10 Kecenderungan Untuk Menipu Pasangan

Tipu, satu perkataan mudah yang hampir difahami maksud dan pengertiannya dengan jelas oleh bukan sahaja kanak-kanak yang baru pandai bercakap malahan golongan warga emas. Tipu ditakrifkan oleh Pusat Persuratan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh dan muslihat.

mangsa tipu
mangsa tipu

Selain perkataan tipu, perkataan-perkataan lain yang sinonim dan membawa pengertian dan maksud yang sama adalah muslihat, helah, tipu muslihat, tipu daya, tipu helah, tipu belit, perdaya, bohong, temberang, dusta, akal, auta, olok-olok, lebun, tokoh, kecoh, kecong, kecek, kelong, kacung, kicau, kicu, tangguk, cong, kelentong, borak, bongak, kidab, lolok, lontak, dengkul, kizib dan merakah.

Siapa yang tidak pernah menipu sepanjang hidupnya? satu soalan yang hanya tuan punya badan sahaja mampu menjawabnya. Kali ini nak kongsikan artikel menarik mengenai 10 tanda awal kecenderungan untuk menipu. Tapi bukan pasal menipu duit atau sebaginya, sebaliknya tipu pasangan masing-masing di antara suami dan isteri.

10 tanda kecenderungan untuk menipu dalam perhubungan hasil dari kompilasi kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak adalah:

1. Jika anda seorang lelaki, anda 7% lebih cenderung untuk menipu dan tidak setia kepada pasangan berbanding jika anda wanita

Perbezaan gender ini berlaku disebabkan lelaki biasanya masih berkeinginan untuk menjalinkan hubungan walaupun sudah berumur 50 tahun sedangkan wanita biasanya sudah tidak minat lagi apabila memasuki umur 40 tahun.

Sumber: Bruce Elmslie and Edinaldo, Tebaldi (2008). So, what did you do last night? The economics of infidelity. Kyklos, 61 (3), 391-410.

2. Jika kita tinggal di bandar besar, kita mempunyai 39% kecenderungan untuk mempunyai hubungan sulit berbanding jika kita tinggal di luar bandar

Corak hidup di bandar yang sentiasa sibuk dengan hal masing-masing dan lebih sukakan ‘anonymity’ memberikan lebih banyak peluang untuk melakukan hubungan sulit, tambahan pula cara berpakaian masyarakat bandar yang sentiasa up to date turut memberikan peransang tersendiri.

Sumber: Judith Treas and Giesen, Deirdre. Sexual infidelity among married and cohabiting Americans (2000). Journal of Marriage and the Family, 62 (1), 48-60.

3. Jika kita berpendapatan tinggi dan melebihi keperluan, kecenderungan untuk mempunyai hubungan sulit adalah sebanyak 150% berbanding jika kita hanya memperolehi pendapatan cukup-cukup makan sahaja.

Pendapatan yang banyak dan melebihi keperluan harian dan bulanan menyebabkan kita mempunyai banyak peluang untuk menghabiskan pendapatan tersebut untuk pihak ketiga.

Sumber: David Atkins and Baucom, Donald (2001): Understanding infidelity: correlates in a national random sample, Journal of Family Psychology, 15 (4), 735-749.

4. Sekiranya seorang suami hanya meluangkan 10% daripada masanya dengan si isteri, si isteri mempunyai 10% kecenderungan untuk menipu suaminya.

Seseorang menipu buka semata-mata disebabkan seks semata-mata, tetapi disebabkan mereka kesunyian dan perlu mencari seseorang untuk menghilangkan kesunyian terebut.

Sumber: Baker, Robin. Sperm Wars: Infidelity, Sexual Conflict, and Other Bedroom Battles. New York: Thunder’s Mouth Press, 2006, p. 48.

5. Sekiranya seseorang berfikir tentang seks setiap hari, individu tersebut mempunyai 22% kecenderungan untuk mengadakan hubungan sulit berbanding individu yang hanya befikir tentang seks beberapa kali sahaja seminggu.

Selalu memikirkan tentang seks akan menyebabkan seseorang individu mempunyai fantasi seks yang tinggi dan cuba mencari alternatif untuk melampiaskan fantasi tersebut.

Sumber: Judith Treas and Giesen, Dierdre (2000): Sexual infidelity among married and cohabiting Americans. Journal of Marriage and the Family, 62 (1), 48-60.

6. Sekiranya seseorang tidak pernah terdedah dengan pendidikan agama, individu tersebut mempunyai 250% kecenderungan untuk mempunyai hubungan sulit berbanding individu yang menghadiri kelas agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Individu yang terdedah dengan didikan agama mempunyai kesedaran yang lebih mengenai kesan dan akibat  dari perbuatan curang berbanding mereka yang tidak pernah dididik dengan ajaran agama.

Sumber: David Atkins and Baucom, Donald (2001): Understanding infidelity: correlates in a national random sample, Journal of Family Psychology, 15 (4), 735-749.

7. sekiranya kita mempunyai ijazah lanjutan, kita mempunyai 175% kecenderungan untuk mempunyai hubungan sulit berbanding mereka yang berpendidikan rendah.

Penemuan ini adalah korelasi dan berkaitan dengan peningkatan pendapatan hasil dari pendidikan tinggi yeng boleh menyumbang kepada keinginan untuk mempunyai hubungan sulit, dan mereka yang berpendidikan tinggi juga mempunyai pelbagai cara dan taktik sekiranya mahu mempunyai pasangan luar.

Sumber: David Atkins and Baucom, Donald (2001): Understanding infidelity: correlates in a national random sample, Journal of Family Psychology, 15 (4), 735-749.

8. Sekiranya seseorang lelaki itu tidak bahagia, dia mempunyai 13% kecenderungan ke arah menipu pasangannya berbanding lelaki yang bahagia.

Kebahagiaan dalam suasana rumahtangga memberikan impak dan kesan kepada seseorang lelaki yang mana seterusnya membuka ruang kepadanya untuk menjalinkan hubungan luar.

Sumber : Bruce Elmslie and Edinaldo, Tebaldi (2008). So, what did you do last night? The economics of infidelity. Kyklos, 61 (3), 391-410.

9. Sekiranya anda sudah biasa dengan pornografi dalam talian, anda mempunyai 300% kecenderungan untuk mempunyai hubungan sulit berbanding dengan mereka yang tidak pernah terdedah dengan pornografi.

Seks dan pornografi dalam talian memberikan ransangan yang kuat dan tidak terkawal kepada mereka yang selalu melihatnya. Menyebabkan individu terlibat mencari jalan bagaimana untuk melepaskan ransangan tersebut.

Sumber: Dollahite, D. C., & Lambert, N. M. (2006). Forsaking all others: Marital fidelity in religious couples. Paper presented at the National Council on Family Relations annual conference.

10. Sekiranya kita merasa seronok meluangkan masa bersama saudara-mara pasangan kita, kita memiliki 24% ketidakcenderungan untuk mempunyai hubungan sulit berbanding mereka yang tidak seronok bergaul dengan saudara mara pasangan masing-masing.

Pergaulan mesra dengan saudara mara pasangan masing-masing menunjukkan kesukaan seseorang individu terhadap pasangannya dan perkahwinannya. Keengganan untuk bercampur gaul dengan saudara mara menunjukkan ketidakselesaan seseorang terhadap perkahwinannya.

Sumber: Dollahite, D. C., & Lambert, N. M. (2006). Forsaking all others: Marital fidelity in religious couples. Paper presented at the National Council on Family Relations annual conference.

Tanda-tanda kecenderungan tersebut adalah berdasarkan kajian dari pelbagai sumber seperti yang tercatat dan dibuat berdasarkan perspektif barat. Juga telah di ubahsuai mengikut kefahaman sendiri. Semoga janganlah merebak kes ‘tipah tertipu’ dalam hubungan rumahtangga.

‘Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat’ – Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Artikel asal dari 15 Signs You’ll Cheat di www.comcast.net

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *