Tentang Orang Tengah

Kali ni kita nak bercerita tentang orang tengah, ramai orang tahu apa maksud orang tengah, kan?

Maksud Orang Tengah

Orang tengah ni boleh dikatakan sebagai ejen, bukan lah ejen seperti James Bond, tapi lebih kepada ejen yang mengambil upah untuk melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawap. Ia boleh dikategorikan sebagai seseorang yang mengatur urusan perniagaan atau politik antara orang lain.

Dalam perniagaan, Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang membeli barang dari pengeluar dan menjualnya kepada peruncit atau pengguna.

orang tengah

Jadi bila pula masanya terdapat ejen–ejen seperti ini? Dalam konteks harian.. pergh.. bahasa.. kegunaan ejen di negara kita menyeluruh dalam segenap aspek, terutama dalam bidang yang melibatkan penguatkuasaan dan perkhidmatan awam.

Ejen

Ejen ini melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh orang yang memerlukan perkhidmatan beliau, contoh-contoh urusan yang dilaksanakan oleh ejen–ejen ialah menguruskan pemeriksaan di puspakom, menguruskan hal di pejabat jabatan pengangkutan jalan, mungkin ada di imigresen, kastam dan pejabat tanah secara umumnya.

Adakalanya seseorang yang memerlukan perkhidmatan orang tengah ini adalah orang yang kesuntukan masa dan tidak sempat untuk menjalankan urusan apabila sampai masanya. Jadi ia memudahkan sesetengah orang yang memerlukan perkhidmatan orang tengah. Tetapi ada juga sesetengah orang tengah ini yang akan mengambil kesempatan di atas urusan perkhidmatan mereka.

Contoh yang pernah berlaku, seorang sahabat yang kehilangan geran motor telah cuba meminta bantuan daripada orang tengah atau ejen ini dan dia telah dikenakan caj sebanyak RM350.00. Jadi amatlah tak berbaloi, sekiranya sahabat ini tadi membuat segala urusan daripada geran hilang sehinggalah untuk menghidupkan ‘roadtax’ mungkin kesemuaan pembelanjaan yang diambil tidak sampai RM 150.00.

Kenapa ini berlaku?

Pertama kebanyakan orang kita suka mengambil jalan mudah, segala urusan diserahkan bulat–bulat kepada orang tengah sahaja. Kenapa boleh jadi begini? Sebabnya mereka ditawarkan dengan janji–janji seperti “aiya.. gerenti lulus”.. dan disebabkan itu jalan singkat diambil supaya semua perkara gerenti lulus. Tanpa memperdulikan sebarang kos.

Apa yang ditakutkan dalam urusan orang tengah ini adalah merebaknya gejala rasuah, mungkin ada sesetengah pihak yang memandang enteng tetapi orang tengah juga memainkan peranan yang penting dalam gejala tidak sihat ini,

Jadi kerjasama dari semua pihak amat diperlukan dalam menangani gejala rasuah ini. Contohnya dalam hal keselamatan kenderaan, sekiranya terdapat gejala ini bukankah kenderaan yang tidak selamat berada dijalan raya akan diluluskan apabila orang tengah cuba mempengaruhi keputusan dan demikian terjadilah kemalangan–kemalangan di jalan raya.

Oleh itu individu itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam hal ini, mengetahui keadaan sebenar seperti mengatakan ” oooo.. yang ni tak betul , tak boleh.. gagal ni”.. membuat sesuatu mengikut piawaian..

Jadi perkara–perkara ini akan menjadi mudah. Dan orang yang menjalankan sesuatu urusan itu mesti membuang tanggapan dan persepsi.. ” aku kena test hari ni, kalau tak bayar mesti gagal”, buangkan persepsi tersebut kerana ianya mengarut.. Tanamkan semangat sayang pada negara.. kalau ada cubaan rasuah laporkan kepada SPRM supaya tindakan dapat diambil.

Bukan tak bagi guna orang tengah tapi elakan.. semua orang ada hak mencari rezeki, tapi biarlah dengan cara yang halal.

Elakkan Orang Tenngah Untuk Cari Sumber Produk

Semua barang pun boleh menjadi perniagaan pada masa kini termasuk penipuan. Ia adalah amat penting jika anda memulakan perniagaan runcit atau menjual produk di dalam internet. Anda perlu berhati-hati supaya tidak akan menjadi mangsa atas penipuan dan orang tengah yang membuat penipuan itu mendapat keuntungan atas kesilapan anda.

Untuk mendapat sumber produk yang cekap dan mendapat keuntungan yang lebih tinggi, anda mesti tahu siapa pembekal yang anda beli barang daripadanya, dan anda mesti memastikan bahawa ia adalah sumber yang sah, sama ada dia seorang pengedar pemborong, atau drop shipper.

Jika mereka tidak diperakui oleh pengilang, mereka biasanya bukan pemborong yang sah. Terdapat banyak orang yang akan menyamar sebagai pemborong yang sebenar dan menjual produk kepada anda dengan harga yang tinggi. Ini bermakna mereka mengambil kesempatan di antara pemborong and peruncit untuk mengaut keuntungan.

Mereka membeli dari pemborong yang sebenar, dan kemudian mereka tuntut mereka adalah pemborong, dan menjual barang kepada anda. Mereka akan caj anda dengan harga yang lebih tinggi atau mereka akan mengenakan yuran/caj bulanan supaya anda layak mendapat barang dengan mereka.

Macam Mana Elakkan?

Harus difahami sepenuhnya jika anda tidak mahu ditipu oleh orang tengah seperti ini, anda harus pastikan anda tidak membayar yuran keahlian, dan anda mendaftarkan perniagaan anda dengan kerajaan negeri setempat anda.

Pembekal kilang sebenar yang bertauliah akan bekerjasama dengan anda, tetapi anda mesti mendaftarkan perniagaan anda. Ini biasanya boleh dilakukan dalam masa 10-15 minit dengan isi borang aplikasi dalam talian di laman web bahagian pendapatan negeri anda.

Terdapat beberapa tanda amaran bahawa anda bekerja dengan orang tengah yang palsu. Untuk mengelakkan penipuan berlaku, anda perlu mengetahui bahawa pemborong sebenar tidak akan melakukan perkara seperti berikut:

  1. Jika mereka caj anda untuk bayaran keahlian, maka mereka bukan pemborong sebenar.
  2. Jika mereka membuat tuntutan potensi atas pendapatan, mereka bukan pemborong sebenar.
  3. Jika mereka tidak meminta nombor cukai perniagaan anda, maka mereka pasti bukan pemborong sebenar.
  4. Jika mereka menjamin kejayaan anda, mereka biasanya bukan pemborong sebenar.

3 Comments on “Tentang Orang Tengah”

  1. orang tengah memainkan peranan yang sangat penting…., tapi kebanyakan orang tengah dalam business.. contonya supplier, banyak bangsa lain conquer dalam perniagaan, runcit.. 90% semua cina.. sakitnya..

  2. ye betul. Dalam bidang perniagaan pun terdapatnya orang tengah ni.. seperti masalah gula sekarang.. kedai saya ni pun tak dapat stok.. hehehe.. memang sakit.. ada mahal pulak..

  3. Kengkadang leceh sebab kita takder network seperti mereka. Cth geran hilang, kita perlu bawa motor ke balai buat report, pastu gi puspakom cek casis dan enjin, pastu gi JPJ keluarkan geran semula. Pastu gi kluarkan insuran, pastu barulah roadtax. Lecehkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *