Panduan Memilih Insurans Hayat

Secara ringkasnya insurans hayat adalah satu pelan yang di miliki oleh seseorang itu untuk melindungi kewangannya pada apabila dia mengalami atau menghadapi Penyakit Kritikal/Kematian yang mana yang tidak dijangka.

Perlindungan ini merupakan wang jaminan yang akan diberikan kepada pemilik pelan/waris ini untuk meneruskan kehidupan.

“Sediakan Payung Sebelum Hujan, Kita tidak meminta untuk terkena sedemikian, Tapi kita harus Bersedia”

insurans hayat
insurans hayat

Secara umum, anda adalah pemegang polisi dan syarikat insurans yang anda membeli insurans adalah syarikat yang membuat jaminan atas insurans anda.

Pembayaran Premium

Pemegang polisi dikehendaki membayar penanggung insurans dalam suatu jumlah pengaturan pada jangka masa yang tetap (bulanan) atau sekaligus. Ini dikenali sebagai premium. Premium dibayar ke dalam dana yang diuruskan oleh syarikat insurans.

Sebagai balasan, apabila pemegang polisi mengalami kecacatan, penyakit kritikal, atau kematian, penanggung insurans akan membayar jumlah wang yang telah ditentukan terlebih dahulu kepada pemegang polisi (jika berkenaan dengan contoh ketidakupayaan atau penyakit kritikal) atau kepada penama pemegang polisi ( sekiranya berlaku kematian).

Jenis polisi insurans hayat

Mungkin sekarang terdapat banyak polisi insurans yang boleh anda pilih dan anda mungkin keliru tanpa tahu mana satu insurans yang patut anda beli. Tetapi secara amnya, insurans hayat dibahagikan kepada 2 jenis: iaitu Insurans Jangka Hayat (tidak kekal) dan Insurans Sepanjang Hayat (kekal).

Insurans Jangka Hayat

Jenis insurans hayat ini tidak kekal.

Oleh itu, jika anda memilih untuk membeli insurans hayat yang mempunyai jangka masa, fakta paling asas yang perlu anda ketahui adalah bahawa benefisiari anda akan dibayar hanya jika anda berlaku kematian semasa tempoh kontrak sahaja. Begitu juga, jika anda menghidapi sebarang penyakit kritikal semasa tempoh kontrak yang anda bayar; berdasarkan terma polisi yang anda beli, anda akan menerima pembayaran yang ditetapkan.

Insurans Sepanjang Hayat

Insurans jenis ini mempunyai dua ciri tambahan: Simpanan dan Pelaburan. Insurans sepanjang hayat biasanya merupakan polisi yang mempunyai gabungan Perlindungan, Pelaburan dan Simpanan.

Insurans sepanjang hayat menyediakan liputan perlindungan kehidupan (benefisiari akan diberi jumlah wang dalam kes kematian, penyakit kritikal atau ketidakupayaan) tetapi dengan tambahan manfaat dari pelaburan juga.

Selain daripada itu, pemegang polisi juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000 setahun untuk polisi insurans hayat itu.

Baca untuk tahu siapa yang paling penting untuk memiliki insurans.

Membuka Akaun

Mungkin kita bunyi janggal..”membuka akaun?”..buka akaun atau beli Insurans Hayat?

sebenarnya..kena kata yang lebih tepat adalah membuka akaun. Jika anda sudah membuka akaun..Alhamdulillah kerana sudah membukannya tetap jika belum, anda seharusnya ADA..

Disini saya akan kongsi dengan anda panduan untuk memilih akaun yang terbaik.

Ada Medical Card

Medical card limit yang TINGGI kerana kita perlu sedar KOS RAWATAN semakin meningkat dan harus tiada co-insurance(100% di tanggung oleh syarikat insurance)..bukan 90%(ada beberapa syarikat insurance yang cuma menawarkan 90% cover bill anda)

Ada Critikal Illness/Death cover

Critikal Illness(penyakit kritikal) – pampasan yang tinggi..AWAS..ada perlu tahu..jika anda mempunyai insurans..anda perlu tahu..berapa yang di cover(sila rujuk polisi anda), kerana ini sangat penting yang mana sekiranya anda mengidap penyakit CI yang mana menyebabkan tidak dapat bekerja(no income)..ada harus ada pampasan yang tinggi untuk anda.

Ada Payor Cover

Payorcover – ini adalah sangat – sangat penting yang mana sekirannya anda diSAH kan menghidapi penyakit kritikal ..bulanan anda akan diteruskan tanpa anda perlu membuat bayaran yang mana syarikat insurance akan menerusikan pembayaran bulanan (insurance anda jadi percuma)

Sebenarnya, ini adalah element penting untuk anda tahu sebelum membuka akaun insurance. Sebab membeli insurans hayat untuk anda dan orang yang anda sayangi membolehkan anda menyediakan sesuatu jaminan kewangan semasa kesulitan.

Wang dari polisi anda akan dibayar kepada orang yang anda sayangi apabila anda lenyap atau kepada anda sekiranya anda mengalami kecacatan atau kerugian keseluruhan dan kekal.

Memandang rendah tentang keperluan insurans

Terdapat ramai pembeli insurans hayat memilih perlindungan insurans mereka atau jumlah yang dijamin berdasarkan rancangan yang diberikan oleh ejen mereka atau amaun premium yang mereka mampu bayar saja.

Ini merupakan satu cara yang salah. Keperluan insurans anda adalah fungsi situasi kewangan anda, dan tidak ada kaitan dengan apa-apa produk insurans yang sedia ada.

Banyak pembeli insurans menggunakan peraturan mereka sendiri seperti membeli insurans yang mempunyai bayaran 10 kali ganda dari pendapatan tahunan mereka untuk perlindungan.

Sesetengah penasihat kewangan mengatakan bahawa dapatkan perlindungan insurans 10 kali ganda dari pendapatan tahunan anda sudah mencukupi kerana ia memberi pendapatan yang sama untuk keluarga anda selama 10 tahun sekiranya anda mengalami kematian.

Tetapi ini bukan selalu betul. Katakan, anda mempunyai 20 tahun pinjaman rumah. Bagaimanakah keluarga anda akan membayar balik ansuran pinjaman rumah itu selepas 10 tahun, ketika sebahagian besar daripada pinjaman itu masih belum diselesaikan?

Katakan anda mempunyai anak yang sangat muda. Keluarga anda akan kehabisan pendapatan apabila anak-anak anda memerlukannya wang yang paling banyak. Contohnya, anak-anak anda perlukan wang untuk mendapat pendidikan tinggi mereka. Jadi, pembeli insurans perlu mempertimbangkan semua faktor yang ada untuk menentukan berapa banyak perlindungan insurans yang mencukupi untuk mereka buat masa depan juga.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *