Cara Memutihkan Ketiak dan Menghilangkan Bau Badan

Hari ini saya akan berkongsi bersama semua orang tentang petua untuk memutihkan ketiak(Ada orang yang panggil ketek). Jangan gelak, saya tahu ramai ‘mereka-mereka’ yang di luar sana tu yang mengalami masalah ini kecuali termasuklah saya.

Dan sudah tentulah saya juga tahu, pertanyaan pertama yang sering bermain di kepala ramai orang pada saat berdepan dengan masalah ketiak hitam ialah “kenapa agaknya ketiak saya menjadi hitam?”. Betulkah cakap saya ni tuan-tuan dan puan-puan?

cara menghilangkan bau ketiak
cara menghilangkan bau ketiak

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Ketiak Berubah Jadi Hitam

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketiak kita berubah menjadi hitam. Antaranya ialah disebabkan genetik, perubahan hormon, umur, bercukur berlebihan, menggunakan deodoran berkualiti rendah, dan juga faktor kehamilan.

Malah ketiak juga boleh menjadi hitam jika selalu berpeluh dan peluh yang keluar di ketiak itu tidak dikeringkan sepenuhnya dalam lipatan kulit ketiak. Dalam keadaan yang basah, ketiak seterusnya akan mewujudkan asid urik yang merupakan salah satu punca utama menyebabkan kulit ketiak jadi gelap.

Tak mahu cakap banyak, apa kata kita layan petua dan tips memutihkan ketiak dan cara mengatasi bau ketiak di bawah sampai lebam.

1. Hentikan penggunaan krim/ubat/agen penanggal bulu ketiak

Apa yang kita tidak tahu, barangan yang disebutkan ini kebanyakannya mempunyai peratusan asid dan campuran bahan-bahan kimia yang amat kuat untuk menanggalkan bulu, tapi dalam masa yang sama barangan itu boleh membuat kulit ketiak anda bertambah gelap.

Jadi lebih baik anda hentikan untuk pakai barangan ini. Jika nak pakai, boleh pergi cari krim yang seratus peratus diperbuat daripada bahan organik tanpa sebarangan campuran bahan kimia.

2. Jangan mencukur ketiak secara berlebihan

Ya, bercukur bukan sahaja menyebabkan folikel rambut menjadi semakin besar, bahkan terlalu banyak bercukur juga akan membuat ketiak anda menjadi semakin gelap dan menggerutu.

Ini kerana semasa bercukur, lapisan kulit yang berada di kawasan yang paling atas juga akan turut tertanggal bersama dengan bulu ketiak. Jadi bila lapisan baru yang menggantikan lapisan yang tertanggal itu terdedah kepada peluh, ketiak anda tu akan dengan mudahnya menghitamkan diri.

Rileks…

Saya tahu bulu ketiak memang agak taboo bagi seorang perempuan. Tapi sekiranya anda memang sudah rasa letih dengan masalah bulu ketiak anda, tak kiralah apa jua alasannya, mengapa tidak cuba pelicin ketiak atau pakai laser penyingkir bulu dan bukannya bercukur?

3. Pakai pakaian yang longgar

Untuk maklumat anda, pakaian yang ketat akan menyebabkan geseran pada kulit ketiak seterusnya menyebabkan ketiak menjadi semakin gelap. Jadi adalah baik untuk anda pakai baju yang longgar sikit terutamanya pada waktu malam. Boleh saja anda pakai baju tidur yang longgar.

Bukan saja ia boleh melindungi dan mengelakkan ketiak dari jadi hitam, baju tidur yang longgar juga boleh jadikan anda rasa selesa dan senang untuk masuk tidur.

4. Basuh ketiak anda secara berkala

Okey seriously saya tahu, bukan semua orang rajin bila menyentuh bab kecantikan, tetapi jangan jadikan kesibukan sebagai salah satu alasan untuk anda tak membasuh ketiak dengan kerap. Kerana untuk pengetahuan, badan manusia sebenarnya agen pengumpul minyak dan kotoran yang paling efektif.

Sekiranya ketiak anda terdedah terlalu lama dengan kotoran-kotoran ini, ianya hanya akan membuatkan ketiak anda bertambah hitam. Kalau boleh basuhlah ketiak selalu dengan sabun dan bilas dengan air suam.

ketiak dengan tisu

5. Apa kata anda cuba petua tradisional memutihkan ketiak hitam di bawah?

Memula campurkan satu sudu jus limau (digalakkan menggunakan lemon kerana kaya dengan vitamin c), serbuk susu (optional, kalau tak nak bubuh pun boleh), dan satu sudu madu ke dalam bekas, lepas tu kacau sehingga sebati dan letakkannya pada kulit ketiak yang hitam (diletakkan selepas mandi).

Biarkan selama 15-30 minit macam tu, dan lepas tu bilas dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Ulangi setiap hari dan lihat kesannya selepas beberapa minggu, kulit ketiak anda akan menjadi lebih putih.

6. Tak ada lemon? Gantikannya dengan kapur sireh dan sebiji limau nipis

Memula campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati. Lepas tu sapukan campuran tadi pada ketiak yang hitam dan biarkannya dalam 15-30 minit, lepas tu bersihkannya dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Tada… kulit nyata lebih putih dan kurang berbau.

7. Siapa kata dapur anda hanya sekadar tempat memasak?

Sebenarnya anda boleh memanipulasikannya untuk kecantikan. Begini, memula ambil cuka putih dan baking soda dalam kabinet dapur. Then kacau kedua-dua ramuan tu sehingga sebati. Dan akhirnya letak pada ketiak anda 2 kali sehari.

ketiak putih

8. Sapu jus atasnya

Selain itu, anda juga boleh menyapu jus calamansi, hirisan kasturi atau lemon pada ketiak anda selepas mandi sebagai alternatif lain memutihkan ketiak yang hitam. Tapi sebelum tu saya nak peringatkan supaya gunakan jus yang asli tau! Kalau just perisa atau minuman berkarbonat, baik takyah bubuh.

Artikel berkaitan:
Cara Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-Pecah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *