Cara Untuk Mengenali Durian Musang King

Adakah anda suka makan durian? Apa jenama durian yang anda paling suka? Bagi keramaian orang, mesti mereka katakan musang king. Memang musang king sekarang memang hangat meletup. Macam cuma musang king saja adalah durian yang boleh makan, jenama lain jarang nak pedulikan.

Ciri-ciri Tentang Musang King

Tetapi adakah anda tahu ciri-ciri jenama ini? Macam mana boleh anda camkan durian yang anda nak beli adalah benar-benar During Musang King.

Untuk pengetahuan anda, saya ingin berkongsi bersama anda cara untuk kenali durian itu supaya anda tidak kena tipu oleh penjual durian yang tidak jujur yang suka-suka cakapkan apa macam durian pun jenama musang king. Nanti bayar mahal dan ambil balik rumah makan baru tahu bukan sedap sangat, maka sudah rugilah duit yang bayar untuk jenama palsu.

Jadi, jika tidak ingin kena tipu, kena kita belajar untuk asingkan durian musang king dengan durian lain supaya kita boleh beli durian yang benar dengan harga yang berpatutan. Masa kini memang ada banyak penjual durian yang tidak jujur dan ada banyak kes yang terjadi di mana ada orang yang beli durian yang sebenarnya bukan musang king atau beli musang king dengan harga yang terlampau mahal.

Dulu saya pun tidak tahu macam mana untuk pilih durian dan juga tidak dapat berbezakan semua durian. Mata lihat macam semua pun sama saja. Satu kali apabila pergi pilih durian, sempat bagi saya untuk bertanya taukeh durian itu macam mana untuk mengenali sama ada buah durian yang saya beli itu merupakan jenama musang king atau tidak.

Tiga Ciri Untuk Membezakannya Dengan Durian Lain

Taukeh itu baik orangnya dan dia terus ajar saya cara untuk kenalnya. Kata taukeh itu, Terdapat 3 ciri yang mudah yang boleh kita lihat dari buah durian itu.

  1. Ciri pertama adalah tangkatnya sengaja diikat bersama dengan daun durian.
  2. Ciri kedua adalah tapak durian itu adalah seperti tapak Sulaiman yang boleh dinampak pada pangkal buah (Mr. Patrick Spongebob). Dan dekat hujung tu tak ada duri.
  3. Ciri ketiga ialah pangkal buah durian musang king mempunyai bentuk bintang besar dan jelas. Ini merupakan ciri yang menjadi petanda kepada pangsa buah durian itu.

Jadi bukan susah sangat untuk kenalkan durian itu rasanya.

ciri durian musang king

Bandingan Harga Durian

Sebelum cerita pasal rasa durian musang king macam mana ada baiknya saya tulis dulu berkenaan harga sekilo durian musang king. Zaman memang berubah, buat masa kini. Zaman saya membesar hanya makan durian yang tuan tanah punya (ya rumah kami didirikan atas ikhsan tanah sepupu sebelah arwah Abah). Waktu tu pun dah syukur sangat dapat makan durian percuma. Kalau ada beli pun pada masa dahulu dengan bayar RM5 sudah boleh dapat beli 5-6 biji.

Fast forward to 2012, durian sekarang sudah tidak boleh didapat dengan percuma. Semuanya kena beli kalau nak makan. Dan harganya juga bukan calang-calang murah. Jika ada wang RM10 mungkin boleh dapat 2 bijik durian kampung yang elok, kalau nasib baik boleh dapat beli 3 biji tetapi biasa saiznya akan jadi kecil juga.

Itu baru cerita pasal durian kampung. Kalau mengikut gred maka lain cerita pula. Udang Merah, D24, XO, 101, M1 adalah antara durian yang biasanya dijual dengan harga yang lebih mahal.

Sejak 2-3 tahun lepas, durian musang king sudah mendapat liputan yang meluas tentang keenakkan dan kesempurnaan rasa duriannya. Ini termasuk satu slot khas yang di tampilkan di dalam Majalah tiga. Memang tahap viral musang king ni 2 tahun lepas macam viral durian crepe sekarang.

Terasa nak cuba, dan masuk list 10 perkara yang perlu saya lakukan sebelum kematian sebab harganya sungguh mahal. Haha, orang lain pun 10 things to do before i die mesti gempak macam bungee jump dekat New Zealand atau watching Roland Garros final live. Bergurau saja di sini ya, jangan serius sangat.

Jadi, satu hari bila balik dari Cherating, saya singgah di Bentong di tepi higway untuk mencuba keenakan yang membuatkan ianya begitu famous dengan harga yang semakin mahal.

Harga Durian Musang King

Biasanya durian yang ada nama termasuk musang king akan dijual mengikut berat dalam kilogram. Yang saya beli ini harganya adalah RM20 untuk sekilo. Ia ditimbang dengan sebiji sebiji, jadi dari sekilo itu rasanya 70% adalah kulit dan biji. cuma 30% yang merupakan durian yang boleh dimakan.

Jadi harga durian yang sebenar kita makan adalah RM20/30%, jadi adalah RM66.70. Durian yang saya beli seberat 1.9kg, jadi harga yang saya bayar adalah RM38, cuba nak kurang RM1 pun tak dapat di layan. Harganya juga seragam sahaja jika anda bertanya dengan beberapa gerai menjual durian di sekitar dan bandar KL.

Rasanya boleh dapat lebih murah lagi kalau pergi ke dusun dan masuk ke kawasan dalam sikit. Demand dan supply juga main peranan yang penting sebab ada masa bila pengeluaran terlalu banyak tetapi permintaan kurang, harga boleh turun sampai ke RM15 sekilo. Pada masa itu memang berbaloi untuk beli durian jenama ini dengan banyak dan boleh makan dengan sepenuh hati.

Rasa

Durian ini memang masak sekata (tak macam sesetengah durian cuma sesetengah bahagian /pangsa yang masak) dan rasanya juga konsisten disetiap ulas utk sebiji durian ini. Tentulah rasanya nya sedap, isinya kuning. Teksturnya gebu dan menawan.

Apapun saya harus bercerita jujur, biarpun ia berada dalam kategori sedap, namun ia tak menepati tanggapan saya. Tanggapan saya ialah rasa sedap durian ini adalah sesuatu yang ‘concentrated’, rasa durian yang lemak manis danĀ  pekat, tapi itu tidak berlaku pada durian musang king yang saya rasakan.

isi durian

Jadi durian itu bukan seperti apa yang saya jangkakan. Kadang-kadang terdapat durian kampung di mana kalau nasib anda adalah baik, anda mungkin boleh dapat durian yang hampir menyamai rasa musang king ini tetapi dengan harga yang lebih murah.

Jadi selepas rasa durian musang king itu, komen saya adalah sedap memanglah sedap dan berkualiti tinggi, masakĀ  elok saja. Tetapi adakah ia berbaloi atau tidak dengan harga sekilo RM20 bagi saya sudah tentu tidak. Saya rasa mungkin RM10 boleh terimalah.

Walaupun harganya mahal dan orang kata sedap gila, tapi bagi ramai orang juga musang king memang bukan pilihan pertama bagi mereka kalau mereka pergi membeli durian.

Ada orang yang tak suka musang king bukan sebab oleh harganya tetapi mereka tidak suka rasanya yang terdapat sedikit pahit. Jadi ini tidak kena dengan tekak mereka.

Baca juga: Balik kampung dan santai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *