“Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun dirogol di rumahnya kelmarin oleh seorang perompak yang memasuki rumah tersebut. Remaja perempuan itu telah diikat namun berjaya melepaskan diri pada keesokkan paginya sebelum membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.“
Aku termenung seketika sambil merenung ke arah keratan akhbar. “Macam manalah agaknya mangsa rogol ni nak berhadapan dengan orang ramai agaknya,” timbul tanda tanya pada rakanku yang duduk di sebelah.
Kes rogol biasa dikaitkan dengan keadaan trauma yang terus menghantui kehidupan si mangsa. Trauma merupakan satu bentuk tekanan emosi yang sangat kuat berhubung satu peristiwa yang terlalu memberi kesan terhadap perasaan atau emosi seseorang seperti menjadi mangsa rogol, pembunuhan dan ada juga kes di mana seseorang itu menjadi trauma setelah melihat kemalangan maut berlaku di depan matanya.
Seperti kemalangan yang terjadi di bawah pada 21 April yang lepas di mana melibatkan 12 orang, 7 maut dan yang lainnya cedera. Dan video yang memperlihatkan mangsa-mangsa kemalangan tersebut juga tersebar di dalam internet menunjukkan mereka yang maut mengalami kecederaan yang sangat teruk sehingga ada anggota badan yang terputus dan digilis oleh kenderaan lain. Saya juga melihat video berkenaan dan rasanya kemalangan itu antara kemalangan yang paling ngeri pernah saya lihat.
“Eh, kau tengok video tu ke? aku tak boleh la tengok video-video macam tu nanti mesti aku jadi down. Rasa macam lemah je badan,” kata Anas rakan sebilik di universiti.
Macam Mana Trauma Berlaku?
Persoalan yang timbul sekarang, bagaimana trauma berlaku dan mengapa ianya kadang-kala berlaku hanya kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Ada orang yang dapat menerima sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tanpa mendatangkan sebarang kesan terhadap emosi mereka tetapi ada pula mereka yang mengalami trauma.
Untuk mengetahui bagaimana trauma boleh berlaku terhadap kamu, kamu perlu memahami terlebih dahulu bagaimana memori dibentuk.
Maklumat yang diterima oleh otak berhubung sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di dalam hidup kamu akan dihantar ke bahagian otak yang dipanggil amygdala. Kemudian ia akan dihantar ke hippocampus sebelum dibawa ke cortex untuk dianalisa dan disimpan ke dalam memori jangka panjang.
Dengan menganalisa terlebih dahulu barulah otak kamu dapat mengetahui sama ada maklumat yang diterima penting atau pun tidak dan apa tindakan selanjutnya yang perlu dibuat.
Otak Menerima Maklumat
Apa yang berlaku kepada mangsa rogol atau mereka yang trauma ialah, amygdala menerima maklumat atau input yang mengandungi tahap emosi yang sangat tinggi dan berlakunya gangguan.
Ini menyebabkan maklumat tersebut tidak dapat diterima oleh hippocampus kerana ianya telah terperangkap di bahagian amygdala otak. Dan disebabkan itu, hippocampus tidak dapat menghantar maklumat tersebut ke bahagian neocortex untuk dinilai atau dianalisa.
Memori yang terperangkap di amygdala menyebabkan mereka yang berhadapan dengan trauma terus kekal di dalam keadaan berkenaan disebabkan flasback ingatan berhubung peristiwa berkenaan boleh datang pada bila-bila masa dan ini yang menyebabkan kehidupan mangsa yang trauma terganggu dan tidak dapat berjalan seperti normal.
Dan untuk trauma yang kronik kadang-kala ada yang tidak sangup untuk meneruskan kehidupan dan ada juga yang menghadapi tekanan perasaan yang parah.
Seperti penyakit-penyakit biasa, trauma juga boleh dirawat dengan bertemu pakar psikiatri untuk menerima rawatan dan mengambil ubat penenang.
Atau langkah lain yang boleh diambil ialah dengan menemui therapist atau mereka yang sudi mendengar kerana bercerita atau meluahkan tentang masalah yang dihadapi kepada orang lain kadang-kala sudah cukup untuk memberikan ketenangan yang kamu perlukan.
Kaitan antara emosi dengan kehidupan kamu adalah sangat besar dan perlu dilihat dari sudut neurologi secara khususnya. Trauma boleh menjejaskan kehidupan seseorang sekiranya tidak menerima sebarang rawatan atau terapi untuk mengatasinya.
Dan isu kaitan di antara emosi kamu, neurologi, minda bawah sedar, tabiat kamu yang sukar ditinggalkan, telah pun kami sediakan satu modul khas untuk itu iaitu Projek Cahaya.
Dan ini merupakan novel berbentuk terapi pertama yang kami terbitkan untuk kamu, bagi merasai perubahan emosi sepenuhnya! Terutamanya untuk mereka yang berhadapan dengan trauma dan masalah emosi lain.
Rogol Keturunan Sendiri: Manifestasi dan Perspektif
Sehari dua yang lepas masyarakat kita untuk yang kesekian kalinya dikejutkan dengan berita sensasi mengenai seorang datuk yang sanggup merogol cucunya sendiri.
Nak kata terkejut sangat pun tidak jugak pasal sebelum ni pun dan bermacam-mcam cerita melibatkan kes ‘haruan makan anak’ ni, kalau tak si datuk, si bapak sendiri, tak pun si abang , bapak saudara dan ada jugak kes si adik.
Pendek kata para ‘lelaki gagah perkosa’ terlibat begitu hebat menjahanamkan keturunan dan darah daging mereka sendiri. Dalam sesetengah kes pulak, siap di ‘support’ dan dilindungi oleh wanita yang sepatutnya melindungi kaum mereka sendiri.
Jelas sekali dari pandangan blog ini, terjadinya kes rogol anak atau keturunan sendiri ni merupakan salah satu dari manifestasi permulaan kejatuhan atau kepincangan sistem sosial sedia ada.
Mungkin ada yang beranggapan kes-kes tersebut merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan secara keseluruhan. Namun hakikatnya memang sesuatu perkara bermula dari kecil-kecilan dahulu sebelum merebak menjadi besar-besaran kalau tidak ditangani dengan berkesan.
Blog ni bukanlah pakar untuk membincangkan perkara ini, namun pada masa yang sama kita tidak perlu menjadi ‘rocket scientist’ ataupun mendapat ijazah dari universiti langit untuk membincangkan isu sosial seperti ini. Blog ini ingin berkongsi idea berhubung isu rogol keturunan sendiri ini dari pelbagai perspektif yang mungkin berkaitan.
Psikologi
Lelaki gagah perkosa ni pastinya mempunyai masalah psikologi yang serius sehingga tidak dapat mengawal emosi dan nafsu mereka serta tidak dapat membezakan perkara yang dibenar atau tidak dibenarkan.
Sosial dan Kemanusiaan
Sepatutnya para datuk, bapa, abang berperanan sebagai pelindung kepada keluarga mereka sendiri lebih-lebih lagi kaum perempuan keluarga mereka dalam sistem sosial dan pergaulan harian. Namun apabila kes sebegini terjadi ternyata lelaki gagah perkosa terlibat telah mengkhianati peranan dan tanggungjawab mereka.
Agama dan Moral
Dari perspektif agama dan moral pula sudah tentu jelas akan kerosakan dan mudarat yang telah dilakukan oleh lelaki gagah perkosa ini. Pastinya lelaki gagah perkosa terlibat tidak mengambilkira hukum-hukum agama mahupun prinsip moral ketika melakukuan perbuatan terkutuk tersebut.
Pornografi
Blog ini juga cuba melihat dari perspektif industri pornografi, terjadinya kes-kes zina dan rogol yang berleluasa sekarang ini menunjukkan strategi dan perancangan perniagaan mereka sudah berjaya memberikan kesan dan impak khususnya kepada komuniti Islam.
Pemakanan
Memakan makanan yang haram, sama ada haram fizikal seperti babi, arak dan sebagainya atau haram spiritual seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya memberikan kesan kepada pembentukan nilai-nilai insan seseorang Muslim.
Semakin banyak makanan haram masuk ke dalam badan, semakin nipis dan lemah iman untuk melawan godaan hawa nafsu. Mungkinkah lelaki gagah perkosa mempunyai tabiat pemakanan dari sumber-sumber yang haram?
Blog ini tidak pasti adakah ada korelasi atau kaitan kemunculan pelbagai produk peningkatan dan ‘ubat kuat lelaki’ dengan kekerapan berlakunya kes zina dan rogol ini. Walaupun secara asasnya kemunculan ubat-ubatan tersebut adalah untuk membantu sebahagian daripada lelaki yang mengalami masalah, namun ada juga yang menyalahgunakan ubat-ubatan tersebut.
Mungkin juga satu kajian khas untuk mencari korelasi mengenai peningkatan ubat kuat lelaki di pasaran dengan peningkatan kadar zina dan rogol di kalangan angota masyarakat perlu dilakukan.
Apa yang pasti golongan lelaki gagah perkosa ni patut dikenakan hukuman setimpal atas kekejaman dan kezaliman mereka. Juga mereka yang bersubahat dan turut bersekongkol dengan tindakan keji tersebut.
Ulasan dan pandangan dalam artikel rogol keturunan sendiri ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung. Sekadar berkongsi pandangan dalam isu yang menghantui keharmonian masyarakat kita hari ini.
Artikel berkaitan: