Cara KFC Simpan Rahsia Resepi Asli

KFC merupakan satu syarikat antarabangsa yang menjalankan bisnes restoran francais di seluruh dunia. Jika anda berkunjung ke negara-negara lain, akan anda dapati kebanyakan negara pun ada restoran KFC, jadi boleh kita tahu bahawa jenama ini memang banyak popular di bumi ini.

resepi kfc

Bagi kita di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua rakyat di negara ini pun pernah pergi ke restoran KFC dan makan ayam dan makanan lain. Sudah tentunya kebanyakan orang dapat seronok sendiri di restoran ini dan rasa sehingga menjilat jari.

Ada Orang Tahu Resepi KFC Ke?

Tahu tak kita semua tentang rahsia resepi asli restoran ini. Mustahil ini dan memanglah kita tidak akan tahu kerana resepi asli KFC sebenarnya disimpan dengan cara yang sangat ketat dan komplikated di seluruh dunia. Resepi asli tersebut ditulis oleh Pengasasnya Kolonel Sanders atas sekeping kertas yang sudah lusuh kerana peredaran zaman.

Dalam resepi asli atas kertas itu, ia mengandungi 11 jenis tumbuhan dan rempah ratus yang lengkap dengan sukatan yang tersendiri. Tulisannya menggunakan pensel dan ada ditandangani sendiri oleh Kolonel Sandes. Contoh tanaman dan rempah ratus diletakkan dalam botol kecil yang hanya ada bau khas untuk mengenalinya.

Resepi tersebut telah dikembangkan secara komersial pada tahun 1940 di restoran kecil oleh pengasas sendiri di tenggara Kentucky. Di tempat itulah restoran bermulanya dengan nama Kentucky Fried Chicken atau KFC.

KFC Sebagai Restoran Francais Di Seluruh Dunia

Pada awal 1950-an, resepi tersebut telah dijadikan standard bagi jaringan restoran KFC. Pada masa dulu masih tidak banyak tahu apa nama yang diberikan untuk bisnes seperti ini, tetapi kin sudah tahu di mana ia lebih dikenali sebagai francais.

Pada tahun 1980, Kolonel Sanders telah meninggal dunia tetapi beliau telah meninggalkan juga legasi perniagaan yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun kepada pewarisnnya.

Siapa yang mengaku cucu Kolonel bolehlah saya minta diskaun untuk makan KFC buat seumur hidup saya. Bunyinya macam dapat “free lunch” buat seumur hidup saya. Tetapi macam saya cuma boleh membuat bayangan dalam mimpi saja.

Oh ya. Jauh juga saya melencong. Cara KFC simpan rahsia resepi asli memang bersistematik dan terbaik. Tempatnya berada di ibu pejabat iaitu 1441 Gardiner Lane, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Ruang penyimpan resepi tersebut hanya boleh dimasuki oleh maksimum dua orang pekerja KFC sahaja dalam satu masa. Nama mereka turut dirahsiakan termasuk segala maklumaat yang berada dalam stor tersebut.

Untuk bahan mentah, pembekal herba dan tanaman untuk resepi KFC bukan satu pembekal saja tetapi sangat ramai. Setiap pembekal hanya tahu sebahagian daripada bahan yang digunakan untuk resepi ayam KFC sahaja.

Dengan mendapatkan bahan-bahan dari pembekal-pembekal yang berlainan, KFC dapat bersurai dan berselerak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi makanan ayam goreng KFC yang enak tu. Pembekal-pembekal itu semua tidak akan dapat tahu keseluruhan ramuan dan sukatan yang sebenarnya untuk membuat hidangan ayam goreng itu.

Rahsia Resepi Gagal Ditiru Oleh Orang Lain

Bukan tidak ada orang tiru resepi KFC. Tetapi ramai yang cuba untuk meniru resepi asli KFC namun gagal menyamai rasa yang sebenar. Mereka juga mendakwa menemui salinan resepi tersebut tetapi rasanya tetap lain dan tidak dapat berbanding dengan resepi yang original tu.

Jadi, maksudnya sehingga ke hari ini rahsia resepi asli KFC tetap terpelihara demi menjaga kelangsungan jenama tersebut. Dan ia merupakan harta yang paling bernilai bagi restoran ini.

Sudah tentu kita tidak dapat meniru resepi ayam KFC sebab ia merupakan “mission impossible”. Namun apa yang boleh kita tiru adalah cara dan sistem restoran itu. Ini merupakan apa yang boleh kita lihat dengan mata kita dan tidak disembunyi di mana-mana pun.

Boleh dikatakan KFC berjaya kerana mereka selalu menjaga kualiti dan mereka amat ambil berat tentang perkara ini. Selain daripada itu, KFC juga mempunyai perkhidmatan yang standard dan sistem pengurusan yang banyak efisien.

Sebab itu jika anda ingin membuka satu restoran dan berjaya dalam bidang ini, KFC merupakan satu restoran yang boleh anda jadikan sebagai rujukan. Selain daripada resepi, kesemuaan benda boleh anda tiru daripadanya.

Jika anda boleh tiru dan ikut sistemnya dengan baik, anda juga boleh menjanakan satu restoran yang boleh diurus dengan konsistent dan boleh mendapat keuntungan yang besar.

Anda mungkin akan mencipta resepi untuk restoran anda sendiri. Pada masa it anda perlu menjaga privasi dan keunggulan dengan hanya diserahkan kepada mereka yang benar-benar nak berjaya untuk menjana pendapatan.

Dengan itu anda boleh buat macam restoran KFC yang boleh menjana pendapatan pasif. Kita tidak perlu bekerja kuat lagi tetapi pendapatan tetap berjalan seperti biasa.

Betul tu. Bukan tiru resepi, tetapi tiru cara dan sistem mereka supaya kita dapat bina satu restoran yang berjaya juga.

Baca juga: Tentang Ayam Goreng McD Yang Anda Minat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *