Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga Jarak Jauh

Semalam apabila saya sedang membelek majalah Keluarga Harmoni, tiba-tiba saya terjumpa pula satu artikel yang hebat hasil penulisan dari Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood. Artikel itu cukup menarik dan kerana itu saya teruja pula nak berkongsikan dengan para pembaca melalui blog ini.

Ia merupakan sesuatu yang bukan fenomena baru kalau ada suami dan isteri yang tinggal berjauhan antara satu sama lain. Mereka terpaksa tinggal jauh demi tuntutan kerja. Sungguhpun begitu kebahagiaan rumahtangga mesti diutamakan. Ini bukan alasan berjauhan maka tiada merasai nikmat bahagia berumahtangga.

Antara rahsia kebahagiaan rumahtangga jarak jauh yang sempat saya ulas dan kupas adalah seperti berikut. Perlu kalian fahami bahawa apa yang sempat saya kongsikan ini bersandar cara penulisan blog dan bukannya penulisan artikel majalah. Harap maklum lah para pembaca sekalian.

rumahtangga jarak jauh

1. Memberi sokongan

Apabila berjauhan sudah pasti si isteri atau si suami yang akan bersedih dan rasa pilu dalam hati.Situasi ini memerlukan sokongan moral dari pasangan masing-masing.Beri kata semangat dan motivasi demi masa depan keluarga.

2. Saling mempercayai

Jauhkan prasangka negatif yang boleh menimbulkan perasaan cemburu buta. Ada baik untuk sentiasa bagi kepercayaan yang mencukupi kepada pasangan kalian. Jika mereka merupakan seorang yang jujur maka kita gandakan lagi kejujuran tersebut.

Memang dugaan sangat hebat baik kepada isteri atau suami tatkala berjauh. Tambahan pula sekarang ini sudah masuk zaman media sosial di mana ia banyak membuka pintu untuk kemaksiatan. Maka perlulah kita Kawal diri dan selalu ingat atas tanggungjawab yang kita ada masing-masing.

3. Sibukkan diri

Tidak dapat dinafikan dengan berada jauh dari pasangan boleh menimbulkan perasaan sepi. Oleh itu sibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti keagamaan. Bagi mereka yang boleh menulis apa kata menulis blog seperti apa yang saya suka lakukan sebaik saja saya ada masa lapang.

4. Sentiasa berhubung

Dunia komunikasi hari ini jauh lebih baik berbanding dengan masa dahulu. Boleh pasangan yang berada di jarak jauh untuk gunakan kemudahan Whatsapp atau Facebook untuk saling berhubung. Cari masa yang sesuai agar pasangan kalian tidak terganggu dan selesa ketika berhubung menggunakan telefon.

5. Libatkan anak-anak

Anak-anak adalah pengikat kasih sayang. Dengan kehadiran anak-anak maka keluarga bertambah bahagia. Ketika membuat panggilan telefon misalnya libatkan sekali anak-anak untuk mendengar suara ayah atau ibu mereka.

6. Lawatan mengejut

Baik suami atau isteri maka buatlah lawatan mengejut ke rumah kediaman masing-masing. Sediakan kunci pendua supaya tidak perlu membuat temujanji untuk lawatan. Cara begini macam susah diterima namun sangat berkesan untuk menimbulkan rasa saspen dalam hubungan suami isteri.

7. Hadiahkan doa

Suami yang pemurah tidak semestinya menghadiahkan sebentuk cincin emas atau beli barangan yang mahal setiap bulan untuk diberikan kepada isteri. Apa yang paling afdal adalah si suami boleh pertimbangkan untuk hadiahkan doa agar si isteri sentiasa ada hidayah dan petunjuk dalam kehidupan ini. Sebaliknya, si isteri juga boleh doakan suami agar dilimpahi rezeki mencurah-curah agar bertambah cawangan bahagia.

Perlu kita semua ingat bahawa kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada jauh atau dekatnya jarak pasangan masing-masin. Ia bermula dalam jiwa dan hati yang saling percaya bahawa rumahtangga adalah tanggungjawab serta amanah.

Seseorang yang tidak bertangggungjawab dan tidak beramanah boleh menghancurkan kebahagiaan untuk sesebuah keluarga. Oleh itu, jauhkan sejauh yang boleh.

Sebenarnya dalam hidup berumah tangga, kesetian dapat di bina apabila kita faham satu sama lain.  Walaupun perkahwinan jarak jauh ada cabaran  yang tertentu, tetapi apa yang penting adalah suami dan isteri perlu menuntut saling mempercayai dan juga menghargai masa bersama yang terhad.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *