Surrender MRTA untuk Refinance dan Jual Rumah

Saya sedang dalam fasa refinance salah sebuah rumah yang saya buat kali pertama. Sebab selama ni baca blog entry sahaja, kali ini saya alami sendiri.

Memang terdapat banyak perkara baru yang tidak pernah diceritakan secara teliti oleh sesiapa sebelum ini telah saya pelajari. Salah satu daripadanya ialah kita boleh surrender MTRA apabila kita refinance atau jual rumah kita.

MRTA

MRTA Coverage Semasa Beli Rumah

Konsepnya begini, semasa beli rumah setiap pinjaman perumahan akan ada MRTA cover dan kita perlu bayar premiumnya.

Contohnya sebuah hartanah dengan pinjaman RM 100,000 untuk 30 tahun dilindungi dengan premiun MRTA sebanyak RM3,000.

Namun bila rumah itu dijual atau dibuat refinance selepas 5 tahun, maka MRTA yang kita bayar sebenarnya boleh dituntut semula. Ini adalah kerana MRTA cover 30 tahun tapi selepas 5 tahun kita sudah settle bayar hutang dengan bank jadi baki 25 tahun yang tidak dicover itu dapat dituntut semula kepada kita.

Macam Mana Tuntut Balik MRTA

Untuk urusan ini, kita perlu buat sendiri. Apabila dapat sahaja surat bank mengatakan yang kita telah langsai hutang bank maka kita bolehlah contact syarikat insurans yang menawarkan MRTA dan minta borang untuk surrender MRTA. Disini adalah beberapa langkah yang mudah yang boleh kita ikut.

1. Minta MRTA Surrender form dari syarikat isurans yang menawarkan MRTA. Boleh buat panggilan ke syarikat insurans, beri alamat dan email untuk mereka hantar form melalui email. Borangnya adalah seperti yang ditunjukkan di bawah tu.

Surrender MRTA

2. Isi Borang yang anda terima. Pastikan anda ingat nombor polisi dan alamat surat menyurat yang betul untuk syarikat insurans poskan cek ke alamat anda.

3. Fax MRTA Surrender form bersama settlement confirmation dari bank. Call atau email balik untuk confirmation sama ada pihak insurans sudah dapat terima borang anda atau tidak.

4. Tunggu cek untuk sampai ke postbox anda.

Ada sesetengah orang yang lepas jual rumah dan mereka biarkan peguam untuk uruskan kesemuaan hal untuk mereka. Jika anda ada buat sedemikian, maka lepas jual rumah, boleh anda terima cek balance daripada pejabat peguam anda. Dan peguam itu mungkin akan tolong anda claim MRTA sekali.

Ada kawan saya dalam proses tukar MLTA kepada MLTT sebelum ni. Dia ambil insurans untuk rumah tu bayar bulan-bulan. Tapi pinjaman dia sebelum tu bukan islamik punya, jadi sekarang dia nak tukar kepada islamik. Macam mana pun, bank offer sekali MRTA kepada kawan saya dengan pertukaran yang dia buat tu.

Kalau tiada surat polisi dan tidak tahu di mana letak, macam mana boleh anda dapatkan nombor polisi?

Perkara ini bukan rumit sangat. Anda boleh bagi kad pengenalan anda kepada syarikat insurans dan mereka boleh tolong untuk buat semakan sebab mereka ada simpan rekod tentang surat polisi anda.

Kalau sudah habis bayar untuk pinjaman rumah dan sekarang saya ingin jual rumah itu, bolehkah saya claim MRTA juga?

Ya boleh. Apa yang perlu anda buat adalah contact balik syarikat MRTA dan berikan semua maklumat yang ditanya oleh pihak berkenaan.

Bagi konsep refinance pun sama saja. Sekiranya anda sudah habis bayar MRTA dengan bank yang anda buat pinjaman ruma sebelum ni, bagi bank baru masih anda perlu bayar MRTA yang baru.

Apa akan jadi kalau saya tidak surrender MRTA ni bila saya sudah jual rumah saya? Adakah syarikat insurans akan bayar pampasan kalau saya mati?

MRTA adalah untuk pinjaman perumahan yang kita beli, kalau mati MTRA akan bayarkan pinjaman itu. Tetapi jika rumah itu sudah refinance atau jual, maknanya loan tu sudah settle. Jadi sekiranya anda mati pun tak akan dapat apa-apa.

Ada satu lagi ialah kalau lambat pergi claim MRTA tu, amaun yang anda dapat akan jadi lagi kurang sebab syarikat menganggapkan mereka masih cover hutang anda tu selagi anda tidak memberitahu mereka untuk hentikan.

Kalau umah lima tahun, adakah ia berbaloi kalau saya nak refinance?

Sekiranya anda refinance, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Misalnya lock in period, dan tawaran kadar faedah yang rendah. Lagi satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan adalah apa rancangan anda dengan duit extra yang anda dapat tu.

Bolehkah refinance dapat kurangkan ansuran bulanan?

Tidak, jika nak kurangkan ansuran bulanan untuk rumah anda, maka anda tidak boleh buat refinance. Sebab bila buat refinance untuk rumah anda, amaun yang kita pinjam akan jadi lagi banya, jadi ansuran yang perlu kita bayar biasanya akan jadi lebih tinggi lagi.

Bolehkah saya refinance atas baki hutang dengan bank? Adakah kos pengurusan refinance seperti loan agreement akan dikenakan seperti biasa?

Boleh anda refinance ikut baki yang anda masih hutang dengan bank. Apa yang perlu anda buat cuma beritahu bank anda amaun yang anda nak. Perlu anda tahu bahawa kos yang perlu anda tanggung banyak juga. Antara kos termasuk:

  1. Valuation
  2. Lawyer fee
  3. MRTA utk loan baru

Tapi kadang-kadang bank ada offer zero entry cost. Jadi anda boleh buat pertanyaan kepada bank yang anda ingin buat pinjaman dan tahu sama ada mereka ada offer zero entry cost untuk pinjaman anda atau tidak.

Kalau jual rumah sebelum 5 tahun boleh dapat refund daripada MRTA atau tidak?

Boleh. Lagi awal anda surrender lagi banyak refund yang boleh anda dapat daripada MRTA.

Kalau umah sudah 8 tahun.Tapi masa mula-mula buat pinjaman(untuk 30 tahun), Jumlah loan tu termasuk dengan MRTA sekali. Kalau sekarang nak surrender MRTA tu boleh atau tidak?

Anda kena cari balik syarikat MRTA anda dan buat pertanyaan tentang mana yang cover. Kalau sudah dapat surat kata loan yang anda pinijam tu sudah settle, maka senanglah untuk anda hubungi balik syarikat itu untuk tuntut balik MRTA anda.

Jika nak buat refinance dari konvensional ke islamic, lepas tu nak surrender MRTA yang lama dan saya ingin lepas sudah settle proses refinance baru cari MRTA yang baru. Bolehkah saya membuat macam ni?

Boleh anda buat ikut kesukaan anda sama ada nak konvensional atau islamic. Tetapi untuk MRTA, bank baru akan offer sekali juga. Bila buat urusan dengan bank lama, sekiranya pinjaman sudah settle bolehlah anda surrender MRTA.

Baca juga: Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi

4 Comments on “Surrender MRTA untuk Refinance dan Jual Rumah”

    1. Mengenai soalan anda, adalah penting untuk diingat bahawa polisi pampasan untuk MRTA/MRTT mungkin berbeza bergantung pada terma dan syarat polisi insurans dan keadaan tertentu peminjam. Secara umumnya, pengembalian dana MRTA/MRTT biasanya diberikan apabila polisi tersebut dibatalkan sebelum tarikh matangnya, iaitu biasanya hujung tempoh pinjaman.

      Jika anda telah menjual rumah anda dan tidak lagi mempunyai pinjaman perumahan atau pembiayaan perumahan yang belum dilangsaikan, adalah tidak mustahil bahawa anda layak untuk mendapatkan pengembalian dana premium MRTA/MRTT. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menghubungi pembekal insurans secara terus untuk mengesahkan polisi mereka mengenai pengembalian dana untuk MRTA/MRTT.

  1. Salam tuan. Sy ada masalah mengenai MRTA. Sy baru buat refinance rumah dan masih dlm proses utk buat full settlement loan lama. Loan lama sudah 13 tahun, MRTA dh habis byr lama dah. Masalahnya sy x pernah dpt policy MRTA. Pembayaran MRTA terus ke acc bank setiap bulan. Acc tersebut merupakan acc khas utk MRTA shj, acc home loan acc lain.

    November 2022 sy nak find out company mana yg cover MRTA sy tp bank kata tak dpt dikenal pasti, mereka perlu masa utk find out. Sehingga feb 2023 baru-baru ni bank bgtau mereka masih tidak tahu company insurans mana. Mereka minta sy buat aduan formal kpd bank.

    Ada tak cara lain untuk saya tau company mana cover MRTA sy? Bank home loan adalah CIMB.

    1. Untuk mengetahui syarikat yang memberi perlindungan MRTA bagi pembiayaan perumahan anda, anda boleh merujuk kepada dokumen perjanjian pembiayaan perumahan atau hubungi pihak CIMB secara terus. Dokumen perjanjian pembiayaan perumahan anda sepatutnya memuatkan butir-butir mengenai insurans MRTA yang dilindungi dan syarikat insurans yang memberikan perlindungan tersebut.

      Selain itu, anda juga boleh menghubungi CIMB secara terus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai polisi MRTA yang dikaitkan dengan pembiayaan perumahan anda. Pihak CIMB boleh memberikan penjelasan terperinci mengenai polisi MRTA yang anda miliki dan syarikat insurans yang memberikan perlindungan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *