Habis SPM Nak Buat Apa

Selepas keputusan SPM diumumkan,terdapat ramai orang akan hadapi dilema habis SPM apa yang patut mereka buat seterusnya?

Ada yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dan ada juga yang kurang menyerlah keputusan akademik mereka. Kepada mereka yang tiada hati lagi nak sambung belajar apa kata mula pergi cari kerja. Kelayakan SPM itu sudah memadai untuk kalian bekerja sama ada di sektor awam atau swasta.

Peperiksaan SPM

Memang bukan niat saya untuk menghalang kalian untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi. Kalian yang cenderung untuk bekerja atau berniaga jangan pula paksa diri untuk menyambung belajar semata-mata ikut kawan-kawan. Takut tak kesampaian kerana laluan selepas SPM ada dua sahaja.(sebenarnya lebih pun boleh)

Melanjut Pelajaran

Kalian boleh melanjut pelajaran di tingkatan enam atau pra universiti selama 2 tahun. Targetnya adalah untuk mendapat tempat ke universiti selepas berjaya dalam STPM. Perlu diingatkan peperiksaan ini sangat mencabar dan ramai yang kecundang dengan keputusan yang cukup-cukup makan.

Adapun kalian boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal atau profesional seperti pusat Giatmara, Politeknik, UiTM atau ILP. Jika keputusan SPM anda amat cemerlang, maka boleh anda pertimbangkan untuk menjadi guru di IPGM. Pilihan ini adalah lebih kurang risiko untuk tidak berjaya. Jadi saya amat galakkan untuk jimat masa atau belanja.

Pilihan Kerja

Ini pula pilihan untuk bekerja. Kalian boleh memohon pekerjaan melalui SPA secara online. Rezeki kalian untuk dapat kerja kerajaan yang boleh menjamin masa hadapan.(nak cakap 100 peratus tak boleh juga).

Jika kerja swasta dengan kelayakan SPM gaji tak sebesar mana. Kalian akan terhimpit dengan kos hidup yang kian mencengkam. Sebelum nak dapat kerja kalian mesti kuasai dulu kemahiran temuduga.

HB amat memahami lepasan SPM yang nak sambung belajar tetapi keputusan pulak kurang mengizinkan. Boleh dikatakan mereka dalam situasi nak peluk gunung tapi tangan pulak tak sampai.

Apa kata kalian cari kerja dan belajar sambil bekerja. Kalian boleh pergi memohon di OUM atau pengajian luar kampus. Cuma untuk mereka yang berhati cekal sahaja. Cabaran seperti ini adalah sangat tinggi dan nilai kejayaan kalian anda tinggi nilainya.

Jika kalian sudah habis ikthiar dan ingin menjadi blogger pun boleh. Bidang ini amat luas potensinya. Sudah tentu kalian yang suka menulis dan membaca digalakkan menceburi kerjaya blogger. Penulisan blog sangat mudah dan tak terikat seperti karangan zaman sekolah. Maksudnya tak pandai tulis bukan alasan la.

Jadi selepas habis membaca entri ini kalian sudah ada idea selepas habis SPM dah tahu apa nak buat, Ya.kan. Jangan cakap dengan saya nak kahwin. Zaman sekarang kahwin tanpa faktor kewangan yang kukuh seperti berumah di tepi pantai. Ada ombak dan badai sahaja boleh menghanyutkan rumah kalian nanti.

Masa lepas habis SPM, saya ada pergi belajar masak dan memandu kereta. Sebenarnya ada bayak peluang untuk kita memilih untuk kerjaya. Pelbagai jenis latihan kemahiran juga ada disediakan. Cuma kena tahu saluran dan sumber maklumatnya.

Kalau nak berniaga, mulakan secara kecil-kecilan. Jangan sampai menyusahkan ibubapa sebab saya pernah terjumpa seorang ibu yang tak makan tengah hari di pejabat kerana duit gaji beliau habis diberikan kepada anak untuk memulakan perniagaan.

Bagi pelajar yang dapat keputusan peperiksaan yang gempak atau langsung tak lulus untuk peperiksaan SPM mereka, mungkin tak pening sangat nak fikir pilihan. Apa yang paling pening bagi yang dapat keputusan sederhana. Kebanyakan daripada mereka tidak tentu sama ada nak sambung atau tidak. Nak terus belajar, tak dapat tajaan. Nak bekerja, rasa sayang pula dengan result SPM tu.

Tak kiralah apa-apa pilihan, asalkan yang terbaik. Kalau result biasa-biasa saja, itu bukan penghalang untuk berjaya. Ramai juga orang yang bangkit hingga menjadi manusia luar biasa.

Seperti satu kawan saya di mana lepas habis SPM dia terus sambung belajar kemudian baru pergi kerja di kilang. Lama sikit untuk dapat ofer tapi tak tahan jawatan QnA. Akhirnya dia dapat kerja pejabat sesuai dengan apa dia belajar. Tak banyak persamaan dengan apa kita belajar tapi sungguh bernilai dalam kehidupan dalam pengalaman bekerja.

Ramai pelajar ingat jauh lagi perjalanan sebenarnya lepas SPM. Ada di antara mereka yang mungkin ingat bila lepas SPM rasa macam sudah jadi orang dewasa. Tetapi jika seseorang pelajar sudah tahu apa yang dia nak buat selepas SPM dan sudah ada perancangan yang solid, inilah baru boleh dipertimbangkan sebagai seorang pelajar yang mempunyai matlamat.

Terdapat juga ramai pelajar yang selepas SPM pergi bekerja. Lepas beberapa tahun rasa nak bersekolah balik pula.
Sebenarnya terdapat banyak jalan yang boleh halakan sebenarnya lepas SPM. Kalau ada kelayakan boleh sambung belajar, sambil-sambil kalau rajin nak berbisnes inilah masanya untuk mulakan.

Semoga semua lepasan SPM dapat mencari jalan yang baik untuk kehidupan yang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *