Bahagia akan datang dengan sendiri bila hati kita bersama Sang pencipta. Semua manusia pasti mahukan kebahagian dalam kehidupan mereka. Jika terdapat sesiapa yang kata dia tidak mahu bahagia, memang dia gila. Mana ada mungkin seseorang jadi manusia, tetapi tidak mahu hidup yang bahagia. Tetapi, ramai orang yang bertanya macam mana nak bahagia? Mudah saja, ingat siapa kita dan dari mana asal kita.
Sebagai manusia, kita cuma hamba Allah dan tidak memiliki apa-apa pun dalam dunia ini. Mungkin harta kita banyak, mungkin kita punya kereta besar, mungkin kita duduk dalam rumah yang besar. Mungkin juga kita blogger yang berjaya. Tanya saja tentang blog, ah itu makanan ruji katanya. Contohnya blogger yang saya akui dia kacak, Titan (bodek ni sebab setiap hari dia dapat duit. wahahaha!!!) Tapi kalau tidak bahagia, apa gunanya?
Ah, kita boleh miliki itu ini dalam dunia. harta, ilmu, darjat malah kuasa. Tapi, sebenarnya itu semua milik Allah. Kalau kita bangga dengan apa yang kita ada, tetapi dalam masa yang sama..kita lupa asal kita dan kemana pengakhiran kita..mana mungkin kita boleh hidup bahagia? Boleh? Tak akan bahagia!
Harta dunia boleh melalaikan kita kalau tidak diatur dengan betul. Lagi banyak kelebihan Allah amanahkan pada kita, lagi besar tanggungjawab kita sebenarnya. Kalau hari ini kita lalai dari sujud di atas sejadah, Allah tetap bagi nikmat kelebihan tersebut tapi tidak nikmat bahagia. Allah beri nikmat kelebihan-kelebihan yang lain tu bukan apa, cuma nak bagi kita senang senang dan senang dan bergembiran sementara sahaja.
Sampai masa, Allah akan tarik sekaligus semua nikmat harta tu. Waktu tu, terduduklah kita!
Betullah cakap ustazah saya dulu, dunia boleh melalaikan manusia. Jadi, jangan tinggal solat dan Al-Quran. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya lambat tersedar daripada tipu daya dunia ni? Rasa nak marah itu ini tapi menyesal tentang perkara lampau tak ada maknanya.
Yang penting, apa yang ada depan mata kita.
Bahagia sedang menanti di hadapan. Sebelum ini saya tak rasa bahagia pun. Saya mempunyai ramai kawan di sekeliling saya, tetapi hati saya tetap rasa kosong. Saya ada duit tapi tak pernah rasa cukup. Saya bernafas setiap hari tapi tak pernah merasa syukur. Saya ada masa terluang tapi tak pernah fikir tentang rahsia Allah. Alah, memang rugi kalau difikir-fikirkan semula!
Senang cerita, berpuluh tahun hidup tetapi sia-sia. Saya percaya kali ini teguran Allah bukan main-main. Kalau saya tak berubah sekarang, mungkin lepas ni Allah “merajuk” tak ketuk-ketuk pintu hati saya dah. Jadi, saya kena buat sesuatu. Kalau lepas ni terbaca entry-entry berunsurkan agama atau nasihat tentang kehidupan dalam blog ni, silalah pasrah je. wakikikiiki!!!
Saya kena berubah. Saya mahu mencari bahagia yang hakiki. Biar trafik blog saya tidak seberapa tapi saya akan rasa tak apa. Janji hati bahagia! hehehehe. Kalau kita mengejar dunia, dunia akan mencaci kita tapi kalau kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Doakan rezeki saya berpanjangan.
Jika apa yang kita impikan kita dapat, maka kita akan rasa bahagia. Sebenarnya kehidupan yang sederhana dan tidak banyak kerenah sana sini akan bawa hidup kita bahagia, tiada hutang, tiada beban dan tiada tekanan.
Kebahagian akan datang juga jika kita hidup dengan mempunyai tujuan. Apakah lagi tujuan manusia dicipta selain untuk beribadat bukan?
Perkara lain dalam hidup yang kita anggap sebagai sesuatu kebahagian adalah sekadar sampingan sahaja. Kita bahagia apabila kita berjaya menyelesaikan tujuan kita dengan sempurna.
Bersama-sama ke arah kehidupan yang lebih bahagia.
Bahagia Kerana Patuhi Disiplin Hidup
Ada orang kata disiplin itu leceh. Buat itu tak boleh dan buat ini pun tak boleh. Tujuan sebenar disiplin ialah membentuk diri supaya teratur dan terurus. Baik penggunaan masa, tenaga dan apa sahaja. Dengan mematuhi disiplin hidup membolehkan kita menarik rasa bahagia ke dalam jiwa.
Setuju atau tidak setuju disiplin adakah tabiat hidup yang sangat hebat.Dengan adanya disiplin yang mantap dan teguh kita boleh berjaya mencapai kejayaan dengan cemerlang. Contoh yang jelas dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari. Saya telah melakukan sejak dari Fasa pertama hingga Fasa Ketiga penuh disiplin.saya sahut dan lakukan cabaran tersebut selama 3 minggu tanpa henti.
Dalam memastikan perjalanan segmen itu terus berlangsung saya terus melakukan secara istiqamah. Saya boleh berhenti bila-bila masa.Tiada siapa yang boleh marah kerana ia adalah program peribadi.
Namun saya tidak boleh berbuat demikian kerana disiplin diri untuk terus kekal pada perancangan asal. Terus sahaja buat biarpun ada bertemu dengan halangan dan kesukaran. Pendek kata terus buat hingga ke penghujung segmen.
Orang yeng berdisiplin telah meletakkan diri dalam situasi berjaya selangkah kehadapan. Mereka layak untuk bahagia dengan tindakan disiplin yang mereka lakukan. Terus berdisiplin menuju kejayaan.
Bahagia Dinikmati Dengan Rasa Sabar
Dengan mengikuti Segmen Sukses 21 hari, masa kini saya sudah berlanjut ke minggu ke-3. Minggu ini saya berniat untuk membuat perkaitan antara bahagia dan Hukum Tarikan.
Satu persoalan yang berat untuk diselongkarkan. Namun demi pembaca saya usaha juga dengan menyelami secara ringkasnya kaitan sabar dengan bahagia. Namun begitu dalam buku-buku agama memang banyak membicarakan soal bahagia dan sabar.
In Shaa Allah saya akan menceritakan topik bahagia dengan perspektif berbeza. Mudah-mudahan cara ini memberi kefahaman yang jelas dan jitu bersandarkan pemikiran secara santai sahaja.
Bahagia menurut saya terlalu subjektif. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi untuk dijelaskan melalui ruangan yang amat terhad ini. Namun pemikiran yang positif dan hati yang sabar akan membawa rasa bahagia kepada seseorang.
Orang yang ada sifat sabar tidak terburu-buru. Mereka tenang dan mengelakkan diri untuk tidak merungut. Lebih lebih lagi pada waktu pagi. Merungut atau keluh resah penyebab rezeki sukar nak masuk. Jadi lebih baik setkan pemikiran untuk rasa bahagia agar rezeki lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Jadi saya sarankan kepada saya sendiri dan pembaca juga untuk memulakan hari dengan perasaan bahagia. Jika ada cabaran dan kesulitan sekalipun yang melanda tandakan dengan sifat sabar. Kasi ingat kepada minda bahawa sabar itu separuh dari iman. Tidak rugi pun bersabar. Untung lagi ada kerana boleh mendatangkan rasa bahagia.
Andai kata pembaca sekarang ini dibelit dengan hutang sekeliling pinggang maka amat disarankan untuk bersabar dalam usaha melangsaikannya. Bagi orang Islam latih diri untuk berjemaah solat Subuh kerana Allah akan muliakan orang menjadi tetamuNya diawal pagi. In shaa Allah akan terbit idea atau cara untuk melangsaikan hutang tersebut. Pokok pangkalnya kuatkan rasa sabar dan akhirnya menerbitkan rasa bahagia.
Begitu juga kalau ada pembaca yang dilamun cinta ketika ini. Letakkan rasa sabar diatas sekali.Sabar untuk tidak ‘dating’ selalu dan sabar menahan rindu apabila berjauhan. Dengan rasa sabar tadi bahagia akan dinikmati biarpun belum lagi bersama. Dah kahwin baru best untuk berdua-duaan.Ingat tu.
Bahagia boleh diperoleh dengan mudah jika tahu caranya. Tidak perlu duit yang banyak. Tidak ada duit pun boleh datangkan rasa bahagia jika anggap ia adalah ujian dari Allah.
Yang penting ada rasa sabar. Sebab ia kunci kepada kebahagiaan hati. Sebesar manapun halangan dan cabaran hidup maka sabar boleh mengatasinya dengan mudah.
Artikel berkaitan:
Tips Agar Disukai dan Disenangi Orang