Tips Untuk Melancong ke Vietnam (Ho Chi Minh)

1. kalau nak beli barang pastikan korang tawar!! tawar jgn sikit2, tawar half price.. kalau die berkeras xbagi korang angkat kaki, 3 saat lps tu die ankan panggil balik haha…

Ben Thanh Market Saigon
Ben Thanh Market Saigon

2. teksi untuk ronda bandar Ho Chi Minh cuma 2 dollar je..local bas plak 1 dollar utk 5 org..

3. Jgn bawa duit Vietnam(Dong) banyak sgt..bawa dollar juga sebab kekadang barang yg korang nk beli tu dibayar guna dollar lebih murah..

4. kt sana package full body massage VND 150,000(RM 23) full body + foot massage 🙂

5. motorsikal memang berduyun-duyun atas jalan raya, nak melintas jalan pun takut kena langgar..so tipsnya korang kena jalan slow je, confirm xkena langgar sebab motor2 semua mengelak..tapi kalau korang tetiba stop korang akan kena langgar..nak melintas kena angkt tangan atas kepala..

6. tak perlu bawa towel, tooth paste, tooth brush, shampoo, bath gel, sikat, shower cap, cotton buds sebab sumanya disediakan oleh pihak hotel..baju pun bawa sikit je, sbb nanti mesti nk shopping kan?hehe kan terlebih berat beg kne charge plak kt airport..

setakat ni je yg teringat..nnt kalau ada lagi akan dtambah lagi ye..tips ni penting utk mereka yg nak melawat kt sana, sbb dulu before aku pergi pun mencari juga benda2 macam ni dalam internet, so harap2 berguna lah ye dan jgn disalah guna! hehe

Hari 1 – Ho Chi Minh City

Dari KL ke Ho Chi Minh City mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami disambut oleh travel agent disana dan terus dibawa lunch di salah sebuah restoran halal iaitu Satay House, kat Ho Chi Minh memang terdapat banyak kedai makan halal, harga makanan agak mahal tapi sedap!! hehe..

Vietnam 1

Vietnam 2

ada dessert ni tapi xssempat snap sbb bila letak je hilang masuk perut haha

Perut sudah kenyang hati sudah senang..kami pun teruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel, peninggalan sejarah ketika perang Dunia Kedua di Vietnam.. 1 jam masa yg diambil utk sampai ke sana..

Vietnam 3

Komunis ni sedang menunjukkan demo utk masuk kedalam terowong rahsia tu.. terowong ni dibina pada zaman perang dulu, tempat dimana askar vietnam (Vietkong) menyorok dan boleh wujud dimana-mana saja..cool kan idea dorg? tapi klau sekarang masih guna idea ni habislah..letak bom asap or gas berarun confirm semua mati!

Vietnam 4

Vietnam 5

Vietnam 6

Vietnam 7

ni pula perangkap yg dipasang utk musuh2..kalau betul2 ni xnampak atas tanah, tapi bila terpijak sempat panggil mak je! hehe

dalam ni pula ada duri2 panjang boleh menusuk tubuh musuh sehingga ke dagu kalau terjatuh dalam lubang tu.

Kul 4.30ptg check in hotel, kami menginap di Le Duy Hotel.. kemudian jam 5.45ptg berangkat ke restoran Seri Penang untuk dinner..kena dinner awal sebab ramai sangat orang Islam datang ke restoran tu, so masing2 telah ada jadual yang telah ditetapkan..lepas makan tak de masa nak melepak2, kena terus keluar haha ekspress gila makan time tu.. not bad makan halal disana 🙂

Vietnam 8

First night tu kteorg pergi jalan2 di night market Ho Chi Minh..byk jual kain, baju, souvenir, kasut, tali pinggang dan sekutu dgnnye.. Sebelah pagi pula, dekat tempat yg sama tempat shopping di panggil Ben Tahn Market, ni lagi rambang mata makcik2 dibuatnye.. member aku belanja RM1000 hanya untuk shopping perghhh!!!

Hari 2 – Ho Chi Minh City

Aktiviti hari kedua bermula jam 8pg breakfast di hotel (Le Duy Hotel).. tips: sila berjaga2 ketika mengambil makanan utk sarapan sebab ada makanan yg ada campuran ba alip ba ya.. utk selamat aku makan roti dan telur yg digoreng dpn mata kita, alamak takde gmbr plak..haha

8.30 pagi bas telah menunggu di luar hotel utk membawa kami ke Musuem of Snakes, perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang sejam..

Vietnam 9

bagi chance member try dulu haha.. aku rasa badan die pun dah cukup haha…yg baju warna kuning tu
Mr. Nyong, the best tour guide..

Vietnam 10

Vietnam 11

Vietnam 12

Vietnam 13

Vietnam 14

Vietnam 15

Vietnam 16

Vietnam 17

Vietnam 18

Vietnam 19

Vietnam 20

Vietnam 21

Vietnam 22

Vietnam 23

Vietnam 24

ni penyu yg albino, tour guide kami kata dalam dunia ni hanya ade 4 penyu albino yg pernah ditemui, salah satunya ada di Vietnam ni lah… lepas tu terus ke Mytho masa perjalan lebih kurang 3 jam.. percaya atau tidak kat jeti ni aku beli topi yg aku pakai tu 1 dollar je harga asal 2 dollar haha..RM 3 je duit Msia..

Vietnam 25

ni jeti utk ke Orchard Island..

Vietnam 26

ni boat yg bawa kami ke Orchard Island..sampai je sana kami dibawa utk melihat cara pembuatan gula2 berasaskan kelapa.. dapat rasa free..rasa lebih biasa je, xde lah rasa special sgt pun..lupa plak harga die berapa haha..tp murah la..lps beli tulis nama kt plastik and then die akan hantar ke jeti dan korang boleh ambil masa korang balik semula ke jeti tadi.. so memudahkan korang jalan tanpa pegang brg, lagi pun kjap lagi nak naik sampan..

Vietnam 27

Vietnam 28

Vietnam 29

memang tangkas jari jemari awek2 vietnam ni membalut gula2 tu… okay lepas lepas tu korang dibawa terus ke warung utk disajikan buah-buahan dan nyanyian dr org2 pulau tu tour guide kiteorg tak bagi shopping dulu walaupun byk kedai jual souvenir kt situ..lps makan buah baru boleh hehe.. mmg sistematik btul Mr. Nyong

buah-buahan tu rasa sama jelah kan, yg menariknya dihidangkan sekali dgn minuman yg dipanggil Thada tapi tapi sebutannye Cada yeee…. rasa mcm air teh tawar…

Vietnam 30
buah nenas, betik, buah naga, longan satu lagi tu lupa plak…mm

Vietnam 31

actually suara dorg ni kedengaran seperti sengau sikit..tapi ok lah boleh nyanyi pitching ok, lontaran suara cukup lah..haha..

Vietnam 32

budak ni pun nk nyanyi, yg ni aku puji stage presentation die..interaction dgn audience tu haha siap tepuk2 bahu aku lg..

Vietnam 33

ni plak die bagi cuba air Thada tadi yg dibancuh dgn madu dan ramuan asli..pergh terangkat beb!! sedap..rasa yg sukar digambarkan…maybe sebab campuran madu tu kot..

Vietnam 34

dihidangkan sekali dgn benda2 ni, kerepek pisang, yg lain tu lupa plak namanya..

aktiviti last kat Orchard Island ni kami naik sampan dan dihantar ke boat.. lanluan sampan ini menyusuri delta mekong yg membahagikan dua pulau..byk gak sampan2 tourist mcm kami ni..just standby tips 2 dollar utk satu sampan..sbb org yg dayung ni org2 miskin…kesian klau tgk rumah2 dorg ni.. bila samapi kat boat kami disajikan lagi dgn air kelapa..pergh memang best giler lah kt island ni..

kita minum dulu!!! dalam perjalanan pulan ke jeti… lepas tu kami terus dibawa ke restoran utk lunch..korang ada tgk rancangan Rasa Halal Oreintal x? alaaa, yg Farah AF2 jadi host tu..die pernah lunch kt tempat yg sama..senang kata siapa yg dtg Delta Mekong ni mesti akan singgah utk lunch kt cni…

Vietnam 35

uniknya makanan orang Vietnam kan??

pulang semula ke Bandar Ho Chi Minh, masih awal lagi…per lg singgah Ben Tahn Market la shopping!!

Vietnam 36

gambar waktu siang xde, gmbr ni suasana night market dekat Ben Tahn Market tu..

Vietnam 37

utk souvenir di night market ni korang boleh dapat keychain 10 unit(satu papan) harga serendah RM10 atau 3 dollar atau VND100000..ternyata dlm ringgit msia lebih murah..mcm ni lah cara nak beli barang, kena tanya semua harga dalam unit RM, Dong dan Dollar kemudian bandingkan..

Vietnam 38

Hari 3 – Aktiviti di Halong Bay Vietnam

Owh!! hari tu tak abis update trip ke Vietnam, ok ni ada sambungan skit tapi malas nak cerita dari bangun tido,gosok gigi tu semua.. straight to the point okay!! Semasa di Vietnam, kami sempat ke Halong Bay salah satu tempat pelancongan, senang kata semua tourist yg ke Vietnam pasti tak kan lepaskan peluang untuk ke sini..sebaaaab, Halong Bay telah diiktiraf oleh UNESCO telah mengiktiraf ia sebagai salah satu natural heritage site and 7 Natural wonders of the world!

Vietnam 39

Ni tiket utk naik cruise..kami ambil yg one day trip je..kalau korang nak bermalam atas cruise pun boleh, dia ada pakej dan bilik dalam cruise tu pun boleh tahan.. so harga tiket utk one day trip 40,000 dong = RM6

Vietnam 40

gambar ini diambil semasa kami baru je tiba di salah sebuah gua,(maaf dah lupa nama)..Cantik kan?nampak mcm kapal mainan je semua ni..

Vietnam 41

Ok ni pula gambar sewaktu didalam gua tu, maaf lah kualiti gambar teruk sikit..sangat cantik persekitaran dalam cave ni, lampu2 tu buatan tau! jangan ingt natural plak haha..dalam cave ni macam2 bentuk batu ada, mcm biasalah, pasti ada cerita setiap satunya kan…nak cite panjang plak kan..hehe

Vietnam 42

ni plak sudah tiba nak menikmati pemandangan yang dikatakan diiktiraf tu..mungkin masa kami sampai ni pemandang kurang menarik sbb tengahari…kalau korang datang petang2 mesti best!!

Vietnam 43
Masuk ke dalam boat..

Vietnam 44

Dalam boat siap ada kerusi meja macam kedai makan hehe. Atas boat ni kami menikmati makan tengahari 🙂

Vietnam 45

banyaknya kapal masa ni, agak mencacatkan pemandangan, dan menyukarkan aku untuk ambil gambar yang cantik2 haha…

Vietnam 46

haaaaa!!! yg ni pula kedai..terkejut tak! haha kedai atas laut bebas cukai..mereka jual hasil laut mcm ketam,ikan,udang macam2 lah semua ada…yang kt kedai ni korang kena beli sendiri sebab tak termasuk dalam pakej..tapi kat mana nak masak kn?haaa..jangan risau..dalam cruise ada dapur ok! dan bukan korang yg masak, mereka dah ada tukang masak utk masakkan korang…

Vietnam 47

ni pemandangan semasa aku berada di atas cruise..semua dorg siapkan, potong bawang, potong sayur, siang ikan..psatu masak atas kapal..dan perjalanan diteruskan…bila dah siap mereka hidangkan jugak!!

Vietnam 48

ni antara menu yang disaji..ada udang, sup ikan kowt, lala@kepah, cendawan+sotong, sayur, ketam, telur dadar dan oyster dan nasi..yum yum..sedap tau!!

Vietnam 49

ni gambar oyster, pertama kali dalam hidup aku makan benda alah ni, makan kt Vietnam plak tu! pergh jaug gile kaaan.. okey itu je perkongsian hari ni.. 🙂

Vietnam pada pandangan saya adalah satu tempat yang seronok dilawatai kerana banyak tempat-tempat bersejarah terutama kesan peninggalan peperangan – Vietnam War.

Siapa yang menonton kisah peperangan seperti Rambo The First Blood II, Casualties of War, Missing In Action, The Deer Hunter, The Apocalypse Now dan banyak lagi sudah tentunya dapat melihat dan merasai kesan2 peperangan tersebut.

Lawatan ke Cu Chi Tunnel adalah yang menarik kerana dapat melihat kreativiti tentera Vietcong membuat terowong dan disamping membuat jerangkap samar secara manual.

Suasana kehijauan di beberapa tempat di persisiran Delta Mekong juga begitu mengasyikkan tapi sayang saya tak kesempatan kerana mengikuti rombongan yang majoritinya wanita veteran. Biasalar nak banyakkan aktiviti shopping. Hmmm rasanya nak ulang trip kali kedua ke sana. 🙂

Artikel berkaitan:
Kenapa Lelaki Suka Pergi Siam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *