Tips Bagaimana Hadapi Ujian Hidup

Selagi kalian bernama manusia maka ujian hidup sudah adalah pasti. Tiada seorangpun akan terlepas daripada ujian.

Tidak kira anda adalah siapa, apa agama yang anda percaya, apa budaya dan etnik, dll. Malah ujian hidup tak memilih sama ada kalian orang paling kaya ataupun orang paling miskin.

ujian hidup

Bentuk ujian hidup memang berbeza antara satu sama lain. Ada yang tersangat berat. Tak kurang juga sipi-sipi sahaja sebab selagi kalian bergelar manusia ujian hidup adalah mainan dunia buat kalian. Kan dalam permainan ada masa seronok, derita, gembira, sedih dan biasa-biasa sahaja.

Cuma apa yang saya nak kongsikan dalam entri yang ringkas ini adalah tentang tips bagaimana untuk kita semua hadapi ujian hidup. Semua ini adalah terpulang kepada anda sama ada nak ikut atau tidak. Saya tak kisah kerana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeda bagi semua orang.

1. Terbitkan rasa syukur

Dah diuji pun nak bersyukur. Biar betul apa yang saya cakap ni. Ahh..tutup sahaja blog ini. Opss..nanti dulu. Saya memang serius ini. Mari kita semak rasionalnya ujian hidup.

Mungkin tempat kita berbeza. Rupa paras juga berbeza. Namun hakikatnya kita dicipta oleh Maha Pencipta yang satu yakni Allah SWT. Kita masih hidup. Kita menghirup udara yang sama secara percuma setiap hari.

Sudah pasti Alllah SWT Maha Mengetahui akan kehadiran kita di dunia ini. Maka sebab itu Dia uji kita sama ada kalian atau saya bersyukur atau tidak. Orang bersyukur diberi nikmat berganda-ganda. Tak semestinya hanya bersyukur dengan pemberian sejuta ringgit.

Bersyukur juga diberi sejuta ujian hidup. Sebab Allah suka kepada kita. Allah sayang kita. Allah rindu dengan ingatan kita terhadapNya. Jadi sebaik-baiknya kalian dibagi ujian supaya mesej kasih sayang Allah sampai ke sanubari kita setiap masa. Malunya kita kalau mesej dalam Whatsapp, Facebook atau Twitter disanjungi tinggi sebaliknya mesej dari Allah SWT kita abaikan begitu sahaja.

2. Tingkatkan rasa sabar

Ayat skema. Ada ujian bawa bersabar. Namun betapa ramai di kalangan kita yang faham tentang maksud sabar dalam ertikata yang sebenar. Pergh..ayat karangan sekolah dulu-dulu.

Ujian memang menguji kesabaran. Ujian juga memberikan pengalaman. Tapi harus sentiasa berfikiran positif. Setiap perkara atau sesuatu yang Allah atur itu, mesti ada sebabnya.

Sabar adalah satu indikator perasaan yang ada skala tertentu. Tahap kesabaran manusia sangat berbeza. Ada yang rendah dan ada juga yang tinggi. Mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi menampilkan ciri-ciri tenang, wibawa dan cool.

Rasa sabar dapat dibentuk dengan cara pemikiran. Orang yang berfikir positif dan selalu bersangka baik mendatangkan perasaan sabar ke dalam hatinya. Memang cara paktikal sabar mudah disebut tetapi penghayatan secara dalaman siapa yang tahu. Ingat sabar adalah sebahagian dari iman.

Andainya kalian ketika ini menghadapi ujian yang gentir dan berat maka saya sarankan untuk bawa bersabar. Sebab dengan bersabar dan solat, insya Allah banyak ujian dan rintangan dapat diatasi dengan mudah.

3. Kekalkan rasa tenang

Rasa tenang amat perlu ketika menghadapi ujian hidup. Tiada siapa yang boleh menyangkalnya. Melalui ketenangan sahajalah daya pemikiran kita lebih waras.Lebih fokus tanpa dipengaruhi emosi.

Sebagai orang yang meminati ilmu hipnosis, rasa tenang adalah intipati untuk menghipnosis diri atau para klien. Sedar atau tidak kita yang beragama Islam dituntut solat lima waktu supaya jiwa lebih tenang. Dengan ketenangan itu kita boleh melakukan sebarang aktiviti harian dengan lebih sempurna.

Persoalannya bagaimana nak dapat ketenangan jika ujian hidup terlalu berat, sukar dan mencabar kemampuan diri.

Ketiga-tiga tips itu semuanya ada dalam solat. Subhanallah. Untung kita sebagai Muslim kerana Allah dah ajar kita untuk dapatkan ketiga-tiga perkara itu dengan satu ibadat saja. Belum kira ibadat-ibadat lain lagi.

Jawapan yang boleh saya berikan ialah baca tips no.1 dan no.2 dan seterusnya no.3. Jika tak berkesan juga jumpa kaunseling kerana mereka lebih pakar dan arif untuk mengurus emosi yang terganggu.

Saya faham bahawa ujian hidup adalah ‘makanan’ bagi orang yang hebat, terbaik dan kuat. Siapa mereka ini kalau bukan kalian. Ingat minda separuh sedar kalian adalah koordinator hidup untuk berjaya atau sebaliknya mengharungi ujian hidup. Ia boleh berakhir namun kitaran akan bermula setelah ujian yang pertama berakhir.

Selama kita hidup kita akan terus menghadapi ujian untuk melihat kesabaran dan keimanan kita dan pahala yang tidak terhitung telah disediakan untuk orang yang terus bersabar.

Akhirnya, apa yang saya nak menekankan satu kali lagi ialah setiap insan pasti menghadapi ujian yg berbeza. Semoga kita semua sentiasa diberi ketabahan untuk menghadapi segala ujian yang diturunkan.

ada lima gan dalam hidup yang perlu kita fahami iaitu berfikir, berencana, bekerja, menikmati, dan bersyukur. Semua tidak boleh kita tinggalkan dan semua harus dijalankan dengan keyakinan, kesabaran, dan ketenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *