tidak bergantung harap kepada manusia. Pergantungan secara tuntas kepada Allah SWT. Memang itulah keyakinan yang kita semua kita nak. Bukan setakat nak sahaja malah seribu kali nak sehingga kita obses menjadi hamba kepada Yang Maha Esa.

Orang kaya dan berkuasa mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan lebih kaya dan berkuasa. Anak-anak mereka mungkin akan mempunyai permulaan yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak biasa yang menamatkan sekolah.

Kami hanya perlu berusaha lebih keras untuk maju dengan mengkaji lebih banyak, pergi kerja lebih awal dan meninggalkan tempat kerja dengan lewat, mengambil lebih banyak risiko, dan bersabar dalam kesungguhan kami tanpa pernah berputus asa sehingga kami berjaya.

Baca juga: rancang wang semasa mula kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *