7 Langkah Bijak Untuk Tangani Jerebu

Hampir setiap tahun mesti ada beberapa bulan bumi Malaysia dilanda dengan jerebu yang dahsyat. Pergi sahaja ke semua pelusuk negeri. Dari Perlis hingga ke Sabah. Semuanya tempat dilanda jerebu dan tiada mana-mana kawasan yang dapat dielakkan. Langit yang sepatutnya berwarna biru menjadi warna kelabu. Pemandangan yang kehijauan juga telah bertukar kepada kelabuan.

Kita yang duduk di tanahair ini memang tiada pilihan. Kita terpaksa berhadapan dengan suasana jerebu dengan perasaan suka dan duka. Acara membakar hutan merupakan aktiviti tradisi untuk pertanian Indonesia di sana. Dulu di kampung Malaysia pun ada keadaan macam ini, tetapi kini sudah tidak lagi kerana tanah sudah banyak diterokai.

Walaupun kita tahu langkah yang terbaik untuk tangani jerebu adalah dengan menangani punca jerebu. Jika tiada pembakaran melampau di Indonesia maka tiadalah jerebu. Tetapi ini terkawal pada negara jiran kita dan kita tidak dapat buat apa-apa jika mereka tidak nak hapuskan kegiatan pembakaran tanah.

jerebu teruk

Namun kita boleh main peranan supaya jerebu tidak bertambah teruk. Kita boleh dianggap bijak apabila mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

Langkah Pertama

Apa yang boleh kita buat buat pertamanya adalah dengan berhenti merokok. Jadikan musim jerebu ini adalah turning point untuk kita berhenti dan insaf supaya tidak lagi merokok.

Memang lebih banyak asap yang dikeluarkan jika terdapat sekumpulan perokok yang berkumpul untuk hisap rokok. Ini akan menjadikan keadaan jerebu lebih teruk lagi. Jika degil untuk merokok maka paru-paru kalian akan berjerebu buat selama-lamanya.

Langkah Kedua

Jangan melakukan pembakaran terbuka. Tolong simpan dulu segala sampah yang sepatut dibakar pada yang tempat yang sesuai. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bermain api. Walaupun api kecil menjadi kawan namun bila api dah besar nanti jadi lawan.

Tambahan sampah yang dibakar akan keluarkan asap yang banyak. Bila jerebu yang kita terima sudah jadikan kita menghadapi masalah sesak nafas, pembakaran terbuka memburukkan keadaan lagi dengan menghasilkan asap yang lebih banyak lagi.

Langkah Ketiga

Didik anak-anak kita supaya mencintai alam sekitar. Rasionalnya dah besar mereka akan lebih prihatin dan menjaga alam ini sebaik mungkin. Mereka akan menjadi pencinta alam. Ia akan bermula dari kita sebagai ibubapa.

Asalkan anak-anak kita mengetahui betapa pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan, mereka akan menghargai dan mereka akan lakukan sesuatu untuk menjamin kesegaran alam sekitar.

Langkah Keempat

Selain berusaha mengurangkan jerebu, jangan lupa pula untuk menjaga kesihatan supaya tahan lasak. Tidak mudah demam dan tidak mengalami penyakit yang kronik.

Walaupun dengan jerebu yang teruk di luar dan kita tidak dapat pergi bersenam di taman-taman seperti apa yang kita biasa buat, tetapi kita masih boleh bersenam biarpun di rumah. Buatlah senaman yang ringan yang boleh berpeluh supaya badan kita cukup sihat untuk menawan jerebu dan tidak mudah jatuh sakit.

Langkah Kelima

Sebagai umat Islam baik wajib bersangka baik kepada Allah SWT bahawa jerebu hanya membawa mudharat atas keizinanNya. Akidah mesti diutamakan walau hebat manapun musibah yang melanda.

Langkah Keenam

Kurangkan aktivitivi diluar rumah kecuali terpaksa seperti turun bekerja atau membeli barang keperluan harian. Jika aktiviti santai seperti jogging atau main bola sepak maka lebih baik tak payah. Tunda dulu sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

Langkah Ketujuh

Dalam pada itu tukar corak pemakanan yang sihat. Tindakan ini lebih bijak waima bukan masa jerebu sekalipun. Utamakan lauk yang banyak sayuran segar. Kurangkan makan makanan berminyak dan jangan cuba-cuba nak berbarkiu. Kan perkara ini menambah asap.

Memang kena lebih berjaga-jaga musim jerebu ni. Minum air kosong dengan cukup dan suplemen yang diperlukan oleh badan kita untuk tingkatkan antibodi.

Marilah kita berdoa agar jerebu semakin pulih. Kasihanilah anak-anak kecil yang baru nak mengenali dunia tetapi hidup menghirup udara berjerebu.

Semoga dengan langkah bijak dan usaha yang positif dapat menangani musim jerebu ketika ini.

Kita sayangi alam sekitar dan sayangi ahli keluarga kita. Bukan generasi ini sahaja tetapi untuk generasi yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *