Web Analytics
RGPT tax

Real Gain Property Tax (RGPT) Atau Cukai Untung Rumah

Awal-awal saya ingin beritahu yang saya bukanlah pandai sangat tentang bab RGPT ataupun Real Gain Property Tax atau bahasa Melayunya Cukai Untung Rumah.

Kenapa saya cakap begitu? Kerana saya sendiri tak pernah jual rumah. Basically pada saya, kalau terdapat sesuatu yang sendiri mengalami, memang akan lebih bermakna macam pasal overdraft, membeli rumah lelong dan mendapat penyewa.

Info yang saya nak kongsikan di sini adalah berasal dari pembacaan saya dan juga pertanyaan yang saya buat terhadap kawan-kawan. Asalnya ada kawan saya yang tanya pasal RGPT, alang-alang saya terus tulis di post ini.

RGPT tax

Apa Itu Cukai Untung Rumah?

Cukai untung rumah adalah satu tax yang akan dikenakan bila anda jual rumah. Ia hanya dikenakan bila anda buat untung atas rumah yang anda jual itu. Kalau anda rugi untuk jual rumah itu, maka tak ada cukai yang akan kena pada anda.

Peratus Cukai Yang Dikenakan

Ada peratusan cukai yang dikenakan mengikut individu dan syarikat yang berbeza.

Untuk Syarikat

  • Dalam masa 2 tahun – 30%
  • Dalam masa 3 tahun – 30%
  • Dalam masa 4 tahun – 20%
  • Dalam masa 5 tahun – 15%
  • Lebih dari 5 tahun – 10%

Individu

  • Dalam masa 2 tahun – 30%
  • Dalam masa 3 tahun – 30%
  • Dalam masa 4 tahun – 20%
  • Dalam masa 5 tahun – 15%
  • Lebih dari 5 tahun – 5%

Ikut contoh yang diberikan:

Jika seseorang beli sebuah rumah pada harga RM 200,000, Jun 2017. Lepas dua tahun dia jual rumah itu dengan harga RM 220,000.

Jumlah masa: 2 tahun

Untung = RM 20,000

Cukai yang dikenakan atas keuntungan:

RM 20,000 x 30% (rujuk perkara 2) = RM 6,000

Katakan kalau dia jual pada harga RM 220,000 lepas 4 tahun.

Jumlah masa: 4 tahun

Untung = RM 20,000

Cukai yang dikenakan atas keuntungan:

RM 20,000 x 20% (rujuk perkara 2) = RM 4,000

Tarikh penjualan rumah adalah ikut SNP dan bukan ikut tarikh masa anda dapat kunci. Jika anda beli rumah lelong, dan rumah itu sudah lama siap bina, maka ia tidak akan ikut SNP bila anda jual rumah itu. Sebaliknya, ia akan ikut tarikh pada masa anda menang hartanah lelong tu. Ini bermaksud ia akan ikut proclamation of sale(POS) atau pengishtiharan lelongan punya tarikh.

Seseorang individu layak untuk mendapatkan sekali pelepasan seumur hidup daripada RGPT.  Jadi anda perlu pastikan anda gunakannya supaya anda dapat membuat transaksi penjualan rumah dengan untung yang paling banyak.

Jika anda ingin bayar cukai yang paling minimum, maka anda perlu tunggu sampai tahun ke-6 selepas anda beli rumah itu. Kalau anda beli satu apartment yang tengah dibangunkan dan masih ada 3 tahun untuk siap apartment itu.

Maka boleh anda tunggu 2 tahun lagi. Sebaik saja tempoh 5 tahun dari tarikh Sales and Purchase Agreement tu bolehlah anda jual apartment itu dengan cuma perlu bayar cukai 5% sahaja.

Adakah terdapat exemption atau pengecualian RPGT untuk menjual rumah?

  1. Seorang warganegara Malaysia yang melupuskan harta selepas lima tahun pemilikan untuk sebuah rumah yang mempunyai nilai RM200,000 atau ke bawah boleh dikecualikan daripada RPGT.
  2. Pengecualian keuntungan dari pelupusan satu harta kediaman persendirian sekali dalam seumur hidup kepada individu (sila gunakan pengecualian ini dengan bijak).
  3. Pengecualian ke atas keuntungan yang timbul daripada penjualan hartanah di antara ahli keluarga (contohnya suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk dan nenek). 10% keuntungan atau RM10,000 untuk setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak akan dikenakan cukai.

Bagaimana membuat bayaran untuk membayar RPGT?

  1. Isikan Borang Pelupusan Hartanah (CKHT 1A). Lampirkan Perjanjian Jual Beli(SnP) dan dokumen-dokumen lain yang menyokong potongan cukai yang dirancang oleh RPGT.
  2. Para pemohon yang memohon untuk pengecualian RPGT juga harus mengisi borang Pemberitahuan di bawah Seksyen 27 RPGTA 1976 (CKHT 3).
  3. Memastikan pembeli mengisi borang Perolehan Harta Tanah (CKHT 4), yang harus disertakan dengan salinan Perjanjian Jual Beli.
  4. Mengemukakan borang dan dokumen sokongan lain ke cawang LHDN yang terdekat dalam 60 hari.

Nota: Borang-borang yang diperlukan boleh anda perolehi di mana-mana cawangan LHDN atau anda boleh muat turun dari laman web LHDN.

Peningkatan peratusan cukai RPGT mempunyai kebaikan dan keburukannya. Ia mempunyai kesan yang kurang kepada pembeli tulen berbanding dengan spekulator, tetapi ia masih akan memberi kesan kepada pelabur hartanah untuk jangka masa yang panjang.

Baca juga: Tentang cukai tanah dan cukai pintu

Leave a Comment