Fix Deposit – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Apa itu fix deposit (FD)? Jika nak menterjemah kepada bahasa melayu memang senang saja, iaitu simpanan tetap. Aku sendiri tak pernah ada simpanan tetap kerana bagi saya pulangan pada simpanan tetap adalah terlalu rendah dan rasa tidak berbaloi untuk membuat demikian.

Fixed deposit merupakan satu jenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Mari kita sama-sama tengok contoh 1 produk fix deposit oleh Public Bank yang ditunjukkan di bawah ini.

Public Bank fixed deposit

Bacaan berkaitan: Pinjaman peribadi dari Public Bank

Simpan Lebih Lama Dapat Kadar Faedah Yang Lebih Tinggi

Berdasarkan contoh yang diberikan di atas, boleh kita tahu bahawa pulangan untuk simpanan tetap bagi wang kita adalah berbeza mengikut jumlah bulan duit itu disimpan dalam fixed deposit. Apa yang mudah diketahui ialah lagi lama kita simpan dalam bank, lagi tinggi kadar faedah yang akan kita dapat.

Rates nya adalah per annum. Jadi katakan anda simpan sebanyak RM 1,000 dalam fixed deposit ni selama 3 bulan. Dengan rujuk ke table di atas, ini bermakna anda akan dapat 3.05% punya pulangan. Katakan anda keluarkan selepas 3 bulan, pulangan yang anda dapat ialah:

RM 1,000 x 3.05% x(3 bulan/12 bulan, convert 3 bulan jadi tahun) = 1000 x (3.05/100) x 0.25 = RM 7.625

Katakan anda simpan untuk 1 tahun. Rujuk kepada table, pulangan anda ialah 3.15%,  wang tambahan yang anda dapat ialah:

RM 1,000 x 3.15% = RM 31.50

Nampak tak? Keuntungan anda adalah seperti yang dikirakan. Memang pulangan dia sikit sangat. Sebab itu saya tak pernah nak buka akaun simpanan fix deposit (kecuali jika ada strategi nak memohon loan dengan bank yang terbabit).

Kelebihan Simpanan Tetap

Kelebihannya ialah pulangan dijamin dan takkan ada risiko rugi. Tetapi perlu anda ingat bahawa kalau anda keluarkan duit dalam simpanan sebelum tarikh matang, maka anda memang tidak akan dapat sebarang pulangan pun.

Syarat-syarat lain seperti usia dan simpanan minima yang diperlukan boleh anda rujuk ke bank jika anda berminat untuk membuat simpanan tetap.

Fixed deposit ni untuk simpan duit. Cuba bayangkan sebelum adanya ASB, ASM, ASN, kalau nak simpan duit di akaun simpanan biasa lagi sangat rendah pulangannya.

Jadi, fixed deposit adalah yang tertinggi untuk pulangan kadar faedah sebab ada tempoh matang dan duit yang anda simpan dalam bank juga amat selamat dalam tempoh tu.

Biasanya non-bumi yang ada banyak cash simpan dalam fixed deposit sebab mereka tak boleh melabur dalam ASB.

fixed deposit

Overdraft Against Fix Deposit

Apa2pun mungkin kes ASB dah penuh, ASW 2020 dah penuh, tak confident dengan unit trust, tak confident dgn emas, so fix deposit jadi pilihan, so mmg ada bank yg tawarkan OD against FD.

Dengan jujurnya saya ingin beritahu anda bahawa saya tidak tahu rate dan bank mana yang ada tawarkan kemudahan ini. Cuma aku nak kongsi bersama anda tentang pendapat saya pasal rasional tak nak buat overdraft against fix deposit.

Rate FD katakan adalah 3.8%

Rate Overdraft katakan BLR – 1.25, current BLR adalah 6.65, maka rate jadi 5.00%

Dengan kiraan yang mudah ini, jelas untuk kita tahu bahawa bayar interest overdraft adalah lagi tinggi dari pulangan fix deposit. Jadi, jelas pada pendapat saya buat overdraft against fix deposit tidak berbaloi untuk saya.

Bagi saya, overdraft ni kita guna untuk janakan lebih pendapatan, jadi >BLR at least. Sebab dia mempunyai daily rate and interest yang rendah dan ini bermakna risiko pun kurang skit.

Jadi tak kisah sangat kalau interest untuk overdraft adalah lebih daripada rate fix deposit kalau pelaburan kita guna dari duit overdraft itu adalah lumayan.

Apa yang penting ialah profit lagi tinggi daripada interest. Contoh katakan kita ada RM 100,000 dalam overdraft fix deposit, boleh kita buat kiraan kalau kita masukkan RM 90,000 ke dalam ASB.

OD: 6.75 – 2 = 4.75
ASB: 7%
ODFX: +-3%

Janganlah ODFD then masuk balik dalam FD. Yang tu kena anda kira sendiri. Sekiranya anda ada buat pelaburan lain yang lagi untung, maka tidak salah untuk anda pakai ODFD.

Apa yang jadi lebih baik lagi ialah bila anda ada simpan duit yang banyak dalam sebuah bank, bank itu pastinya sayang kamu dengan lebih. Mungkin anda boleh dapat untung dengan 1+2 dari bank.

Baca juga: Urus wang dengan bijak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *