Pelajari Cara Untuk Buat Program Minda

Ada sesiapa yang berminat untuk pelajari cara buat program minda? Kalau ada jom belajar bersama di sini. Sebelum itu jangan pula letak pengharapan terlalu tinggi kepada hasilnya, dengan hanya membaca entri ini. Ia cuma satu pengenalan asas secara sepintas lalu. Jika berminat untuk belajar lebih boleh cari buku atau sertai seminar yang boleh anda cari dalam internet.

Apa Itu Program Minda?

Program minda ialah satu kaedah khas untuk memasukkan input dan data yang bagus kedalam minda bagi melupuskan maklumat lama yang terlalu negatif sifatnya. Dalam istilah mudahnya buat reformat ke atas minda supaya lebih segar, bertenaga dan memberi keputusan akhir yang menakjubkan ke atas pemiliknya iaitu kalian.

program minda

Saya telah ringkaskan semua ni dalam 5 langkah sahaja. Jika kalian serius dan sungguh-sungguh dengan penghayatan langkah tersebut maka hasilnya akan menjadi kenyataan. Usah ragu-ragu kerana yakin adalah teras dalam semua perkara yang melibatkan minda.

1. Buat gambaran matlamat

Kalian nak jadi apa? Boleh kalian gambarkan dalam fikiran bahawa kalian memang nak sangat jadi apa yang kalian inginkan. Sebab apa saya suruh buat gambaran kerana minda kita berkomunikasi dengan optimum menggunakan visual.

Ciptakan matlamat dalam bentuk bayangan. Ingatkan bayangan tersebut supaya berlegar setiap masa dalam benak minda. Lagi jelas lagi bagus. Jika susah nak buat gambaran boleh cari gambar yang diingini dalam internet.

Contohnya si jejaka kacak nak memikat si gadis jelita untuk dijadikan isteri maka buat bayangan muka pasangan itu setiap masa. Insya Allah kedua-dua akan jatuh cinta dan mengakhir cinta dengan pernikahan.

2. Cari maklumat tentang matlamat

Mencari maklumat sangat penting. Maklumat yang tepat dan lengkap akan memberi gambaran yang jelas kepada matlamat yang diingini.

Kalian boleh membaca buku, blog atau apa sahaja yang sahih sumbernya agar maklumat yang masuk ke dalam minda kalian itu berkualiti. Cuba elakkan GIGO (garbage in garbage out). Kalau orang Sarawak kata ‘gago”, itu lain la maknanya.

Maklumat tentang kisah kejayaan atau ebook kisah impian kalian boleh juga dapatkan di mana-mana sekarang ini.

3. Fokus terhadap matlamat

Sebagaimana saya katakan awal-awal tadi gambaran matlamat yang jelas mesti ada. Pada tahap ini, matlamat yang berada gambaran minda jangan dialih-alih lagi. Fokus pada sesuatu dengan betul-betul. Buat secara serius.

Jangan selalu melakukan sesuatu separuh jalan dan lepas cuma biarkan saja walaupun mengambil masa yang lama. Insya Allah berkat sungguh-sungguh kalian boleh berjaya mencapai apa yang telah diprogramkan dalam minda.

Ibarat seorang pemanah. Dia mesti fokus untuk memanah supaya tepat pada sasaran. Jika hilang fokus maka hilang sasaran. Senang sahaja kan.

Begitu juga dalam program minda untuk mencapai matlamat yang kalian ingini. Sekiranya kalian nak jadi blogger maka terus fokus menulis dan menulis. Lama kelamaan tabiat menulis kalian menjadi sangat bagus dan berkualiti sehingga blog kalian boleh dinobatkan sebagai Best Blog di Malaysia.

4. Berikan diri anda kebenaran untuk berjaya

Daripada meremehkan naratif lama yang sama dengan mempercayai anda akan rasa gembira apabila anda kurangkan 1 kg untuk berat badan, adalah lebih baik untuk anda berusaha mengubah monolog dalaman anda dengan bercakap bahawa saya membenarkan hidup saya menjadi baik.

Berikan diri anda kebenaran untuk menjadi gembira dan berjaya, dan jangan merasa bersalah mengenainya. Sekiranya anda mempunyai hubungan bawah sedar antara kejayaan yang menjadi suatu moral, sudah tentu anda tidak akan melakukan apa yang perlu anda lakukan untuk menjalani kehidupan yang anda mahukan. Sebaliknya, izinkan diri anda untuk melangkah ke seluruh alam, bahagia, sihat, dan hidup yang bermakna.

5. Berfikir dan Berkata Positif

Sekiranya anda memberitahu diri anda tidak boleh mencapai matlamat anda atau anda tidak akan mencapai matlamat anda, maka fikiran anda akan menjadikan realiti. Ia tidak akan memberi sebarang tenaga pada sesuatu yang anda telah memberitahu minda anda bahawa ia tidak mungkin berlaku.

Apabila anda ingin mencapai sesuatu, anda perlu mempromosikannya. Beri tahu minda anda bahawa ia bukan sahaja kemungkinan, tetapi kebarangkalian. Jika anda tidak mempunyai pilihan lain daripada kejayaan, maka kejayaan adalah apa yang anda akan dapat.

Ia adalah sama dengan cara anda bercakap. Sekiranya anda bercakap tentang halangan anda, anda akan membesarkannya dan ia akan jadi lebih sukar untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, jika anda bercakap dengan kata-kata positif, anda akan menggalakkan fikiran untuk terus berusaha dan meminimumkan perkara-perkara yang menghalang anda untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh anda.

Kesimpulan

Dalam ruangan kesimpulan ini biar saya ceritakan kisah peribadi kejayaan saya sebagai blogger dengan penggunaan cara buat program minda sejak tahun 2014 lagi.

Sebelum membina blog yang pertama dulu, saya telah berimaginasi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Untuk mencapai tujuan ini, setiap hari saya akan membuat latihan menulis dalam buku log. Macam diari budak-budak zaman sekolah rendah.

Pada masa itu saya belum ada laptop kerana laptop sebelumnya sudah kena jual untuk membuat bayar insuran kereta. Nostalgia lama sewaktu kegawatan kewangan yang sangat runcing pada suatu ketika dahulu.

Mahu tak mahu saya buat imaginasi untuk menjadi seorang blogger yang suka menulis dan membaca. Sampaikan orang rumah puji saya macam gaya seorang pensyarah universiti. Hakikatnya poket kosong dan masih kosong sehingga tarikh yang ditentukan kemudian.

Kini saya telah berjaya menjadi seorang blogger yang dapat menulis blog dengan konsisten. Apa yang tidak konsistennya adalah pendapatan yang sen-sen itu jarang datang bertandang.

Tapi bagi saya tak apa pun. Itu kisah lain yang tak sedap didendangkan pada masa ini. Sekurang-kurangnya saya telah sukses sebagai pemilik blog motivasi yang wajib kalian kunjungi setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *