Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Perbaharui Cukai Jalan Online di Myeg

Memperbaharui Cukai Tanah(Renew Roadtax) Tanpa Geran Asal

Sebelum memperkenalkan cara, saya ingin berkongsi bersama anda satu ilmu baru hari ini dengan anda semua iaitu cara nak perbaharui cukai jalan tanpa perlu ada geran kereta asal pun.

Kebiasaannya tiap-tiap hari saya pergi ke pejabat pos untuk membuat pos dengan Pos Laju bagi barangan pelanggan yang order produk dari saya.

Masa tengah bungkus barang, tiba-tiba saya terdengar bunyi ‘ting…..’, dimana bunyi ini merupakan bunyi Whatsapp dari kakak saya muncul. dia minta saya tolong dia renew roadtax client dia di pejabat pos. saya cakap OK, boleh je sebab memang saya nak pergi pejabat pos pun.

Biasanya kalau hantar barang, tak perlu beratur dan ambil number giliran pun. tapi sebab saya ada urusan nak renew roadtax ni, saya terpaksa ambil number giliran jugak dan saya pun tunggu angka giliran di panggil.

Hampir sejam saya menunggu. Nasib baik saya bawa smartphone dan saya boleh reply Whatsapp customers yang nak beli produk dan buat kerja-kerja bisnes online saya. Dengan tu saya tak rasa lama sangat lah sebab saya ‘khusyuk’ main handphone.

Masa tunggu giliran di panggil, saya sempat baca polisi Takaful client kakak saya ni. Satu fakta menarik yang kita harus tahu adalah kereta bukan asset tetapi ia adalah liability. Cuba tengok dalam gambar tu, harga kereta client ni jika di nilai lepas 5 tahun dari masa pembelian, sekarang cuma bernilai RM29,600 sahaja.

car depreciation

Kereta client ni beli pada tahun 2008 dan jenama kereta Proton GEN 2. Cuba bandingkan harga kereta pada mula-mula di beli, ianya lebih mahal berbanding nilai sekarang. Maksudnya, nilai kereta semakin susut dari tahun ke tahun. Itulah definisi liabiliti sebenarnya.

Kalau rumah, boleh kata rumah adalah asset sebab nilai rumah semakin naik dari tahun ke tahun dan itulah definisi asset. Tetapi, menurut robert t.kiyosaki rumah boleh jadi ‘liabiliti’ dalam sesetengah kes.

Ilmu ni dalam sikit. saya tak berminat nak kongsikan secara details kat sini, takut penulisan ini tak ‘kena’ dengan tajuk asal.

Akhirnya Giliran Saya

Nombor giliran saya di panggil oleh abang kaunter menggunakan suara semulajadi. Maklumlah, pejabat pos di kampung kan. hihi. Saya segera mengangkat kaki menuju ke kaunter dengan gembira sebab penantian selama 1 jam sudah berakhir.

Namun kegembiraan saya terhenti di situ selepas saya di maklumkan bahawa kalau nak renew roadtax di pejabat pos, kita mesti bawa geran asal kereta dan polisi Takaful kereta kita.

‘Aduhhhh!!!!!’

Jiwa saya merintih hampa sebab 1 jam saya menunggu di situ, seolah-olah tidak berbaloi. Saya terus melangkah keluar meninggalkan pejabat pos dan memecut laju meninggalkan pejabat pos.

Lepas tu saya Whatsapp kakak untuk mendapatkan geran asal clientnya itu dan dia menyuruh saya untuk pergi ke Myeg tepi pasarayaku di besut untuk mendapatkan geran asal dan kita perlu bayar RM15 untuk mendapatkan geran itu.

Perghhhh. Lecehnyaaa. Mahalnyaaaa. Saya pun tanya dia, tak boleh buat online ke? Sebab kan semua benda sekarang ni buat secara online pun boleh. Order pelanggan pun boleh buat secara online. hihihi

then, dia cakap ‘BOLEH’

Haiyaaa. Awat tak habaq awal-awal. hihi. Saya pun tolong dia buatkan di online system Myeg. Senang jer. 10 minit pun dah boleh siap. Tapi kena daftar dulu la.

Ok, seterusnya, saya akan tunjukkan cara-cara nak guna system Myeg ini bagi newbie.

Pengajaran langkah-langkah macam mana untuk membuat bayaran cukai jalan(road tax) secara online di Myeg bukan susah sangat. Sekarang di sini saya akan berkongsi dengan anda caranya. Satu benda yang kita perlu tahu adalah langkah-langkah ini sangat mudah dan tidak memerlukan geran asal.

Memperbaharui cukai tanah secara online bukan saja jimat masa, tetapi juga jimat tenaga dan semuanya. Kalau beratur di pejabat pos, bazir masa sahaja tunggu 1 jam dan di sebabkan peristiwa itu lah saya terpanggil nak kongsi di sini untuk elak perkara yang sama berlaku pada anda.

Kalau kita ada internet, kenapa kita tidak mahu guna cara yang lebih senang kan? Paling tidak kita kurangkan angka giliran beratur di pejabat pos. Bagilah peluang mereka yang tiada internet di rumah untuk bayar cukai jalan guna cara tu.

Permulaan

1) Pergi ke website rasmi myeg. jika belum daftar, click sini. jika sudah pernah daftar, boleh terus login di sini.

2) Maka anda akan di bawa ke page seperti di bawah.

Myeg mainpage

Myeg mainpage

Nak bayar saman kereta pun boleh, nak check saman JPJ pun boleh, nak bayar bil elektrik pun boleh, bayar bil TM pun boleh, bayar zakat pun boleh dan semua ini hanya secara ONLINE!!! Kena cap lock supaya nampak ayat penegasan. hihi.

Rugi sangat kalau kita ada smartphone dengan internet tetapi tidak memanfaatkan untuk benda-benda begini.

3) Jika nak bayar cukai jalan, sila click kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Gambar seperti di bawah ini akan muncul.

JPJ

Lepas tu click ‘Road Tax Renewal’ kalau nak perbaharui cukai jalan. Tetapi sebelum renew roadtax, kena check saman kereta dulu. Kalau ada saman, kena bayar saman dulu sebab kalau ada saman, roadtax tak boleh di renew.

Kalau tiada saman. next, kita kena pastikan insuran/takaful kereta kita tu masih lagi ‘valid’ atau masih lagi ‘hidup’. Boleh contact agen takaful etiqa Maybank cik namaziah (WhatsApp +6019 495 1081) untuk tanya berkenaan insurans/takaful. saya tak pasti.

Tetapi rasanya kalau anda renew roadtax untuk 1 tahun, kena pastikan insurans tu masih ‘hidup’ sehingga tamat roadtax anda selepas 1 tahun tu. hihi. Faham tak? Kalau tak faham boleh tanya yang pakar iaitu agen tu untuk kepastian.

4) Lepas click roadtax renewal, page seperti di bawah akan muncul kan?

myeg content

Senang jer. Yang paling penting vehicle registration number, nama owner, IC owner, handphone owner dan email owner. Isi benda ni 5 minit dah siap. hihi.

Lepas tu dekat renewal period, kita kena pilih samada nak perbaharui roadtax ni selama 6 bulan atau 1 tahun. Biasanya, 1 tahun la kan.

Lepas tu dekat delivery information kita boleh pilih samada nak pihak myeg poskan direct ke rumah kita atau kita pergi collect sendiri. Kalau nak mereka poskan, nanti kena bayar RM8 harga pos dan di jangka 2-3 hari waktu bekerja roadtax sampai di depan pintu rumah/office kita.

Masa roadtax sampai di rumah nanti, pihak myeg sendiri akan pergi ke rumah dan akan minta cap jari owner (biometrik) untuk mengesahkan bahawa anda adalah owner yang sebenar.

Kalau owner tiada di rumah, salinan IC orang yang tukang ambil roadtax tu akan di ambil. kalau ada kes-kes tidak di ingini terjadi, senang nak check.

Lepas dah siap isi semua, tekan ‘proceed’ lepas tu tekan ‘confirm and pay’.

5) Bayar boleh guna debit card/credit card. Nak bayar guna online banking pun boleh bah.

6) Lepas setel bayar, maka siaplah roadtax anda. Gambar di bawah ini menunjukkan contoh resit selepas anda selesai buat pembayaran.

myeg resit

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh