Bahagian Lelaki yang Perempuan Suka Tengok

Perempuan bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat.. Tapi wujud dengan jumlah yang hampir lebih ramai berbanding lelaki (betul ke saya cakap macam ni?).

Antara beramai-ramai tu, tiada satu pun yang betul-betul sama samada dari segi perangai, kelakuan, mahupun citarasa. Mungkin si Aminah suka yang ni, tapi si Siti pula suka yang tu. Jadi, bagi seorang lelaki untuk jadi idaman bagi semua wanita di dunia ini memang mustahil lah. Justin bieber yang comel tu pun ada ramai gadis yang tidak suka padanya. (comel lah sangat..)

Jadi, mari kita sama-sama mengaji di mana bahagian lelaki yang perempuan suka tengok. Selain daripada wajah yang kacak, kecantikan dalaman juga perlu dipertimbangkan.

korea selebritisumber foto: dramafever

1. Yang menarik dan unik

Antara satu sifat yang menarik akan memukau mata sesiapapun yang memandang. Sebagai contoh, rambut yang kemas atau berfesyen. So, boleh anda mempertimbangkan untuk jadikan diri anda menarik dengan gunting rambut yang trendy buat setiap bulan.

Rajin-rajinlah ikut fesyen semasa dengan banyak rujuk ke majalah-majalah atau laman fesyen terkini. Bagi aku, aku bukan sangat suka dengan fesyen lelaki dalam majalah.

Contohnya, terlalu banyak lelaki yang suka pakai seluar warna hijau terang dalam majalah. Walaupun kelihatan memang cantik dlaam majalah, tapi ia tidak melambangkan kelelakian sangat. Ops, dinyatakan di sini bahawa perhatian bukan semata-mata bermaksud ‘suka’. Boleh anda faham?

2. Lengan

lengan

Tak semestinya seseorang lelaki perlu berketul-ketul macam bodybuilder.. Okay, lengan berketul mungkin boleh menakutkan sesetengah orang.

Yang penting adalah seseorang lelaki mempunyai lengan yang cukup untuk nampak lebih firm berbanding dengan lengan perempuan. Sebab ini melambangkan lelaki tu amat sihat dan boleh bekerja kuat. Lelaki yang boleh bekerja dan mencari pendapatan halal adalah sangat awesome di mata para wanita walaupun mukanya mungkin bukan kacak sangat.

Selain daripada itu, lengan yang besar menunjukkan bahawa perempuan boleh bernaung di bawahnya dan berasa dilindungi. Bagi lelaki yang berbadan kurus, usah risau sangat sebab bukan semua perempuan akan memilih lelaki macam ni.

Maksud aku adalah di dunia ini juga ada peminat perempuan yang suka lelaki berbadan kurus juga. Sebab mereka rasa lelaki yang kurus adalah lelaki yang rajin bersenam dan mereka suka dengan lelaki macam ini. Jadi, jangan putus asa ya?! Kambateh!!

3. Wajah

Menurut pelbagai sumber, cewah.. Tak, ni fakta, siapa tak suka tengok wajah lelaki comel/hensem/kiut/matang? Kadang-kadang tak semestinya seluruh bahagian muka kena comel. Kalau aku, aku suka tengok mata terlebih dahulu.

Sekarang banyak selebriti dari Korea yang mempunyai muka yang amat kacak. Dengan itu, terdapat ramai peminat di rantau ini yang gila dengan selebriti Korea ni. Mereka bukan saja mempunyai wajah yang kacak, tetapi kelakuan mereka juga amat bergaya.

Jadi bagi lelaki yang bukan kacak sangat, mungkin mereka perlu belajar macam mana pakai dan jalan dengan bergaya. Mungkin perempuan akan gila atas mereka juga.

orang utan
sumber foto: yang ni pun hensem gak

4. Mata dan senyuman

Ada orang yang mengatakan bahawa mata adalah tingkap jiwa. Sekurang-kurangnya, mereka adalah pintu untuk kemasukan perempuan ke dalam hati mereka.

Hubungan mata adalah satu cara yang semata-mata tetapi universal untuk memulakan hubungan bagi perempuan dengan lelaki. Untuk melakukannya dengan betul, lelaki perlu menjaga mata mereka dengan baik dan belajar bagaimana untuk menggunakannya dalam interaksi dengan perempuan yang mereka minat.

5. Janggut

Kalau ada janggut atau beard yang kemas lagi lah digila dan disuka oleh lebih ramai perempuan. Hehe. Beard tu nanti jadi bahan bualan aku dengan kawan-kawan. “He looks very cute with that small beard on his chin”. Maafnya, jangan marah jika tak suka apa yang saya cakap ni.

Tapi jangan anda simpai misai yang terlalu terbal dan banyak tanpa pemangkasan. Ini boleh jadikan muka anda jadi hodoh.

mata senyumansumber foto: Quora

Ada lagi, perempuan suka tengok lelaki yang pakai kain pelikat. Kenapa? Sebab kain pelikat melambangkan lelaki yang pergi surau.. Lelaki yang pegi surau ni pula melambangkan lelaki yang baik. Lelaki yang baik ni pula melambangkan lelaki yang akan membahagiakan HATI seorang wanita. ceh.

Nak lagi?.. Lelaki yang pakai spek mata pun comel gak..

Ape lagi erk.. Kalau aku, aku suka lelaki tengok lelaki yang ada kemahiran yang kuat dalam sesuatu perkara. Contohnya, muzik. Kenapa? Sebab ini menunjukkan yang lelaki tu ada fokus dalam hidup dan bijak.

Suka itu dari mata turun ke hati. So, akhirnya semua akan berbalik kepada pemilik mata seseorang. Bak kata orang, jauhari juga yang mengenal manikam. yeay! aku memang suka peribahasa..

Kebanyakan perempuan juga suka tengok penampilan. Walau bagaimanapun, kalau wajah kacak tapi serabai dan badan berbau, lelaki macam ini akan terus hilangkan segala tarikan istimewanya kepada perempuan. Jadi bagi lelaki yang kacak pun kenalah jaga-jaga semua ni termasuk kebersihan sendiri.

Artikel berkaitan:
Ciri-ciri lelaki kacak yang digemari oleh wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *