5 Tanda Rumahtangga Kurang Bahagia

Kebahagiaan dalam rumahtangga ada pasang dan surutnya. Ada ketika bahagia dan tak kurang juga masa derita. Namun jangan pasrah kepada keadaan terutama keluarga yang kurang bahagia. Sebab ujian dalam rumahtangga bukan calang-calang. Silap hari bulan akan membawa kepada pembubaran perkahwinan itu sendiri.

Itulah kesukaan para syaitan supaya suami dan isteri bercerai berai manakala pasangan kekasih pula didorong untuk melakukan zina. Nauzi Billah Min Zalik. Licik sungguh tipu daya syaitan untuk menghancurkan manusia.

Berikut adalah tanda-tanda rumahtangga yang kurang bahagia. Jika tidak diselamatkan segera maka akan berakhir dengan derita. Kita minta doa ramai-ramai agar dijauhkan bala sebegini kepada pembaca semua.

rumahtangga bahagia

1. Solat 5 wajib waktu diabaikan

Pintu yang paling mudah untuk dimasuki oleh para syaitan untuk menggoda manusia adalah dengan melalui pengabaian solat. Kini benteng sudah ditembusi. Apa yang tinggal cuma iman setipis bawang.

Para suami atau para isteri yang langsung mengabaikan solat memang menjadi sasaran untuk berlaku kecurangan. Kalau bukan suami jadi jembalang maka si isteri jadi petualang.

2. Hilang rasa hormat isteri terhadap suami

Apabila si isteri sudah anggap suami dah tak ada apa-apa lagi maka tunggulah saat kehancuran itu. Si isteri keluar rumah sesuka hati. Pergi tanpa keizinan. Datang kembali entah pukul berapa.

Pada ketika itu suami seperti tunggul kayu yang hilang fungsi sebagai ketua keluarga. Dengan ini, sudah pasti urusan rumahtangga tidak terurus. Anak-anak yang tidak bersalah akan terabai fizikal dan emosi.

3. Suami kurang rasa sayang terhadap isteri

Perkara ini amat ditakuti oleh para isteri. Sebaliknya para suami mengambil kesempatan ini untuk menyayangi wanita lain. Maka berlaku kecurangan dan tidak setia pada pasangan masing-masing.

Banyak faktor yang menyebabkan si suami kurang menyayangi isteri. Antaranya pengabaian tanggungjawab melayan batin suami dan juga perhatian lebih untuk anak-anak. Si suami berasa kecewa lalu mencari keseronokan diluar rumah.

4. Pendapatan suami yang tidak mencukupi

Soal rezeki adalah subjektif. Ada suami yang mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu menyediakan keperluan wang untuk keluarga. Si isteri nak hidup senang tetapi si suami bergelut pula dengan kemiskinan.

Lama kelamaan timbul perasaan menyesal si isteri lalu memberontak secara diam. Mereka kurang menyayangi keluarga sebaliknya mengalih tumpuan kepada rakan-rakan sosial.

5. Sikap pasangan yang mementingkan diri sendiri

Si suami terlalu berkira-kira dengan perbelanjaan rumah. Itu tak boleh beli, ini lagi tak boleh. Walaupun si suami ada duit tetapi dibelanja untuk hobi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, para isteri pula merungut dan cuba menuntut hak mereka. Si isteri terpengaruh dengan idealisme bahawa buat apa kahwin kalau si suami hidup menumpang dengan kesenangan isteri. Sedar maupun tidak sikap suka menuntut baik hak suami atau hak isteri akan menimbulkan perbalahan yang tiada kesudahannya. Ikatan perkahwinan akan terlerai dengan sikap begini.

Saya percaya tanda-tanda rumahtangga yang kurang bahagia ini boleh diatasi dengan bantuan pihak berkaitan. Rujuk pihak tersebut untuk mendapat nasihat dan sesi kaunseling.

Bagi pihak suami pula, mereka perlu kuatkan iman dan tingkatkan ilmu mereka. Baik buruk seseorang isteri akan dipertanggungjawabkan kepada suami kerana dialah yang merupakan pemimpin, pembimbing dan dan pendidik. Jika tak berjaya setelah berusaha maka serahkan segalanya kepada Allah SWT sahaja.

Sebab itu sebelum berkahwin, seseorang wanita wajib pilih lelaki yang bagus dan terbaik untuk membimbing isteri ke jalan yang lurus.

Baca juga: 10 Tanda Seorang Suami Yang Bijak dan Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *