Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Senarai Panduan Dan Tips Temuduga

Dua tiga hari yang lepas saya telah dihubungi oleh bekas anak buah untuk bertanyakan panduan dan tips temuduga. Katanya mereka agak teruja dan gementar untuk melalui sesi temuduga bagi satu jawatan yang akan di adakan selepas cuti hari raya nanti. Tujuan utama mereka menghubungi saya adalah untuk mendapatkan panduan dan tips temuduga supaya urusan temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

temuduga

temuduga

Pada saya subjek temuduga merupakan sesuatu yang bersifat subjektif. Sudah banyak artikel, panduan, tips dan penerangan mengenai temuduga yang boleh diperolehi sama ada melalui bahan bacaan biasa mahupun secara ‘online’. Pada masa yang sama pelbagai kursus, latihan dan kelas khas telah dianjurkan oleh pelbagai pihak dan organisasi untuk memberikan bimbingan dan khidmat nasihat mengenai panduan dan tips temuduga.

Secara dasarnya tujuan utama sesi temuduga adalah untuk mencari calon yang terbaik bagi mengisi sesuatu jawatan, peluang dan sebagainya sebegaimana yang ditawarkan.

Secara ringkasnya juga seseorang calon temuduga dijangka mempunyai kemampuan untuk menyampaikan pemikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Pada masa yang sama calon temuduga juga perlu fasih dan cekap berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.

Memandangkan urusan temuduga ini bersifat subjektif dan bergantung kepada penilaian manusia yang pelbagai-bagai, Sukar untuk memberikan tips dan panduan yang benar-benar boleh dikatakan berkesan.

Namun demikian untuk membantu mereka yang masih mencari panduan dan tips temuduga, saya kongsikan di sini senarai panduan dan tips temuduga yang boleh dirujuk untuk membantu persiapan menghadapi temuduga, tidak kira sama ada temuduga untuk sektor kerajaan mahupun pihak swasta:

1.Tips temuduga

2. temuduga kerja : yang perlu & yang jangan

3. tips menghadiri temuduga

4. tatacara menghadapi temuduga

5. pakaian temuduga

6. bagaimana lulus temuduga kerja kerajaan

7. tips temuduga | panduan temuduga | tips kerjaya

8. contoh soalan temuduga | tips dan panduan ptd

9. tips serta panduan menghadiri temuduga

10. panduan temuduga

11. tips cari kerja, panduan resume, temuduga kerja

12. panduan temuduga bekerja

13. persedian temuduga

14. pakej lengkap lulus temuduga kerja

15. tips menghadapi temuduga

16. tips temuduga yang berkesan

17. tip lulus temuduga spa

Dengan adanya tips dan panduan lengkap daripada pelbagai sumber dari senarai di atas ni adalah diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan panduan untuk melalui sesi temuduga.

Secara peribadi pula, pada saya sesi temuduga adalah satu proses kepada sesebuah organisasi untuk mengenali bakal pekerja yang paling sesuai dan benar-benar diperlukan dalam organisasi terlibat. Salah satu dari panduan yang mungkin boleh digunapakai oleh calon temuduga adalah dengan meletakkan dirinya di tempat penemuduga itu sendiri, atau sebagai seorang wakil kepada organisasi terlibat.

Sebagai seorang penemuduga, apa yang beliau jangka atau harapkan dari calon yang datang di sesi tersebut. Pastinya jawapannya banyak dan pelbagai. Dengan cara itu secara sendirinya semua tips dan panduan temudga yang diperlukan akan dapat difahami oleh seseorang calon.

Leave a Reply